Yg follow t....

Khamis, Februari 17, 2011

Udang Goreng Tepung ... airtangan Hubby

Salam,

Selalu sangatkan citer sal tempahan sekali sekala kena gak berkongsi resipi feberet. T memang suka makan seafood tau memang xleh miss la tapi sekali tu t kena gatal2 jumpa doktor dia cakap jangan makan seafood lg. Mane leh t dh makan sejak dulu sekarang ni doktor suh benti lak memang xpuashati. Tapi sementara je t dengar cakap doktor tu dah betul2 baik dari penyakit gatal pe lagi t melantak gak seafood terutamanya udang. Kalau ayam n daging t kurang makan memang t suka udang n sotong hahaha....


Kali ni t nak kongsi kan resipi Udang Goreng Tepung . Ni bukan resipi t tapi suami t punye resipi tau. T bab masak2 ni memang "fail" la. Nak rasa masam masin manis pun dh conform "fail". Dulu masa dok umah sendiri kalau hubby xde t makan nasi goreng taucu je tu memang feberet t. Nak masak sedap2 pun xguna gak makan sorang masa tu hubby kerja jauh sikit kalau balik pun hujung2 minggu je.Time hubby cuti la t akan makan yang sedap2. Malam kami akan bincang nak masak pe besok paginya kami akan pergi pasar Chow Kit siap bawa beg galas nak sumbat semua barang dapur dengan barang2 basah. T suka kalau hubby buat Udang Goreng Tepung ni becoz comel 2 cam badan tuannya gak .... hehehe! Jom tengok resipinya , 

Bahan2nya:-

Udang yang telah dicuci dan dibuang kulit
2sb   Tepung Tempura Gogi 
( tgk contoh kat Khon2 Thai )
1peket         Rempah Kari Manggi 
2biji    Telur 
( agak2 ye kalau xcukup tambah lg )
Sedikit Minyak 
Sedikit Air 
( kl adunan masih pekat kl dh cair xpayah tambah )
Kicap Ikan
 (sedikit je)

* Kacau semua adunan kecuali udang hingga sebati. Kemudian panaskan minyak .

*Celupkan udang kedalam adunan tepung

* Apabila minyak dah panas masukkan udang yang telah dicelup dan goreng hingga kekuningan 

* Angkat dan toskan.

Note :
# Adunan ini oleh digunakan untuk buat Cendawan Goreng Tepung n Sotong Goreng Tepung k.
# Cuba perahkan setitis dua perahan limau kasturi kedalam minyak tujuannya supaya adunan ni xserap minyak sangat
# Kalau de minyak zaitun pun bagus gak. Tambahkan 2sudu makan dalam minyak untuk mengoreng.


1 ulasan:

  1. Salam kenal dan ziarah

    sedapnya tengok udg tu...ratah gitu cicah ngan cili sos sedap sekali.

    BalasPadam