Yg follow t....

Isnin, September 30, 2013

Kini berwajah baru ...

Assalammualaikum ...

Minta maaf la ty sibuk xde masa nak update blog ni. Cam kaku je blog ni kan? Ty banyak update tempahan2 yang ty terima kat FB Page je. Balik keja kadang2 terbaring kepenatan kadang2 balik kerja wat kerja pas tu hantar pas tu pengsan hahaha.


Jangan terkejut sekiranya anda melihat warna lain di blog ty. Sebenarnya ty dah wat pejenamaan semula tapi berperingkat-peringkat ya. Penjenamaan baru lepas ni blog ty akan dikenali dengan nama TY Tria Kuih Muih. Comei x gmbar ty? Ha3 , siap dengan topi chef dan dikelilingi beraneka jenis kuih muih. Merah pilihan ty kali ni. Ty memang suka warna merah. Suka suka suka sangatttt ... De no pendaftaran syarikat so anda jangan takut dan bimbang dengan servis yang ty berikan.

Selain itu ... dengan ade aplikasi yang canggih sekarang ni anda boleh berhubung dengan ty lebih mudah sekiranya anda mempunyai akaun WHATSAPP / WE CHAT. Mudahkan sekarang hahaha ... ape yang perlu anda cuma cari id ty je. Lepas tu boleh la kita terus berinteraksi ok.


Cari " TY Tria"


Cari " TY Tria" 

Insyaallah sedikit demi sedikit aplikasi yang memudahkan kita untuk berhubung akan ty update. Maaf la ty ni lambat sangat celik it. Orang dah ke bulan ty baru nak naik kapal angkasa. Seperti yang ty maklumkan di atas sedikit demi sedikit perubahan akan berlaku bermula dengan blog. Selepas ini mungkin anda akan lihat perubahan pada label dan lain-lain lagi ok. 

Selain itu , ty kini dah buka website baru disini la bermulanya penjenamaan baru produk ty. Anda boleh link disini , http://www.tytriakuihmuih.com.my/


Menjelang tahun 2014 ty akan buat rombakan pada harga mengikut peredaran masa yang kini ty fikir harga tersebut tidak lagi relevan tuk digunakan jika dikira kos bahan mentah sekarang. Kemungkinan besar juga ty akan MANSUHKAN loyang kecil iaitu 7inci dalam mane2 tempahan sebaliknya ty akan gantikan dengan saiz loyang yang besar iaitu 12inci atau 14inici bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Ty juga akan kemas kini sedikit demi sedikit menu-menu baru untuk pilihan anda. Selain itu ade juga penambahan produk baru seperti anda boleh membuat tempahan LAKSAM minimum untuk 10/pax. Ty cuba buat penambahan suaian yang bersesuaian dengan produk ty. 

Ty ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang banyak menyokong ty selama 3tahun ty berniaga online ni. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda pada ty. Sentiasa ikuti perkembangan ty di blog / fb page mahupun di twitter. 

Sekian, terima kasih!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan