Yg follow t....

Selasa, Oktober 11, 2011

Jjcm @ Padang Bezar, Thailand .... huhuhu!

Assalammualaikum n Salam 1Malaysia,

Alahai cam nak bagi ucapan bunyinya.  Alhamdullilah perjalanan ty pergi n balik ke Padang Bezar , Thailand semuanya dah selamat. Saje menghabiskan masa actually husben ty yg ajak n dipaksa2 ikut tu la pasal terpaksa ikut huhuhu ! Kami beli tiket dah la lambat besok nak berangakat ( 4 Okt ) Isnin baru g beli ingatkan bukan cuti sekolah xde masalah tapi nape tiket pun habis ye? Xfaham la! Peningla cmni , xpe la janji selamat. Jom la tengok gambar2 sepanjang perjalanan ty pergi n balik k! Layan tapi xtiviti yang paling ty n hubby suka adalah JALAN2 CARI MAKAN ... kami sanggup berlapar sepanjang perjalanan hanya makan yang ringan2 je sebab nk balun makanan hok sedap kat sana caya ke? hahahaha ..... Sebelum bas memulakan perjalanan sempat gak la ber"FB" dengan kekawan pastu line tarak. Tension tul!

Hentian Sungai Perak , ni la hentian pertama kami dari KL. Lambat gak driver ni bawa bas tension ty sebabnya ty dh xtahan nk terkucil ... upppsss maaf ye! Hujan la mane leh tahan bas lak terhegeh2 sampai kat Hentian Sg Perak dalam kul 2lebih la xsilap ty.  Rushing tuk solat n beli buah2an tuk dimakan dalam bas.

Inilah rupa insan yang telah menemani ty bukan sahaja sepanjang perjalanan ni tapi sepanjang 15tahun kami bersama ... oittt 
8tahun bercinta ye + 7tahun berumahtangga = semuanya 15tahun. 
Wahhhhh ... caya x? Kl la de ank diusia ni mungkin tengah berperang di dalam dewan peperiksaan menduduki PMR. Nak buat cmne lum rezeki huhuhu ... Jejaka Pattani dulu kecik je badan pun macho tegap ketul tang sana ketul tang sini tapi la ni ketul tang depan je tang perut . Jgn marah ye hubby! Luv u hubby!

Sampai di sempadan agak lewat dengan keadaan hujan ... driver bas suruh kami turun kat Kangar sebab dia nak parking bas n ajak kami naik teksi tuk pergi ke sempadan Perlis. Yang best tentang perjalanan menaiki teksi ni hahaha ... kejap2 teksi semput kejap2 semput isyhhhhh payah la gini. ty jeling gak kt batu yg terlulis 25batu adoiii jauh lagi ni buat teksi ni mati tengah jalan tengah2 hujan rintik ni cmno? ty n hubby ke kena tolak adoiii mak! Driver teksi yg merangkap driver bas ni dok pokpek2 katanya enjin teksi ni tersumbat dh tu lak gear pun kl masuk kena tendang balik hahahaha kelakar la teksi ni. Dlm hati minta2 la selamat smpai ye jangan la kami disuruh turun tepi jalan. Bila dah sampai kt UPP kira dah dekat la dengan sempadan thai tu tapi lum selamat gak. Pemandu teksi menawarkan utk menghantar kami terus ke sempadan ... aik baik tul tp ye la hujan kan?! Dia htr kami sampai depan hotel penginapan. BERLIN HOTEL ... milik orang islam kebanyakkan hotel kat sini adalah milik orang siam so kalau masuk dah sah2 nampak tokong tp yang ni org islam punye so lega!Sebelah hotel tu kelab malam hahahaha .... hubby cakap kalau tengah2 malam sape yang dapat bilik sebelah kelab tu confirm xleh tido sebab bising dengan muzik. Tp hari tu kebetulan kot kelab malam ni ditutup utk pengubahsuaian. Xdapat la ty nak tgk kemeriahan kelab malam ni alaaaa rugi kan?! Letak beg , solat magrib dulu bru kami keluar jalan2 cari makan yahooooo...

Makan malam kami huhuhu ..... hubby ty kalau sal makan dia kedepan dulu tau. Hujan ... xramai yang niaga tu yg xbest. Ni la gerai2 yang kami singgah yang kami borong utk makan dalam hotel. Xdapek nak makan kat luar sebab cuaca hujan sejuk bangat! Yang ty suka cucuk2 cm kat malaysia tapi biasanya hubby beli yg jenis bakar tapi kedai kakak tu tutup so kami singgah kedai lain tuk beli. Nasi minyak ayam ... mmm memang mabelos suka tapi ni tauke lain ty kurang kit tapi hentam je la janji koyang. Teh / nescafe ais memang wajib ty beli kat sini bukan pe murah 1hal manis 1hal bukannya ty suka sangat tp memang saje nak minum sikit yang selebihnya buang hahahaha .... hubby lak kalau makan wajib de pencuci mulut pe lagi penuh la plastik bag bungkusan makanan dia. Pas makan kami tido cm ular pun ye. Sejuk tul ... nak mandi pun takut dah le hotel sejuk dek ekon ni sejuk dek hujan bertambah sejuk la. Xtahan wey! Hubby dh tido ty pun pe lagi padam la ekon tu xguna ekon pun dh sejuk tau. 

Cuaca pagi di sempadan ni huuuuuu ... sejuk beb tarak boleh tahan. Pas solat subuh ty tarik balik selimut cam xpuas nk tido rupanya cuaca kat luar hujan. Kawasan ni dikelilingi bukit tu pasal cuaca sejuknya melampau sangat coz kawasan hijau kan. Hubby dah kuar tuk beli sarapan ty tunggu kat hotel tuk kemas beg. Layan channel berita thai yang banyak mengisahkan banjir di utara Thailand. 

Sarapan pagi ty di sini ... pe lagi Nasi Kerabu airtangan orang pattani. Memang sodap sangat selera beb. Xsama kalau kita makan yang kat KL. Kat sini sikit walaupun sikit tapi sungguh menyelerakan. Ty suh hubby tapau nescafe ais hahahaha .... ko bayangkan time hujan minta nescafe ais mau xtercenggang orang kedai tu. Hubby dah faham sangat peragai ty yang xleh berpisah dengan nescafe/ teh ais. Nak wat cmno kan? Kalau xminum kang pening lak pulak hahahaha ... alasan je tu! Hubby de beli kuih sedikit tapi xsempat nak snap sebab semuanya hubby dah ngap... sorry ye!

Masih awal lagi ni, so ty ajak hubby kuar tuk cari bekalan dalam bas nanti. Hubby ni kalau tang makan memang la dia kan ke depan. Cuba tengok .... bukan main asyik kan dia memilih makanan. Actually, kakak ni from pattani tu pasal hubby bangga sangat sebab orang kpgnya. Kalau boleh hubby nak bawa kakak tu balik sekali tapi kang cmne nak melepasi imigresen n kastam kan. So hubby beli kuih je yang patut tu pun habis kat2 40baht @ RM4 dah penuh plastik beg kecik. huhuhu .....

Kedai Nasi Minyak Ayam Goreng ni wajib ty singgah. Nasi dia memang sedap mabelos tau. Setakat makan nasi je dah koyang pernah dulu ty bawa papa mai sini n bagi papa rasa nasi minyak kedai ni papa pun cakap nasinya memang sedap. Kalau nak tau , ty adalah regular customer makcik ni cuma skrg ni ty jarang dah ke sini bz la faham2 je kan?! Pe lagi kami beli tapau tuk makan dalam bas la ... ty suka nasi kat kedai ni nak tanya gak pe rahsia nasinya sesedap ni tapi xreti nak cakap thai. Orang2 kat sini kebanyakkannya cakap dalam bahasa thai walaupun orang islam xsama cam kat wilayah Pattani kebanyakkannya cakap dalam loghat kelate pekat la sikit ty lagi xfaham hahahahaha ... Makcik ni terkejut tgk flash kamera ty hahahaha sori makcik ty nak ambik gambar makcik masuk kt blog ni biar semua tau betapa hebatnya nasi minyak makcik ni. Serius la kalau korang pi Padang Bezar Thailand korang wajib cari kedai ni try nasi minyak dia. kat sini banyak kedai yang jual nasi minyak tapi bagi ty hok ni gak yang sedap. Yg ty frust xdapat makan ... laksa dah lama nak tapi xdapek gak. tu la xde rezeki lagi nampaknya kempunan la ty.

Masanya dah tiba tuk ty meninggalkan hotel tu, driver dah sampai. Naik motor je tuk kuar dari sempadan thai masuk ke Malaysia. Tapi sebelum tu ty singgah beli pulut. Wajib beli coz stok pulut t dah habis. Seperti yang tau, negara Thai kaya dengan beras kan tu pasal kita xleh nak seludup sangat tapi memang beras kat thai ni sodap2 belaka xtau nape. Pe baja ye yang diaorg guna. Yg pasti ty dah dapat pe yang ty nak, ty beli gak pulut hitam saje nak try wat serimuka pulut hitam cuma lum tau bila hehehehe .... Pakcik motor 2org yg gmbr kecik ni la yang akan bawa ty n hubby kuar ke melintasi pintu sempadan Thai - Malaysia. 

Bye2 Thailand ... nanti de masa byk duit kit ty datang lagi tau! huhuhuhu .... actually xpuas tp terpaksa balik gak kang xbalik langsung payah lak sape nak buat kuih2 ty. Nape gmbr ty tarak hahahaha ... jawapannya ty ni jurugambar kl ty bergambar kang sape lak nk ambik gambar hahahahaa suka! Dah sampai pintu masuk Malaysia dah cop paspot ... dah melepasi kastam ... pemeriksaan UPP ha selamat beras ty amin! 

Ni adalah 2jenis makanan yang kami tapau ... pulut dengan serunding udang mmmmm dap! Serta agar2, ty bekenan sebab bungkusannya kecik2 comel bangat tp bila makan same je rasanya nampak je cantik coz warna warni tapi rasanya sama huhuhu ... tipah tertipu bang! tipah tertipu ...! 

Tepat jam 11pg , bas dah bergerak meninggalkan Pekan Padang Besar Perlis .... sedihnya! Mendung je cuaca seperti tau je ty dah nak balik. Alaaaa jangan la sedih kang de duit ty mai lagi tunggu je ty datang pas ni bawa duit banyak kit ty nak shopping lak hehehehe .... Bas singgah di Pekan Kangar Perlis.

Bas singgah Kuala Perlis ambik penumpang. Bila la dapat pi Langkawi jumpa Nazrah Rashid kat pulau sana. Dok pergi jelajah tempat orang padahal dalam negeri sendiri xhabis jelajah tau. Hujan la .... kat Kuala Perlis! Bas bergerak je kami pun tido .... zzzzzzzzz tah bila bas sampai kat Alor Setar pun xtau. 

Sedarnya kami bas behenti rehat kat Hentian Rehat n Rawat Bukit Gantang, Perak. Huhuhu pe lagi bangun pi solat den makan. Landskap kat hentian rehat ni cantik sejuk mata memandang. Tenang la ... seperti biasa makan la nasi minyak walaupun aroma dah hilang xpe janji keyang bila dah masuk perut. alang2 singgah sini wajib beli buah2an potong tuk dimakan dalam bas. 

Perjalanan diteruskan walaupun pemandu bas ni drive so slow xpe la janji selamat kan? Hubby dok bebel bila tgk de bas xpress lain potong bas kami ty jawab xpe la janji kita sampai dengan selamat biarpun sampai lambat. Huhuhu .... susah la laki ni kan nak cepat je. Sebelum sampai kat terowong menora ( betul ke ejaannya ... hentam je la kan?) kesesakkan melampau sangat. Nape ye kemalangan ko @ roadblok tapi nape kat kawasan menurun bukit ni de yang nk kena lenyek dek bas n lori kot hahaha rupanya de keta rosak laaa ... sampai Ipoh ty n hubby xtido kami dok sembang cm2 yg kami sembangkan kadang citer xlogik pun leh jadi topik hangat kami hehehehe .... Kami sampai kat KL dalam pukul 8 ambik teksi sampai rumah. Huhuhu bukan berlagak naik teksi tapi xterdaya nak membawa beras pulut yg ty beli sebanyak 20kg hahahaha. Semua ye selamat .... alhamdullilah so sekarang ni keja ty bermula. Itu je la citer perjalanan ty ... xde la best sangat kan tapi yang bestnya perjalanan ty bersama suami tercinta. 

Buahtangan yg ty bawa balik dari sana huhuhuhuhu ... selamat semuanya! Amin ....

Sekian, wasalam!

3 ulasan:

  1. Souveniour utk akak xde? Besday akak tu time awak g jalan2 tu. Ni nk bgtau, roti jala tu sedap, suka sangat tp awat kuah skit tak seimbang ngan kuantiti roti. Next time orde bg lebih erkkk hehehehhee

    BalasPadam
  2. Ibu Gebu ... my dearest small sister huhuhu ... ok nanti g sama2 k tp kot sungai golok la xkn ita nk ikut utara lak jauh tu. hehehehe

    BalasPadam
  3. Kak Ida KJ .... hepi belated birthday k. nape xckp awal2 leh t beli pe2. mmdangkan dh lambt wish je la k hehehehe ..... ok2 t akn kasi kuah kari lebih pas ni tp ingat3 ... tempah awal jgn last minit lg hahahahaha

    BalasPadam