Yg follow t....

Selasa, Februari 22, 2011

Tempahan ... dari JCI

Salam,

Hari ni dah masuk hr selasa cepat tul masa berlalu sedar xsedar dh nak ke penghujung bulan Februari ni. T masih disini dan begini. Hujung minggu yang lepas agak sibuk sikit. De tempahan datang dari JCI syarikat yg pernah t kerja dulu. Terkejut gak! Tiba2 je buat tempahan hehehe ... dah rezeki t kali ni alhamdullilah! Yang tukang buat tempahan kawan t memang keja dia buat tempahan sekiranya ada mesyuarat atau training kat JCI. Tapi bila t tanya tempahan ni sape yang suruh kawan t bagitau HR Executive yg suruh. Ohhh .... t tau sape? 

Talam Cendol 

Xnak le citer panjang2 kang boring lak. Tempahan yang diminta ialah 100biji pedas 100biji manis. Alamak ape tu? Ape yang pedas pe lak yang manis? Isyh .... xfaham t tanya kawan semula katanya yang pedas tu sambal dan yang manis tu gula hahaha buat lawak kang t buat tul2 sambal dan t bagi gula berkilo2 baru tau. Rupanya yang pedas tu seperti karipap dan yang manis tu talam pun boleh katanya. Hehehe ... faham tapi saje2 buat xfaham wakaka.....

Talam Tokyo

Dah penat fikir akhirnya t buat keputusan untuk buat 100biji karipap inti ayam tuk pedas, manakala yang manis pula 50kpg Talam Cendol pilihan tukang tempah dan 50kpg Talam Tokyo pun pilihan si tukang tempah. Nasib baik mama de tolong kelim kan karipap inti pun mama yang buat hehehe ... dah t katakan t memang "fail" dalam bab merasa ni. 

Karipap Pusing tang kelim tu t yg buat baru nk belajar je!

Sebelah malam t siapkan dulu Talam Tokyo dan Talam Cendol. Pas tu baru t buat karipap dengan mama. Semuanya siap kul 1.30pg dan keesokkan paginya mama bangun dulu untuk menggoreng karipap. Bila dah sibuk dengan tempahan seperti sekarang banyak pengajaran yang t dapat kata orang kita belajar dari pengalaman baru kita tau cmne nak baiki kesilapan kan? Sebenarnya t kesian kat mama terpaksa berjaga tuk tolong t siapkan karipap pas tu nk jaga budak notti lak. So sebelah petang t pun buat le sampel karipap dan t try kelim sendiri. Boleh la tapi kena halus lagi xpe t lum putus asa tau.


Hari selasa lak t terima tempahan lagi dr JCI kali ni tuk 25kpg manis dan pedas. So kali ni t buatkan Roti Goreng @ Risole inti sardin dan Talam Ubi Kayu. Oleh kerana tempahan kali ni hanya 50kpg je so xde la t sibuk sangat. T buat dulu Talam Ubikayu sebelah malam dan bangun seawal 4pagi tuk siapkan roti goreng tu so semuanya ready selepas azan subuh. T harap mereka yang makan ni puashti la malah yang menempah pun t harap berpuashati k. Terima kasih kerana buat tempahan dengan t. Nak qado tido lak! hehehe.....

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan