Yg follow t....

Sabtu, Oktober 15, 2011

Zah Cendol ... jom singgah!

Assalammualaikum n Salam 1Malaysia, 

Pejam celik pejam celik lagi 2bulan dah sampai penghujung 2011 wahhhh cepat tul masa berlalu ty banyak impian yang belum terlaksana huhuhu nampak gayanya postpone la yang tertunggak ke tahun depan ye? Plus tahun depan punye azam lak tu berlambak la kiranya xtertunai kan? So ... korang punye azam dah tertunai ke belum? Same gak .... kira geng la kita ni huhuhuu ! 


Entri hari ni entri tertunggak lama dah. Hari ni xnak citer sal oder ... lotih la kan korang asyik dengar citer sal tempahan yang ty terima pe kata kita simpan dulu kisah oder2 yg lepas kita kasi banyak terkumpul den ty post semuanya sekali hahaha .... Hari ni ty nk story sal sorang kawan ty ni Tokei Cendol yang supply cendol tuk ty setiap kali de tempahan tuk Talam Cendol.  Kalau korang masuk kawasan perumahan ty , kat mane? Kena tanya ty personal la baru ty leh g tau korang. Masuk je kawasan taman perumahan yang namanya memang glamor sebut je korang tau pada yang peka la sal berita semasa, akan nampak deretan Kiosk Mikro tajaan Mara. Ty xtau bila wujudnya kedai gini cuma hage sewanya 1hari RM1 so sebulan RM30 saje murahkan. Kawasan ni ramai peniaga kecil2an ...bukan  nak cakap la actually tuk cari stok bahan memang senang la nak dapat kat sini untuk orang yang niaga cam ty la ye. Hari ni ty citer sikit sal Tokei Cendol  ...insyaallah besok lusa tulat ty citer sal tokei2 lain lak k!


Zah Cendol ... name tokeinya Azizah tapi lupa lak name penuh huhuhu kawan ty ni! Dah lama kak Zah usahakan perniagaan cendolnya. Cendol memang kak Zah buat sendiri tau. Peramah orang nya kalau dapat cakap xreti benti hehehe same la cm ty wakakaka .... Hubby ty kalau ajak minum cendol memang suka sangat singgah kedai kak Zah ni. Cendol pilihannya Cendol Pulut + Jagung! Ty minum cendol biasa je tp cendol kurang santan lebih cerewet tul hahaha ... Masa operasi kak Zah kul 12tghari hingga 6ptg. Kawasan kiosk ni berada dijalan utama so memang ramai la yang akan berhenti kan kalau kena cuaca panas tu memang cepat habis.

  
Pilihan yang de di Zah Cendol ni cendol biasa selain itu cendol dgn jagung, kacang merah or pulut. Selain menjual cendol kak Zah juga merupakan supplier pada sesetengah peniaga dikawasan sekitara namun menurut kak Zah de juga peniaga dari kawasan luar yang datang mendapatkan stok cendolnya. Hage pula tuk bungkusan kecil RM1.20 manakala untuk bungkusan besar RM2.50 tapi kalau nak tambah bahan2 seperti di atas lain ye hagenya. 

Ty kalau de tempahan Talam Cendol ... pat2 la pecut g kiosk Zah Cendol ni. Biasanya ty akan beli dalam RM2 tapi dah nama kawan kan bukannya kak Zah nak ambik duit pun tu la kadang2 segan nak g kiosk kak Zah. Cendol kak Zah warnanya lebih terang so agak menarik kalau digunakan utk buat Talam Cendol cuma kena basuh sikit tuk hilangkan bau kapur. Ketahanannya kalau disimpan dalam esbok dalam seminggu la. Ty pernah cuba beli cendol dari pasaraya alamak ... pudar warnanya pucat la nampak talam ty ni so pas dari itu memang ty xbeli lagi kat pasaraya. ty hanya akan guna cendol kak zah je tuk talam ty. Selain itu kalau de sape2 nak dapatkan bekalan cendol sempena jamuan , kenduri kawen atau sebagainya Zah Cendol sudi memenuhi permintaan anda. So, kalau de yang berhajat nak pekena cendol anak bumiputra ni pe lagi leh col ty k.

Sekian, wassalam!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan