Yg follow t....

Sabtu, Januari 07, 2017

Salam tahun baru 2017

Assalammualaikum ...

Rasanya dah lama ty tak update blog ni last uodate 2014. Macam2 ujian datang dan pergi. Sekitar 2014-2015 ty masih lagi bergelar cikgu di salah sebuah tadika di kawasan sini. Kesibukan mencengkam masa ty tu yang ty tak dapat nak update dari hari ke hari. Memandangkan ty memberi sepenuh komitmen ty pada anak murid yang bakal menjejak kan kaki ke alam persekolahan yang sebenar. Alhamdiullilah anak murid ty pada akhir tahun 2015 semua dah boleh membaca menulis dan mengira dengan baik. Sekarang semua dah darjah 2.

Insyaallah lepas ni ty akan update yg terkini citer tentang ty ok. Tentang tempahan, tentang kehidupan dan lain-lain lagi. Nantikan citer selanjutnya taw. Ok memandangkan tahun 2016 banyak sangat la kenaikan harga barang maka dengan ini ty ingin maklumkan bahawa terdapat kenaikan pada harga kuih muih yg ty jual juga. Harga yg tertera pada gambar adalah harga lama ya sekitar tahun 2013-2014 sekarang dah tahun 2017. Harga sekilo santan dari rm7 sekarang dah jadi rm10-rm12. Banyak betul yang perlu di ambil kira.

Khamis, September 04, 2014

Ty Tria Kuih Muih masih beroperasi ...

As'kum ...

Ty minta maaf sbb dah lama x update blog ya. Bil broadband xberbayar sbb husben ty xkerja skrg so semua tanggungan ty kena pikul tu yg ada yg blh bayar ada yg xblh bayar. Mmg patah bahu bertongkat dagu ty skrg ni. Kl husben ty  bkerja semula insyaallah ty akn mula update tempahan2 terkini.

Ty masih menjalankan perniagaan kbanyakkannya ty update kt Fb Page Ty Homemade Kuih Muih dan Instagram Ty Triaaa. Boleh follow ty kt situ ya. Untuk tempahan atau pertanyaan boleh call, sms, whatsapp @ we chat 0129207980 selepas pukul 2ptg ty akan reply semua msg anda.

Sekian terima kasih.
Wasalam!

Isnin, Jun 02, 2014

Bulan baru ... Jun 2014

As'kum ...

Alahai dah lama x posting kat sini. Ty bz sangat ... ada kalanya xcukup rehat. Minta maaf ya ty terlebih aktif kt Fb Page pulak. Bokeh ikuti ty mlalui fb page pd yg ade fb akaun taw.

Jun ... dah setengah tahun kita ditahun baru kn? Pantas masa berlalu. Sedar xsedar tinggal 6bulan he lg nk sampai hujung tahun. Sedar xsedar hujung bulan Jun ni kita dah sambut Ramadhan. Mudah2an dpanjang kn umur kita untuk bersama Ramadhan sekali lg.

Tempahan pembuka bagi bulan Jun ... xbanyak tapi alhamdullilah. Letih tp ty syukur sebab puashati dengan kemajuan yang ty perolehi sekarang. Ok ... tempahan pertama dari Cik Julie untuk dbawa pulang ke kampung halaman kenduri katanya. Tempahannya Roti Jala dan Popia Comei. Ty jual ya. Yang berikut yg terakhir dr cikgu yg dok kat Kuala Perlis. Kawan fb ty ... Cikgu Ida Hasniza tq ya blik bercuti testing kuih ty.

Sekian, wasalam!

Ahad, Mei 04, 2014

Order ... pbuka bulan baru !

As'kum ...

Minta maaf kerana ty tidak menepati janji. Bulan April agak kalut sikit dengan demam yg teruk selama seminggu mkn xlalu minum xboleh huhuhu. Nasib minggu yg ty demam tu tempahan ty dah closed awal2 sebab ty cadang nak g kursus intensif malangnya kursus pun ty x pergi.

Alhamdulilah ... sekarang dh kembali sihat cuma xmaw terlalu agresif sangat kata hubby ty badan dah tua memang cepat megah isyhhh ade ke patut dia ckp ty tua. Xpe ade ubi ade batas.

Alkisah tempahan bulan Mei ...

2 Mei 2014

Tempahan pembuka ty terima dari Kak Hamidah ... sempena hr jumaat yg penuh berkat ni. Kak Hamidah menempah KaripapnPusing Ayam dan Talam Tokyo. Terima kasih ya ... ty jual!

3 Mei 2014

Tempahan dari Aida tuk majlis akikah di Ijok itu yg suaminya bgtaw ty. Pertama kali mnempah dengan ty ... pilihannya Talam Keladi yg yummy dgn rasa keladi, Serimuka Pandan, Koleh Kacang yg kaya dengan taburan keraknya dan Lapis Ubi Pelangi yg enak dan lazat. Terima kasih ya ty jual.

Ade lagi sorang ... Zana yg dok sekampung dengan ty telah menempah Apam Polkadot. Tq Zana sebab yakin dgn airtangan ty.

Pada yg membuat tempahan ty minta maaf kl de kekurangan sesungguhnya ty dah cuba yg terbaik tuk memuaskn hti semua. Sekian.

Ty.

Ahad, April 13, 2014

Hanya 1 talian ... utk semua urusan

As'kum ....

Sedikit pengumuman disini, untuk sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh mendial 0129207980. Anda boleh CALL, SMS, WHATSAPP @ WE CHAT ty. Selain itu, alamat email ty bertukar juga. Anda boleh menghantar email tytria2013@gmail.com untuk urusan tempahan atau pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, April 04, 2014

Order 4.4.14

As'kum....

Pagi jumaat ty kuar awal ke tadika, selalunya kul 8pg br gerak kli ni pukul 7.30pg dh buka pintu tadika. Semuanya gara2 order Yatie Chan. Kempunan xdapat makan Talam Keladi Berlauk dgn sos hr ahad lepas so hr khamis dia order tp ty xjumpa keladi postpone hr jumaat. Maka terhasilla talamnya. Tq Yatie harap kempunan dr hari ahad dh hilg hendaknya.

Khamis, April 03, 2014

Updating order ... order pertama di bulan April

As'kum ....

Cam pelik je bunyinya he3 ... ok mulai April 2014 ty akn update order2 yg telah dbuat yg terkini. Maaf dah lma myepi sibuk sangat2 dengan kerja di tadika bagaikn x cukup ruang dalam otak utk berfikir huhuhu.

3 April 2014

Tempahan pertama dbulan April ty terima dari Aziana dok kt Puchong tp ty deliver kt Klna Jaya. Pilihannya CARA MANIS DAN CARA BERLAUK DAGING. Dekat orait la tp hujan2 ty redah jugak. Tq ya utk tempahan hr ni. Ty jualllll !

Ahad, Februari 02, 2014

Antara tempahan 1hb Februari ...

As'kum ....

Dah lama x update, ty bz dengan kerja bz juga dengan tempahan. Time kerja ty xjawab @ xsempat nak reply semua call maupun sms. Ty minta maaf ya, selepas kul 2ptg ty akan reply atau jawab. Kena fokus pada anak murid sebab 3bulan pertama kena pastikan mereka boleh kenal dan tulis a-z. 3bulan berikut dah mula dengan suku kata. Tadika swasta ni kena lbh pantas dr yg lain. Kena betul2 pastikn mereka boleh buat.

Antara tempahan yg ty siapkan utk 1hb Februari .... layan je!

Terima kasih pd yg sudi membuat tempahan.

Isnin, Disember 30, 2013

Fak Thong Sang Ka Ya .... its Thai Dessert

As'kum ...

Entri hari ni ty update tentang Thai Dessert yang enak lemak. Rasanya nak masuk menu tuk tahun depan ada yang berminat x?

Fak Thong Sang Ka Ya atau bila alih ke bahasa Malaysia Kastard Labu biasanya kalau pergi ke negara Thai anda boleh nikmatinya. Ty cuba sebab kebetulan labu kuning ni ada offer djual kat tempat ty. Murah sangat RM0.99/kg tu pasal ty rembat.

Kastardnya menggunakan telur ayam, telur itik, gula dan santan. Enaknya sebab ada telur itik la kan? Mudah sangat buatnya kalau beli di Thailand sepotong 20baht (RM2). So ty try la ... cuma terlebih masa kukus maka labu tu hampir pecah. Pas ni nak buat lagi .. kalau dah cantik nanti ty buka utk tempahan menu baru bawah Thai Dessert ya. Insyaallah akan ada hasil2 lain dari menu Thai almaklum la ty kawen dengan orang Thai Pattani. Lihatla hasilnya ...

Sabtu, Disember 28, 2013

Bingka or Bengkang .... Feberet Papa !

Assalammualaikum & Selamat Petang ,

Woittt ! Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Beberapa hari lagi juga seisi baru persekolahan akan bermula dan beberapa hari juga la ty akan kembali bekerja wuahahahahaha :'(. Tak puas la bercuti sebulan ni. Nak cuti lagi bisa ngak ibu besar? Nak gaji je bisa ngak ibu besar? Hahaha cam ty ade share pulak nak minta gaji kerja xmau kan? Ty dah sematkan dalam hati kemungkinan tahun 2014 merupakan tahun terakhir ty bersama Tadika Bestari kalau dipanjangkan umur ty tahun 2015 ty nak cari pengalaman ditempat yang baru pula ewah ewah merancang je pandai Allah yang tentukan semuanya kan? Untuk tahun 2014 ty akan mengajar murid-murid 5tahun dah turun pangkat pulak hahaha. Namun alhamdullilah untuk murid-murid 5tahun 2014 ni mereka majoritinya dah pandai menulis dan kenal huruf. Armand pula kemungkinan 50/50 akan berpindah ke tadika Kemas. Huhuu sian pun ada tapi nak dia dapat pendidikan yang elok kalau boleh lebih elok lagi tapi nak wat camne dadinya wat bodoh je. Tapikan dah rasa rindu dan sian pulak sbb dia jauh dah tu nanti jadi ape2 maklong tak de. Camne ni?

Cukupla bercerita sal tadika dan kerjaya ty sebagai cikgu. Sekarang ty nak citer pasal tajuk kat atas BINGKA @ BENGKANG . Kisahnya bermula apabila sifu Lina Mohit menayang periuk bengkangnya yang baru dibeli. Ty pun baru teringat 4tahun lepas ty ada membeli periuk bengkang yang sama tapi ty simpan je kat atas kabinet tu. Dari hari tu masing2 dok sibuk wat bingka hahaha. Tapi ty paling suka tengok bingka yang kak Latifah Mustafa rakan muka buka yang ty kenali dari Sifu Lina Mohit. Cantik hasilnya rupanya kak Latifah sudah 30tahun menghasilkan bingka yang enak ini. Ada warung di Temerloh xsilap ty. Nak kenali dia klik sini https://www.facebook.com/latifah.mustafa .

Selalu jugak ty tanya kak Latifah kalau ianya berkaitan dengan bingka ni. Memang sakit mata hati la kalau tengok hasil bingka dia memang cantik sangat. Selain itu lupa nak mention bingka ni feberat papa ty. Dari muda lagi mama selalu buat bingka papa yang hadap sorang2 kali ni anaknya pulak ambik alih. Dalam seminggu papa akan request buat bingka 1 atau 2 kali. Kadang papa akan bagi duit untuk beli santan kadang bila papa xde duit ty la yang beli santan. Xpe la sambil wat makan boleh juga ty ber ekperimen kan. 

Kalau buat seloyang tu insyaallah besoknya akan habis xkiranya lembik ke keras atau terlebih manis ke terkurang lemak ke memang akan habis. Sure loyang ty bersih la. Armand pun dah pandai makan bengkang dah pandai sebut pun nak bengkang. Anda boleh membuat tempahan bingka ni mulai tahun 2014. Bingka ni menggunakan bahan yang biasa sahaja. Ala bingka zaman tok nenek kita dulu mane ade nak pakai bahan banyak cuma bahan-bahan asas je seperti Tepung Gandum, Santan, Telur, Gula dan Minyak. Kuantiti telur pun minimum xde la guna sepapan hahaha. Setakat ni bingka-bingka yang telah berjaya ty hasilkan adalah seperti berikut :-

BINGKA PANDAN,

 BINGKA GULA MERAH, 

BINGKA DURIAN 

.Manakala antara bingka yang masih dalam usaha pengubah suaian untuk mendapatkan sukatan yang tepat ialah BINGKA JAGUNG, BINGKA ROTI,  BINGKA KACANG HIJAU & BINGKA BERLAUK. Selalu lah ikuti perkembangan ty di FB Page klik sini je jangan lupa LIKE kalau dah singgah taw  https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih

Ty sediakan dalam tray 10inci dan insyaallah pertengahan 2014 ty akan sediakan pilihan tray 12inci dan 14inci. Dan ty telah pun mansuhkan tray 7inci untuk selamanya taw. Tidak akan ada lagi tempahan bagi tray tersebut bermula tahun 2014. Ok, bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan sila salin dan simpan nombor  dibawah :-

CALL & SMS 
012 9037950 

WHATSAPP, WE CHAT, LINE @ CHAT ON 
012 9207980 

Pastikan anda menyimpan no tersebut taw.  Sebelum ty terlupa musim persekolahan ni semua persoalan ty akan jawab selepas pukul 12tengahari taw. Tak maw la jawab time mengajar nanti cikgu besar jeling macam nak telan pun ada jugak takuttttt la ty!

Sekian, terima kasih!

-TY-



Jumaat, Disember 27, 2013

Jumaat terakhir 2013 ... selamat datang 2014!

As'kum ....

Ty ni kejap update kejap senyap ... kadang tak ter update entri2 kat blog. Banyaknya ty update kat fb page so jangan lupa pada yg ada fb singgah la page ty.

27 Disember 2013 ... inilah jumaat terakhir kita di tahun 2013, minggu depan pulk jumaat pertama di tahun 2014. Bagaimana azam anda tahun ni tercapai ke semua? Kalau ya alhamdullilah kalau tidak jangan mengalah ape kata bawa kehadapan. Matlamat ty kehendak ty ade yg tercapai tapi banyak jugak yang tidak tercapai so ty bawa kedepan matlamat dan kehendak tu.

Mudah2an ... tahun 2014 ty dapat ape yg ty nak dengan usaha sendiri insyaallah. Doa kan taw! Salah satu hajat ty ... nak punya anak sdri rasanya 10tahun dah cukup lama mnanti kita berusaha lebih gigih lagi kn. Rasanya tahun 2014 ni yg terbaik utk kami merancang family. En. Muhama awak pun bukan muda lagi tolong take note he3.

Ty nak ucapkan selautan luas ucapan Terima Kasih pada pelanggan ty, pada pengunjung ty yang sentiasa mengikuti jejak ty. Yg selalu membuat tempahan yg memberi kpercayaan pd ty terima kasih banyak. Pada yg setahun sekali menempah dengan ty terima kasih sebab anda tetap memahatkan jenama Ty Tria Kuih Muih dhati. Tolong jangan padamkn taw. Pahat ketat2!

Ty cuba memenuhi tempahan anda, adakala tempahan anda spt yg anda harapkan nmun ada masa ianya tidak seperti anda gambarkn ty minta maaf. Ty minta maaf kerana menghampakn harapan anda sebagai mnusia kita semuanya bukan sempurna. Ty cuba dan cuba ... malah ty sendiri takut kecewakn anda tp ty cuma boleh memohon maaf. Maafkan ty !

Marila kita sambut kedatangan 2014 dengan matlamat baru azam baru visi baru. Ty berharap perancangan ty menjadi nyata, Ty Tria dkenali diseantero Lembah Klang ewahhhh. Mudah2an ty boleh kembali menjadi siswa mlanjutkn pelajaran dalam bidang baru iaitu Pendidikan Awal Kanak2. Dan ty harap 2014 ty dapat "Merealisasikan Impian dan Matlamat yg Gemilang" aminkn!

Selamat tinggal 2013 ... selamat datang 2014.

Sekian, wasalam!

Rabu, Disember 18, 2013

SMS, WHATSAPP, WE CHAT .... 012 9207980

Pelanggan yang ty hormati ,

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tempahan atau anda ingin membuat tempahan dengan ty sila hubungi ty melalui SMS, WHATSAPP, WE CHAT ... 012 9207980 .

 


Untuk pengetahuan anda ... no sebelum ni ada masalah teknikal dengan telefon bimbit tersebut al maklumla benda kecik kita nak sumbat macam mau dia merajuk. Tidak berkesempatan lagi nak repair hp tu dah comel memang sayang sgt sebab hp Samsung pertama ty. Nanti ty update kalau hp tu dah boleh guna semula ya. 

Selamat petang ...

Sabtu, Disember 14, 2013

No Delivery Service !

PENGUMUMAN PENTING !!!

PELANGGAN YANG TY HORMATI DAN KASIHI ,

  MEMBEKUKAN 
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN 

BERMULA 15 DISEMBER SEHINGGA PADA SUATU TEMPOH YANG AKAN TY MAKLUMKAN KELAK. TY MASIH LAGI MENERIMA TEMPAHAN CUMA MULAI TARIKH TERSEBUT ANDA PERLU AMBIL SENDIRI TEMPAHAN ANDA DI RUMAH TY. SEGALA KESULITAN AMAT-AMAT DIKESALI. TY MINTA MAAF DAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN AKAN DIADAKAN PADA SUATU TARIKH YANG TY SENDIRI TIDAK PASTI NAMUN AKAN DI WAR2KAN MELALUI BLOG DAN FB PAGE. 

SILA LAYARI https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI TY DARI MASA KE SEMASA . TQ! 

Rabu, Disember 11, 2013

Aku dan Karipap Pusingggg .... berpusing2 laaa!

Assalammualaikum ....


Cantikkan tarikh hari ni 11.12.13 ... istimewa sungguh lepas ni tidak akan ada tarikh seperti ni lagi kan. Mesti ramai yang mengambil kesempatan tarikh ini untuk di ingati seperti mana Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadikan tarikh ini sebagai tarikh pernikahan mereka. Tahniah wat anda berdua. Pada mereka yang menyambut hari lahir ataupun ulangtahun perkahwinan ... ty doakan kalian bahagia hendaknya dipanjangkan umur dan jodoh moga kekal hingga ke dalam syurga ok.


Ape citer hari ni? Nak citer sal karipap hahaha ! Bulan lepas iaitu bulan November ty mendapat tempahan karipap sebanyak 170biji pertama kali dalam sejarah ty dapat tempahan sebanyak ini percaya x? Ty terkejutttt taw. Ya ampun banyak tul camne nak buat ni? Dengan kemudahan yang terhad camne nak buat banyak2. Pening la nanti rosak camne adoiiii. Pada awalnya ty rancang nk frozenkan aje karipap2 tu tapi masalah kalau guna barang berkongsi memang payah kit. Dah cakap jangan beli barang poe sumbat jugak lauk pauk so x jadila nak frozenkan. So ty decide wat ontime je. Pengalaman pertama wat dalam kuantiti yang banyak memang masalah. Ty bancuh adunan tu lebih sebab ty taw karipap ni akan cepat pecah. Ty wat adunan untuk 250biji nak taw bape yang dapat diselamatkan hanya 150biji je yang ty dapat buatkan pada customer tu. Nak siapkan kuih talam lagi bingka lagi huhuhu. Inilah pengalaman pertama ty. Taubat konon xmau ambik konon la tu hahaha.


Dari pengalaman ty dapat pengajaran pada bulan yang sama jugak ty dapat tempahan lagi sebanyak 250biji walaaaa pengsan ! Dah la ty sibuk dengan kerja sukan sekolah yang last minit tu. Nak penuhi tempahan kuih muih pulak dah. Sakit jiwa raga ty. Cikgu besar ty tempah sebanyak 200biji tapi last minit ty tolak jadikan 100biji. Tapi kemudianya jiran ty pulak datang nak tempah karipap pusing 150biji ahaaaaaiiiii bila dkumpulkan bukan ke total semuanya 250biji kan dah kena jugak. Mau nak pengsan dengan order talam lagi, roti jala lagi, puding birthday pun ya adoiiiii.


Dah tu time2 tu jugak la cikgu besar nak sakit. Sehari sebelum ni dia mengamuk dengan kami sebab xnak tolong balut hadiah. Suka wat keja last minit memang la ty ade delivery cam ne nak hantar kang orang tu nak makan gapo begong pun ade jugak cikgu besau ni. Besoknya melayan kerenah dia hampir 4jam masa ty tertangguh. Karipap tah kemana talam menalam xsiap lagi. Sudahnya 24jam la ty bekerja nak siapkan tempahan customer. Kena rancang plan2 walaupun penat terpaksa ty siapkan jugak dalam keadaan xsihat ty gagahi jugak. Rezeki jangan ditolakkan.


Setelah selesai semua kerja baru ty sambung dengan karipap pusing. Jam menunjukkan pukul 1pg maka operasi membuat karipap yang berbaki lagi 170biji pun bermula. Dengan bantuan suami tercinta siap bentang tikar dapur semua kebawah hahaha suami ty penyek gelek ty potong buh inti dan kelim campak dalam kuali husben sambut hahaha. Begitu la kami sehingga 5.30pagi. Karipap kentang dan karipap inti sardin. Jalan pun dah mengekang hahaha. Kul 7pagi nak lari ke padang tuk acara sukan husben ty dah pengsam masa solat subuh. Dia sambung semula kerja untuk siapkan tempahan cara berlauk dan roti jala mama pulak siapkan rendang , pulut kuning dan gorengkan karipap yang kami frozen kan tu.


Suami ty bila de tempahan karipap dia pening mendengarnya. Bila tengok karipap goreng katanya nak muntah hahaha. Ty sendiri xlalu makan karipap. Dari pengalaman itu la ty belajar kalau dalam kuantiti yang banyak seeloknya karipap tu kita wat awal. Andai ada kerja lain boleh wat kemudian so karipap tu kita frozenkan. Kalau sesiapa yang ada freezer bertuah la sangat.


 Sebenarnya ty suka siapkan doh karipap seawal yang boleh kalau besok nak bentuk malam ni dah ready. Gluten dalam tepung tu akan mengembang bila kita rehatkan kalau bentuk karipap tu kecil masa goreng akan besar sikit la. Kalau xperap rupanya kecik je itu pengalaman yang baru ty timba hari ni.

 

Sifu Azlina Mohit bagitau kalau boleh kentang tu jangan direbus sebaliknya dikukus. Biarkan betul2 kering sejuk baru kita lenyek. Ooo yaa! Ty lupa nak citer inti karipap ty menggunakan kentang yang dilenyek bukan didadu lambat la kerja kalau nak mendadu je. Ini sebab kalau kita masak dengan air kentang tu memang cepat akan berair dan mudah basi. Karipap pulak kalau lebih dari seminggu seeloknya karipap tu kita goreng separuh masak matikan gluten yang ade dalam tepung tadi.

 
Dari pengalaman pertama ty dah banyak belajar. Biasanya ty dibantu suami buat karipap x lama lagi suami ty pun akan mahir buat karipap macam ty jugak. Ty ni dari zero sebab semangat akhir berjaya juga kelim kulit karipap tu sendiri. 

11 Disember 2013 

Hari ni ...seperti istimewanya tarikh ni,  ty berjaya buat tempahan tu sendiri sebanyak 100 biji tanpa sebiji pun yang rosak Alhamdullilah. Syukur sangat2 setelah pengalaman demi pengalaman yang ty dapat sendiri akhirnya ty dapat buat karipap dengan hasil yang baik tanpa ade sebiji pun yang rosak.Camne? Sambil ty bentuk dan kelim sambil tu ty goreng karipap yang tersedia. Gembira sangat biarpun sebenarnya dah xlalu nak tengok muka karipap. Terima kasih atas pengalaman yang bermakna ni. Disamping itu ty nak minta maaf sekiranya hasil yang anda harapkan tidak dapat ty tunaikan. 

Sekian saje cerita ty dan karipap he! 
Selamat malam ... 

Isnin, Disember 09, 2013

17 Nov setiap tahun ... kini 9tahun sudah!

As'kum ...

Lama x pokpek2 kat sini kan? Alahai ty sibuk biasanya ty lebih banyak update kat FB Page dan Instagram. Sekarang dah improve sikit demi sikit hahaha . Ty memang banyak update kat Instagram so anda boleh follow ty dengan mencari id TYTRIAAA . Dah masuk bulan Disember sekarang tinggal berbaki beberapa hari nak masuk tahun 2014. Azam anda tahun 2013 semua terlaksana ke? Ty xsemua ... xpe boleh CF ke tahun depan kan? Hahaha ....

Alhamdullilah rezeki ty ade dihujung minggu, malah yang sudi datang ambik sendiri dirumah. Terima kasih la banyak2 sebab sudi datang collect dari mane jua anda tinggal. Ty hargai sangat2 nilai tempahan anda kalau boleh memang ty nak buat yang terbaik tuk anda. Ty cuba untuk memuaskan hati anda dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda insyaallah.


Nak citer kit kat sini alkisah .....

17 November yang lalu , baru berapa hari je berlalu kan? Hari itu ulangtahun perkahwinan ty dan En. Muhama Bueraheng. Patutnya kan kami ni p la honeymoon ke jalan2atau g candle light dinner ke kan? Tengok wayang atau jalan2 lepas tu ke kan? Tapi nak tau kami sambut kat mane? Kelakar tul kami berdua sambut ulang tahun perkahwinan kami di ceruk dapur sambil wat karipap. Tempahan last minit pulak tu nak tolak pun jiran kan huawaaaa ! Dah la sibuk dengan aktiviti tadika dah tu boss pulak order karipap 100biji tambah dengan jiran ty 150biji huhuhu pening. Belum masuk kuih Talam dan agar2 lagi tu wuahhhh mau nanggis sudah. 

Nasib baik suami ty sudi bantu wat kerja walaupun kadang2 dia bebel. Nak wat camne rezeki jangan ditolak. Nanti rezeki xdatang lagi baru taw kan? Dari awal pagi ty mulakan tugas ... terhenti seketika sebab temankan guu besar beli barang. Guru besar yang tiba2 pulak sakit huhuhu. Habis masa ty 4jam temankan guru besar ni kalau xteman kang bersungut pulak ni la masalah kalau plan last minit. Geram ty dengan guru besau ni.

Lepas tu ty sambung wat karipap ... baru siap sikit ty benti wat apam polkadot pulak, lepas tu sambung buat Puding Birthday huhuhu agak-agak dalam kul 1pg baru ty start semula buat karipap yang berbaki 170biji lagi huawaaaaaa. Memang nak nanggis ape2 pun ty tabik dengan husben ty sebab ringan tangan membantu. Ty berharap suatu masa nanti suami ty pandai buat karipap dari A-Z amin. 

Kami pun bentangla tikar ... dapur bawa ke bawah. Suami ty tugasnya penyek, gelek, penyek gelek kmudian ty akan potong, gelek dan bubuh inti last sekali kelim campak dalam kuali lalu goreng. Suami ty jaga api . Berbaris doh yg dia wat menunggu giliran utk dbentukkan oleh ty. Sambil2 wat kerja kami bersembang la itu ini. Baru ty teringat hari tersebut ialah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. Kami pun bercerita la itu ini. Kisah camne kami bersatu ... seperti dok tepi pantai je walaupun diluar sejuk kami didalam kepanasan dek haba dapur ni kikiki. Akhir sekali kami siap buat kerja 6pagi. Mama pulak ambil turn sementara ty bersiap sedia nak g ke padang tuk acara sukan. Sure giler petang ty pengsan. Ha3!

Sekian , wasalam!

Sabtu, November 09, 2013

Dapur Bercuti ... 16hb - 17hb November 2013

Assalammualaikum pelanggan ty yg budiman,

Disini ty ingin memaklumkan bahawa tempahan bagi tarikh 16hb - 17hb November telah pun ditutup. Sebarang tempaham tidak akan diterima utk tarikh tersebut. Ini kerana pada tarikh tersebut ty mempunyai temoahan yg telah melebihi kuota, selain tu ty mempunyai aktiviti Sukan untuk Tadika temoat ty bekerja dan kenduri perkahwinan anak jiran tetangga ty.

Ty meminta maaf atas kesulitan ini, namun sekiranya anda bercadang untuk membuat tempahan bagi minggu berikutnya sila buat dengan kadar segera.

Sekian, wasalam.

Ty

Khamis, Oktober 10, 2013

Hebatnya suami ku ... Muhama Bueraheng i love u!

Assalammualaikum,

Sebelum tido ... nak citer sikit perihal cik n husben hahaha saje nak kongsi citer kami. Husben cik jenis yang sukar nk tegur kl tegur kena tegur baik2 lembut jgn tinggi kn suara. Bidang dia mmg bidang yang sama dgn cik iaitu masakan cuma department lain2 ka3 boleh pulak. Lidah dia lidah masakan nasi lauk pauk lidah cik lidah kuih boleh kn? Sejak dia resign dr department dia ... dia cuba berjinak2 dlm department cik. Tangan pegang senduk menggoreng nak pegang whisk kacau talam ... boleh ke?

First time dia buat roti jala kaku betul. Siap mama tegur pas tu ape lagi merajuk la dia. Mula2 malas nk layan kerja berlambak siap semua keja masa kami bermanja2 ty slow talk, dia boleh tima. Anak manja ni ank bongsu la katakan. Cik ckp la kena wat gini bukan gitu so dia fhm. Ma mmg suka tgur org kasar2 ty dh pekakkan pun telinga suka htila nk ckp ape. Lama2 hasil yg husben ty buat bertambah baik. Bila dh improve, cik ajar pulak cra nak bancuh roti jala. Mula2 dia ckp malas tp hari ni dsebabkan cik de urusan luar cik ingtkan dia xmaw tolong, org tengah merajuk dr pagi dgn cik. Tapi bila cik balik tgk2 dia dh bancuh pun roti jala tuk 2kg dan dh standby dpur tuk cik masak talam. 

So cute! Dia buat sendiri dari A-Z ! Bermula dari  menyukat, membancuh, mengisar, menapis, mewarnakan, menirai jala, menggulung dan menyusun ty jeling dengan ekor mata je. Gulung pun dh cantik. Dengan syarat jgn kacau kerja dia itu je! Alhamdullilah lepas ni kalau de sape2 nk order roti jala ty lepaskan semuanya pd husben cik. Kari dia masih peringkat belajar lagi! Ty bangga betul dengan kesungguhan dia. Bersyukur sangat2 pada allah kerana menemukan ty dengan suami sbaik dia. Amin3!

Hasil airtangan husben ... tq sayang! U merajuk pun i still sayang!




Selamat malam semua ...

https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih

Isnin, September 30, 2013

Kini berwajah baru ...

Assalammualaikum ...

Minta maaf la ty sibuk xde masa nak update blog ni. Cam kaku je blog ni kan? Ty banyak update tempahan2 yang ty terima kat FB Page je. Balik keja kadang2 terbaring kepenatan kadang2 balik kerja wat kerja pas tu hantar pas tu pengsan hahaha.


Jangan terkejut sekiranya anda melihat warna lain di blog ty. Sebenarnya ty dah wat pejenamaan semula tapi berperingkat-peringkat ya. Penjenamaan baru lepas ni blog ty akan dikenali dengan nama TY Tria Kuih Muih. Comei x gmbar ty? Ha3 , siap dengan topi chef dan dikelilingi beraneka jenis kuih muih. Merah pilihan ty kali ni. Ty memang suka warna merah. Suka suka suka sangatttt ... De no pendaftaran syarikat so anda jangan takut dan bimbang dengan servis yang ty berikan.

Selain itu ... dengan ade aplikasi yang canggih sekarang ni anda boleh berhubung dengan ty lebih mudah sekiranya anda mempunyai akaun WHATSAPP / WE CHAT. Mudahkan sekarang hahaha ... ape yang perlu anda cuma cari id ty je. Lepas tu boleh la kita terus berinteraksi ok.


Cari " TY Tria"


Cari " TY Tria" 

Insyaallah sedikit demi sedikit aplikasi yang memudahkan kita untuk berhubung akan ty update. Maaf la ty ni lambat sangat celik it. Orang dah ke bulan ty baru nak naik kapal angkasa. Seperti yang ty maklumkan di atas sedikit demi sedikit perubahan akan berlaku bermula dengan blog. Selepas ini mungkin anda akan lihat perubahan pada label dan lain-lain lagi ok. 

Selain itu , ty kini dah buka website baru disini la bermulanya penjenamaan baru produk ty. Anda boleh link disini , http://www.tytriakuihmuih.com.my/


Menjelang tahun 2014 ty akan buat rombakan pada harga mengikut peredaran masa yang kini ty fikir harga tersebut tidak lagi relevan tuk digunakan jika dikira kos bahan mentah sekarang. Kemungkinan besar juga ty akan MANSUHKAN loyang kecil iaitu 7inci dalam mane2 tempahan sebaliknya ty akan gantikan dengan saiz loyang yang besar iaitu 12inci atau 14inici bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Ty juga akan kemas kini sedikit demi sedikit menu-menu baru untuk pilihan anda. Selain itu ade juga penambahan produk baru seperti anda boleh membuat tempahan LAKSAM minimum untuk 10/pax. Ty cuba buat penambahan suaian yang bersesuaian dengan produk ty. 

Ty ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang banyak menyokong ty selama 3tahun ty berniaga online ni. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda pada ty. Sentiasa ikuti perkembangan ty di blog / fb page mahupun di twitter. 

Sekian, terima kasih!



Isnin, Ogos 26, 2013

31 Ogos - 2Sept 2013 ... TEMPAHAN DITUTUP !!! MAAF SANGAT2!

Assalammualaikum ....

Salam penuh kesibukkan ki3! Minggu ni agak sibuk dengan tempahan almaklum la minggu2 akhir Syawal ramai yang berebut utk buat rumah terbuka ofis terbuka la kedai terbuka la itu ini la. Memang sibuk nasib baik de assistant baru sementara waktu ki3. Sape?? Nak taw ke??? Anje ty la kakakaka. Sejak xkerja ni dia la yg tolong ty didapur. Ada masanya kami ni bergaduh jugak kalau duk dapur biasala kalau perempuan buat kerja kan lemah lembut ... laki buat keja masyaallah ! Serabut kepala otak ty ... kalau marah merajuk so kena pujuk baik2 baru dia faham.

 31 Ogos - 2 September  & 7 September
TEMPAHAN  DITUTUP !

Maaf ye ... date2 tersebut dah de orang booking pun. Dah cukup kuota! Xmaw ambik banyak2 kaki tangan ty de dua je. Kang pengsan pulak xbangun2. Ape2 pun tempahan untuk minggu depan masih dibuka lagi. Cepat2 calling atau sms tuk booking tempahan. Perkembangan terkini sila ke FB Page ty ... memang semuanya yang terkini disana.

Sekian!