Yg follow t....

Jumaat, Disember 27, 2013

Jumaat terakhir 2013 ... selamat datang 2014!

As'kum ....

Ty ni kejap update kejap senyap ... kadang tak ter update entri2 kat blog. Banyaknya ty update kat fb page so jangan lupa pada yg ada fb singgah la page ty.

27 Disember 2013 ... inilah jumaat terakhir kita di tahun 2013, minggu depan pulk jumaat pertama di tahun 2014. Bagaimana azam anda tahun ni tercapai ke semua? Kalau ya alhamdullilah kalau tidak jangan mengalah ape kata bawa kehadapan. Matlamat ty kehendak ty ade yg tercapai tapi banyak jugak yang tidak tercapai so ty bawa kedepan matlamat dan kehendak tu.

Mudah2an ... tahun 2014 ty dapat ape yg ty nak dengan usaha sendiri insyaallah. Doa kan taw! Salah satu hajat ty ... nak punya anak sdri rasanya 10tahun dah cukup lama mnanti kita berusaha lebih gigih lagi kn. Rasanya tahun 2014 ni yg terbaik utk kami merancang family. En. Muhama awak pun bukan muda lagi tolong take note he3.

Ty nak ucapkan selautan luas ucapan Terima Kasih pada pelanggan ty, pada pengunjung ty yang sentiasa mengikuti jejak ty. Yg selalu membuat tempahan yg memberi kpercayaan pd ty terima kasih banyak. Pada yg setahun sekali menempah dengan ty terima kasih sebab anda tetap memahatkan jenama Ty Tria Kuih Muih dhati. Tolong jangan padamkn taw. Pahat ketat2!

Ty cuba memenuhi tempahan anda, adakala tempahan anda spt yg anda harapkan nmun ada masa ianya tidak seperti anda gambarkn ty minta maaf. Ty minta maaf kerana menghampakn harapan anda sebagai mnusia kita semuanya bukan sempurna. Ty cuba dan cuba ... malah ty sendiri takut kecewakn anda tp ty cuma boleh memohon maaf. Maafkan ty !

Marila kita sambut kedatangan 2014 dengan matlamat baru azam baru visi baru. Ty berharap perancangan ty menjadi nyata, Ty Tria dkenali diseantero Lembah Klang ewahhhh. Mudah2an ty boleh kembali menjadi siswa mlanjutkn pelajaran dalam bidang baru iaitu Pendidikan Awal Kanak2. Dan ty harap 2014 ty dapat "Merealisasikan Impian dan Matlamat yg Gemilang" aminkn!

Selamat tinggal 2013 ... selamat datang 2014.

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan