Yg follow t....

Ahad, Februari 02, 2014

Antara tempahan 1hb Februari ...

As'kum ....

Dah lama x update, ty bz dengan kerja bz juga dengan tempahan. Time kerja ty xjawab @ xsempat nak reply semua call maupun sms. Ty minta maaf ya, selepas kul 2ptg ty akan reply atau jawab. Kena fokus pada anak murid sebab 3bulan pertama kena pastikan mereka boleh kenal dan tulis a-z. 3bulan berikut dah mula dengan suku kata. Tadika swasta ni kena lbh pantas dr yg lain. Kena betul2 pastikn mereka boleh buat.

Antara tempahan yg ty siapkan utk 1hb Februari .... layan je!

Terima kasih pd yg sudi membuat tempahan.

Isnin, Disember 30, 2013

Fak Thong Sang Ka Ya .... its Thai Dessert

As'kum ...

Entri hari ni ty update tentang Thai Dessert yang enak lemak. Rasanya nak masuk menu tuk tahun depan ada yang berminat x?

Fak Thong Sang Ka Ya atau bila alih ke bahasa Malaysia Kastard Labu biasanya kalau pergi ke negara Thai anda boleh nikmatinya. Ty cuba sebab kebetulan labu kuning ni ada offer djual kat tempat ty. Murah sangat RM0.99/kg tu pasal ty rembat.

Kastardnya menggunakan telur ayam, telur itik, gula dan santan. Enaknya sebab ada telur itik la kan? Mudah sangat buatnya kalau beli di Thailand sepotong 20baht (RM2). So ty try la ... cuma terlebih masa kukus maka labu tu hampir pecah. Pas ni nak buat lagi .. kalau dah cantik nanti ty buka utk tempahan menu baru bawah Thai Dessert ya. Insyaallah akan ada hasil2 lain dari menu Thai almaklum la ty kawen dengan orang Thai Pattani. Lihatla hasilnya ...

Sabtu, Disember 28, 2013

Bingka or Bengkang .... Feberet Papa !

Assalammualaikum & Selamat Petang ,

Woittt ! Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Beberapa hari lagi juga seisi baru persekolahan akan bermula dan beberapa hari juga la ty akan kembali bekerja wuahahahahaha :'(. Tak puas la bercuti sebulan ni. Nak cuti lagi bisa ngak ibu besar? Nak gaji je bisa ngak ibu besar? Hahaha cam ty ade share pulak nak minta gaji kerja xmau kan? Ty dah sematkan dalam hati kemungkinan tahun 2014 merupakan tahun terakhir ty bersama Tadika Bestari kalau dipanjangkan umur ty tahun 2015 ty nak cari pengalaman ditempat yang baru pula ewah ewah merancang je pandai Allah yang tentukan semuanya kan? Untuk tahun 2014 ty akan mengajar murid-murid 5tahun dah turun pangkat pulak hahaha. Namun alhamdullilah untuk murid-murid 5tahun 2014 ni mereka majoritinya dah pandai menulis dan kenal huruf. Armand pula kemungkinan 50/50 akan berpindah ke tadika Kemas. Huhuu sian pun ada tapi nak dia dapat pendidikan yang elok kalau boleh lebih elok lagi tapi nak wat camne dadinya wat bodoh je. Tapikan dah rasa rindu dan sian pulak sbb dia jauh dah tu nanti jadi ape2 maklong tak de. Camne ni?

Cukupla bercerita sal tadika dan kerjaya ty sebagai cikgu. Sekarang ty nak citer pasal tajuk kat atas BINGKA @ BENGKANG . Kisahnya bermula apabila sifu Lina Mohit menayang periuk bengkangnya yang baru dibeli. Ty pun baru teringat 4tahun lepas ty ada membeli periuk bengkang yang sama tapi ty simpan je kat atas kabinet tu. Dari hari tu masing2 dok sibuk wat bingka hahaha. Tapi ty paling suka tengok bingka yang kak Latifah Mustafa rakan muka buka yang ty kenali dari Sifu Lina Mohit. Cantik hasilnya rupanya kak Latifah sudah 30tahun menghasilkan bingka yang enak ini. Ada warung di Temerloh xsilap ty. Nak kenali dia klik sini https://www.facebook.com/latifah.mustafa .

Selalu jugak ty tanya kak Latifah kalau ianya berkaitan dengan bingka ni. Memang sakit mata hati la kalau tengok hasil bingka dia memang cantik sangat. Selain itu lupa nak mention bingka ni feberat papa ty. Dari muda lagi mama selalu buat bingka papa yang hadap sorang2 kali ni anaknya pulak ambik alih. Dalam seminggu papa akan request buat bingka 1 atau 2 kali. Kadang papa akan bagi duit untuk beli santan kadang bila papa xde duit ty la yang beli santan. Xpe la sambil wat makan boleh juga ty ber ekperimen kan. 

Kalau buat seloyang tu insyaallah besoknya akan habis xkiranya lembik ke keras atau terlebih manis ke terkurang lemak ke memang akan habis. Sure loyang ty bersih la. Armand pun dah pandai makan bengkang dah pandai sebut pun nak bengkang. Anda boleh membuat tempahan bingka ni mulai tahun 2014. Bingka ni menggunakan bahan yang biasa sahaja. Ala bingka zaman tok nenek kita dulu mane ade nak pakai bahan banyak cuma bahan-bahan asas je seperti Tepung Gandum, Santan, Telur, Gula dan Minyak. Kuantiti telur pun minimum xde la guna sepapan hahaha. Setakat ni bingka-bingka yang telah berjaya ty hasilkan adalah seperti berikut :-

BINGKA PANDAN,

 BINGKA GULA MERAH, 

BINGKA DURIAN 

.Manakala antara bingka yang masih dalam usaha pengubah suaian untuk mendapatkan sukatan yang tepat ialah BINGKA JAGUNG, BINGKA ROTI,  BINGKA KACANG HIJAU & BINGKA BERLAUK. Selalu lah ikuti perkembangan ty di FB Page klik sini je jangan lupa LIKE kalau dah singgah taw  https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih

Ty sediakan dalam tray 10inci dan insyaallah pertengahan 2014 ty akan sediakan pilihan tray 12inci dan 14inci. Dan ty telah pun mansuhkan tray 7inci untuk selamanya taw. Tidak akan ada lagi tempahan bagi tray tersebut bermula tahun 2014. Ok, bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan sila salin dan simpan nombor  dibawah :-

CALL & SMS 
012 9037950 

WHATSAPP, WE CHAT, LINE @ CHAT ON 
012 9207980 

Pastikan anda menyimpan no tersebut taw.  Sebelum ty terlupa musim persekolahan ni semua persoalan ty akan jawab selepas pukul 12tengahari taw. Tak maw la jawab time mengajar nanti cikgu besar jeling macam nak telan pun ada jugak takuttttt la ty!

Sekian, terima kasih!

-TY-



Jumaat, Disember 27, 2013

Jumaat terakhir 2013 ... selamat datang 2014!

As'kum ....

Ty ni kejap update kejap senyap ... kadang tak ter update entri2 kat blog. Banyaknya ty update kat fb page so jangan lupa pada yg ada fb singgah la page ty.

27 Disember 2013 ... inilah jumaat terakhir kita di tahun 2013, minggu depan pulk jumaat pertama di tahun 2014. Bagaimana azam anda tahun ni tercapai ke semua? Kalau ya alhamdullilah kalau tidak jangan mengalah ape kata bawa kehadapan. Matlamat ty kehendak ty ade yg tercapai tapi banyak jugak yang tidak tercapai so ty bawa kedepan matlamat dan kehendak tu.

Mudah2an ... tahun 2014 ty dapat ape yg ty nak dengan usaha sendiri insyaallah. Doa kan taw! Salah satu hajat ty ... nak punya anak sdri rasanya 10tahun dah cukup lama mnanti kita berusaha lebih gigih lagi kn. Rasanya tahun 2014 ni yg terbaik utk kami merancang family. En. Muhama awak pun bukan muda lagi tolong take note he3.

Ty nak ucapkan selautan luas ucapan Terima Kasih pada pelanggan ty, pada pengunjung ty yang sentiasa mengikuti jejak ty. Yg selalu membuat tempahan yg memberi kpercayaan pd ty terima kasih banyak. Pada yg setahun sekali menempah dengan ty terima kasih sebab anda tetap memahatkan jenama Ty Tria Kuih Muih dhati. Tolong jangan padamkn taw. Pahat ketat2!

Ty cuba memenuhi tempahan anda, adakala tempahan anda spt yg anda harapkan nmun ada masa ianya tidak seperti anda gambarkn ty minta maaf. Ty minta maaf kerana menghampakn harapan anda sebagai mnusia kita semuanya bukan sempurna. Ty cuba dan cuba ... malah ty sendiri takut kecewakn anda tp ty cuma boleh memohon maaf. Maafkan ty !

Marila kita sambut kedatangan 2014 dengan matlamat baru azam baru visi baru. Ty berharap perancangan ty menjadi nyata, Ty Tria dkenali diseantero Lembah Klang ewahhhh. Mudah2an ty boleh kembali menjadi siswa mlanjutkn pelajaran dalam bidang baru iaitu Pendidikan Awal Kanak2. Dan ty harap 2014 ty dapat "Merealisasikan Impian dan Matlamat yg Gemilang" aminkn!

Selamat tinggal 2013 ... selamat datang 2014.

Sekian, wasalam!

Rabu, Disember 18, 2013

SMS, WHATSAPP, WE CHAT .... 012 9207980

Pelanggan yang ty hormati ,

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tempahan atau anda ingin membuat tempahan dengan ty sila hubungi ty melalui SMS, WHATSAPP, WE CHAT ... 012 9207980 .

 


Untuk pengetahuan anda ... no sebelum ni ada masalah teknikal dengan telefon bimbit tersebut al maklumla benda kecik kita nak sumbat macam mau dia merajuk. Tidak berkesempatan lagi nak repair hp tu dah comel memang sayang sgt sebab hp Samsung pertama ty. Nanti ty update kalau hp tu dah boleh guna semula ya. 

Selamat petang ...

Sabtu, Disember 14, 2013

No Delivery Service !

PENGUMUMAN PENTING !!!

PELANGGAN YANG TY HORMATI DAN KASIHI ,

  MEMBEKUKAN 
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN 

BERMULA 15 DISEMBER SEHINGGA PADA SUATU TEMPOH YANG AKAN TY MAKLUMKAN KELAK. TY MASIH LAGI MENERIMA TEMPAHAN CUMA MULAI TARIKH TERSEBUT ANDA PERLU AMBIL SENDIRI TEMPAHAN ANDA DI RUMAH TY. SEGALA KESULITAN AMAT-AMAT DIKESALI. TY MINTA MAAF DAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN AKAN DIADAKAN PADA SUATU TARIKH YANG TY SENDIRI TIDAK PASTI NAMUN AKAN DI WAR2KAN MELALUI BLOG DAN FB PAGE. 

SILA LAYARI https://www.facebook.com/TYHomemadeKuihMuih UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI TY DARI MASA KE SEMASA . TQ! 

Rabu, Disember 11, 2013

Aku dan Karipap Pusingggg .... berpusing2 laaa!

Assalammualaikum ....


Cantikkan tarikh hari ni 11.12.13 ... istimewa sungguh lepas ni tidak akan ada tarikh seperti ni lagi kan. Mesti ramai yang mengambil kesempatan tarikh ini untuk di ingati seperti mana Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadikan tarikh ini sebagai tarikh pernikahan mereka. Tahniah wat anda berdua. Pada mereka yang menyambut hari lahir ataupun ulangtahun perkahwinan ... ty doakan kalian bahagia hendaknya dipanjangkan umur dan jodoh moga kekal hingga ke dalam syurga ok.


Ape citer hari ni? Nak citer sal karipap hahaha ! Bulan lepas iaitu bulan November ty mendapat tempahan karipap sebanyak 170biji pertama kali dalam sejarah ty dapat tempahan sebanyak ini percaya x? Ty terkejutttt taw. Ya ampun banyak tul camne nak buat ni? Dengan kemudahan yang terhad camne nak buat banyak2. Pening la nanti rosak camne adoiiii. Pada awalnya ty rancang nk frozenkan aje karipap2 tu tapi masalah kalau guna barang berkongsi memang payah kit. Dah cakap jangan beli barang poe sumbat jugak lauk pauk so x jadila nak frozenkan. So ty decide wat ontime je. Pengalaman pertama wat dalam kuantiti yang banyak memang masalah. Ty bancuh adunan tu lebih sebab ty taw karipap ni akan cepat pecah. Ty wat adunan untuk 250biji nak taw bape yang dapat diselamatkan hanya 150biji je yang ty dapat buatkan pada customer tu. Nak siapkan kuih talam lagi bingka lagi huhuhu. Inilah pengalaman pertama ty. Taubat konon xmau ambik konon la tu hahaha.


Dari pengalaman ty dapat pengajaran pada bulan yang sama jugak ty dapat tempahan lagi sebanyak 250biji walaaaa pengsan ! Dah la ty sibuk dengan kerja sukan sekolah yang last minit tu. Nak penuhi tempahan kuih muih pulak dah. Sakit jiwa raga ty. Cikgu besar ty tempah sebanyak 200biji tapi last minit ty tolak jadikan 100biji. Tapi kemudianya jiran ty pulak datang nak tempah karipap pusing 150biji ahaaaaaiiiii bila dkumpulkan bukan ke total semuanya 250biji kan dah kena jugak. Mau nak pengsan dengan order talam lagi, roti jala lagi, puding birthday pun ya adoiiiii.


Dah tu time2 tu jugak la cikgu besar nak sakit. Sehari sebelum ni dia mengamuk dengan kami sebab xnak tolong balut hadiah. Suka wat keja last minit memang la ty ade delivery cam ne nak hantar kang orang tu nak makan gapo begong pun ade jugak cikgu besau ni. Besoknya melayan kerenah dia hampir 4jam masa ty tertangguh. Karipap tah kemana talam menalam xsiap lagi. Sudahnya 24jam la ty bekerja nak siapkan tempahan customer. Kena rancang plan2 walaupun penat terpaksa ty siapkan jugak dalam keadaan xsihat ty gagahi jugak. Rezeki jangan ditolakkan.


Setelah selesai semua kerja baru ty sambung dengan karipap pusing. Jam menunjukkan pukul 1pg maka operasi membuat karipap yang berbaki lagi 170biji pun bermula. Dengan bantuan suami tercinta siap bentang tikar dapur semua kebawah hahaha suami ty penyek gelek ty potong buh inti dan kelim campak dalam kuali husben sambut hahaha. Begitu la kami sehingga 5.30pagi. Karipap kentang dan karipap inti sardin. Jalan pun dah mengekang hahaha. Kul 7pagi nak lari ke padang tuk acara sukan husben ty dah pengsam masa solat subuh. Dia sambung semula kerja untuk siapkan tempahan cara berlauk dan roti jala mama pulak siapkan rendang , pulut kuning dan gorengkan karipap yang kami frozen kan tu.


Suami ty bila de tempahan karipap dia pening mendengarnya. Bila tengok karipap goreng katanya nak muntah hahaha. Ty sendiri xlalu makan karipap. Dari pengalaman itu la ty belajar kalau dalam kuantiti yang banyak seeloknya karipap tu kita wat awal. Andai ada kerja lain boleh wat kemudian so karipap tu kita frozenkan. Kalau sesiapa yang ada freezer bertuah la sangat.


 Sebenarnya ty suka siapkan doh karipap seawal yang boleh kalau besok nak bentuk malam ni dah ready. Gluten dalam tepung tu akan mengembang bila kita rehatkan kalau bentuk karipap tu kecil masa goreng akan besar sikit la. Kalau xperap rupanya kecik je itu pengalaman yang baru ty timba hari ni.

 

Sifu Azlina Mohit bagitau kalau boleh kentang tu jangan direbus sebaliknya dikukus. Biarkan betul2 kering sejuk baru kita lenyek. Ooo yaa! Ty lupa nak citer inti karipap ty menggunakan kentang yang dilenyek bukan didadu lambat la kerja kalau nak mendadu je. Ini sebab kalau kita masak dengan air kentang tu memang cepat akan berair dan mudah basi. Karipap pulak kalau lebih dari seminggu seeloknya karipap tu kita goreng separuh masak matikan gluten yang ade dalam tepung tadi.

 
Dari pengalaman pertama ty dah banyak belajar. Biasanya ty dibantu suami buat karipap x lama lagi suami ty pun akan mahir buat karipap macam ty jugak. Ty ni dari zero sebab semangat akhir berjaya juga kelim kulit karipap tu sendiri. 

11 Disember 2013 

Hari ni ...seperti istimewanya tarikh ni,  ty berjaya buat tempahan tu sendiri sebanyak 100 biji tanpa sebiji pun yang rosak Alhamdullilah. Syukur sangat2 setelah pengalaman demi pengalaman yang ty dapat sendiri akhirnya ty dapat buat karipap dengan hasil yang baik tanpa ade sebiji pun yang rosak.Camne? Sambil ty bentuk dan kelim sambil tu ty goreng karipap yang tersedia. Gembira sangat biarpun sebenarnya dah xlalu nak tengok muka karipap. Terima kasih atas pengalaman yang bermakna ni. Disamping itu ty nak minta maaf sekiranya hasil yang anda harapkan tidak dapat ty tunaikan. 

Sekian saje cerita ty dan karipap he! 
Selamat malam ...