Yg follow t....

Rabu, Disember 11, 2013

Aku dan Karipap Pusingggg .... berpusing2 laaa!

Assalammualaikum ....


Cantikkan tarikh hari ni 11.12.13 ... istimewa sungguh lepas ni tidak akan ada tarikh seperti ni lagi kan. Mesti ramai yang mengambil kesempatan tarikh ini untuk di ingati seperti mana Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadikan tarikh ini sebagai tarikh pernikahan mereka. Tahniah wat anda berdua. Pada mereka yang menyambut hari lahir ataupun ulangtahun perkahwinan ... ty doakan kalian bahagia hendaknya dipanjangkan umur dan jodoh moga kekal hingga ke dalam syurga ok.


Ape citer hari ni? Nak citer sal karipap hahaha ! Bulan lepas iaitu bulan November ty mendapat tempahan karipap sebanyak 170biji pertama kali dalam sejarah ty dapat tempahan sebanyak ini percaya x? Ty terkejutttt taw. Ya ampun banyak tul camne nak buat ni? Dengan kemudahan yang terhad camne nak buat banyak2. Pening la nanti rosak camne adoiiii. Pada awalnya ty rancang nk frozenkan aje karipap2 tu tapi masalah kalau guna barang berkongsi memang payah kit. Dah cakap jangan beli barang poe sumbat jugak lauk pauk so x jadila nak frozenkan. So ty decide wat ontime je. Pengalaman pertama wat dalam kuantiti yang banyak memang masalah. Ty bancuh adunan tu lebih sebab ty taw karipap ni akan cepat pecah. Ty wat adunan untuk 250biji nak taw bape yang dapat diselamatkan hanya 150biji je yang ty dapat buatkan pada customer tu. Nak siapkan kuih talam lagi bingka lagi huhuhu. Inilah pengalaman pertama ty. Taubat konon xmau ambik konon la tu hahaha.


Dari pengalaman ty dapat pengajaran pada bulan yang sama jugak ty dapat tempahan lagi sebanyak 250biji walaaaa pengsan ! Dah la ty sibuk dengan kerja sukan sekolah yang last minit tu. Nak penuhi tempahan kuih muih pulak dah. Sakit jiwa raga ty. Cikgu besar ty tempah sebanyak 200biji tapi last minit ty tolak jadikan 100biji. Tapi kemudianya jiran ty pulak datang nak tempah karipap pusing 150biji ahaaaaaiiiii bila dkumpulkan bukan ke total semuanya 250biji kan dah kena jugak. Mau nak pengsan dengan order talam lagi, roti jala lagi, puding birthday pun ya adoiiiii.


Dah tu time2 tu jugak la cikgu besar nak sakit. Sehari sebelum ni dia mengamuk dengan kami sebab xnak tolong balut hadiah. Suka wat keja last minit memang la ty ade delivery cam ne nak hantar kang orang tu nak makan gapo begong pun ade jugak cikgu besau ni. Besoknya melayan kerenah dia hampir 4jam masa ty tertangguh. Karipap tah kemana talam menalam xsiap lagi. Sudahnya 24jam la ty bekerja nak siapkan tempahan customer. Kena rancang plan2 walaupun penat terpaksa ty siapkan jugak dalam keadaan xsihat ty gagahi jugak. Rezeki jangan ditolakkan.


Setelah selesai semua kerja baru ty sambung dengan karipap pusing. Jam menunjukkan pukul 1pg maka operasi membuat karipap yang berbaki lagi 170biji pun bermula. Dengan bantuan suami tercinta siap bentang tikar dapur semua kebawah hahaha suami ty penyek gelek ty potong buh inti dan kelim campak dalam kuali husben sambut hahaha. Begitu la kami sehingga 5.30pagi. Karipap kentang dan karipap inti sardin. Jalan pun dah mengekang hahaha. Kul 7pagi nak lari ke padang tuk acara sukan husben ty dah pengsam masa solat subuh. Dia sambung semula kerja untuk siapkan tempahan cara berlauk dan roti jala mama pulak siapkan rendang , pulut kuning dan gorengkan karipap yang kami frozen kan tu.


Suami ty bila de tempahan karipap dia pening mendengarnya. Bila tengok karipap goreng katanya nak muntah hahaha. Ty sendiri xlalu makan karipap. Dari pengalaman itu la ty belajar kalau dalam kuantiti yang banyak seeloknya karipap tu kita wat awal. Andai ada kerja lain boleh wat kemudian so karipap tu kita frozenkan. Kalau sesiapa yang ada freezer bertuah la sangat.


 Sebenarnya ty suka siapkan doh karipap seawal yang boleh kalau besok nak bentuk malam ni dah ready. Gluten dalam tepung tu akan mengembang bila kita rehatkan kalau bentuk karipap tu kecil masa goreng akan besar sikit la. Kalau xperap rupanya kecik je itu pengalaman yang baru ty timba hari ni.

 

Sifu Azlina Mohit bagitau kalau boleh kentang tu jangan direbus sebaliknya dikukus. Biarkan betul2 kering sejuk baru kita lenyek. Ooo yaa! Ty lupa nak citer inti karipap ty menggunakan kentang yang dilenyek bukan didadu lambat la kerja kalau nak mendadu je. Ini sebab kalau kita masak dengan air kentang tu memang cepat akan berair dan mudah basi. Karipap pulak kalau lebih dari seminggu seeloknya karipap tu kita goreng separuh masak matikan gluten yang ade dalam tepung tadi.

 
Dari pengalaman pertama ty dah banyak belajar. Biasanya ty dibantu suami buat karipap x lama lagi suami ty pun akan mahir buat karipap macam ty jugak. Ty ni dari zero sebab semangat akhir berjaya juga kelim kulit karipap tu sendiri. 

11 Disember 2013 

Hari ni ...seperti istimewanya tarikh ni,  ty berjaya buat tempahan tu sendiri sebanyak 100 biji tanpa sebiji pun yang rosak Alhamdullilah. Syukur sangat2 setelah pengalaman demi pengalaman yang ty dapat sendiri akhirnya ty dapat buat karipap dengan hasil yang baik tanpa ade sebiji pun yang rosak.Camne? Sambil ty bentuk dan kelim sambil tu ty goreng karipap yang tersedia. Gembira sangat biarpun sebenarnya dah xlalu nak tengok muka karipap. Terima kasih atas pengalaman yang bermakna ni. Disamping itu ty nak minta maaf sekiranya hasil yang anda harapkan tidak dapat ty tunaikan. 

Sekian saje cerita ty dan karipap he! 
Selamat malam ... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan