Yg follow t....

Sabtu, Disember 28, 2013

Bingka or Bengkang .... Feberet Papa !

Assalammualaikum & Selamat Petang ,

Woittt ! Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Beberapa hari lagi juga seisi baru persekolahan akan bermula dan beberapa hari juga la ty akan kembali bekerja wuahahahahaha :'(. Tak puas la bercuti sebulan ni. Nak cuti lagi bisa ngak ibu besar? Nak gaji je bisa ngak ibu besar? Hahaha cam ty ade share pulak nak minta gaji kerja xmau kan? Ty dah sematkan dalam hati kemungkinan tahun 2014 merupakan tahun terakhir ty bersama Tadika Bestari kalau dipanjangkan umur ty tahun 2015 ty nak cari pengalaman ditempat yang baru pula ewah ewah merancang je pandai Allah yang tentukan semuanya kan? Untuk tahun 2014 ty akan mengajar murid-murid 5tahun dah turun pangkat pulak hahaha. Namun alhamdullilah untuk murid-murid 5tahun 2014 ni mereka majoritinya dah pandai menulis dan kenal huruf. Armand pula kemungkinan 50/50 akan berpindah ke tadika Kemas. Huhuu sian pun ada tapi nak dia dapat pendidikan yang elok kalau boleh lebih elok lagi tapi nak wat camne dadinya wat bodoh je. Tapikan dah rasa rindu dan sian pulak sbb dia jauh dah tu nanti jadi ape2 maklong tak de. Camne ni?

Cukupla bercerita sal tadika dan kerjaya ty sebagai cikgu. Sekarang ty nak citer pasal tajuk kat atas BINGKA @ BENGKANG . Kisahnya bermula apabila sifu Lina Mohit menayang periuk bengkangnya yang baru dibeli. Ty pun baru teringat 4tahun lepas ty ada membeli periuk bengkang yang sama tapi ty simpan je kat atas kabinet tu. Dari hari tu masing2 dok sibuk wat bingka hahaha. Tapi ty paling suka tengok bingka yang kak Latifah Mustafa rakan muka buka yang ty kenali dari Sifu Lina Mohit. Cantik hasilnya rupanya kak Latifah sudah 30tahun menghasilkan bingka yang enak ini. Ada warung di Temerloh xsilap ty. Nak kenali dia klik sini https://www.facebook.com/latifah.mustafa .

Selalu jugak ty tanya kak Latifah kalau ianya berkaitan dengan bingka ni. Memang sakit mata hati la kalau tengok hasil bingka dia memang cantik sangat. Selain itu lupa nak mention bingka ni feberat papa ty. Dari muda lagi mama selalu buat bingka papa yang hadap sorang2 kali ni anaknya pulak ambik alih. Dalam seminggu papa akan request buat bingka 1 atau 2 kali. Kadang papa akan bagi duit untuk beli santan kadang bila papa xde duit ty la yang beli santan. Xpe la sambil wat makan boleh juga ty ber ekperimen kan. 

Kalau buat seloyang tu insyaallah besoknya akan habis xkiranya lembik ke keras atau terlebih manis ke terkurang lemak ke memang akan habis. Sure loyang ty bersih la. Armand pun dah pandai makan bengkang dah pandai sebut pun nak bengkang. Anda boleh membuat tempahan bingka ni mulai tahun 2014. Bingka ni menggunakan bahan yang biasa sahaja. Ala bingka zaman tok nenek kita dulu mane ade nak pakai bahan banyak cuma bahan-bahan asas je seperti Tepung Gandum, Santan, Telur, Gula dan Minyak. Kuantiti telur pun minimum xde la guna sepapan hahaha. Setakat ni bingka-bingka yang telah berjaya ty hasilkan adalah seperti berikut :-

BINGKA PANDAN,

 BINGKA GULA MERAH, 

BINGKA DURIAN 

.Manakala antara bingka yang masih dalam usaha pengubah suaian untuk mendapatkan sukatan yang tepat ialah BINGKA JAGUNG, BINGKA ROTI,  BINGKA KACANG HIJAU & BINGKA BERLAUK. Selalu lah ikuti perkembangan ty di FB Page klik sini je jangan lupa LIKE kalau dah singgah taw  https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih

Ty sediakan dalam tray 10inci dan insyaallah pertengahan 2014 ty akan sediakan pilihan tray 12inci dan 14inci. Dan ty telah pun mansuhkan tray 7inci untuk selamanya taw. Tidak akan ada lagi tempahan bagi tray tersebut bermula tahun 2014. Ok, bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan sila salin dan simpan nombor  dibawah :-

CALL & SMS 
012 9037950 

WHATSAPP, WE CHAT, LINE @ CHAT ON 
012 9207980 

Pastikan anda menyimpan no tersebut taw.  Sebelum ty terlupa musim persekolahan ni semua persoalan ty akan jawab selepas pukul 12tengahari taw. Tak maw la jawab time mengajar nanti cikgu besar jeling macam nak telan pun ada jugak takuttttt la ty!

Sekian, terima kasih!

-TY-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan