Yg follow t....

Ahad, Disember 12, 2010

Tempahan ... Lapis-melapis dan talam menalam lg!!!

Salam Maal Hijrah semua,

Rasanya masih sempat lagi kan nk mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1432. Moga2 tahun baru hiijrah ni melimpah ruah le rezeki dan usaha saya dalam bisnes ni. Walaupun usia perniagaan saya baru setahun jagung namun saya tetap tidak pernah mengenal erti putus asa untuk berusaha lagi sehingga berjaya. 

       
Allhamdullilah... rezeki saya di awal bulan Muharam ni agak murah. Sekali lagi Che' Mi (Pn Azmi) jiran saya yang telah berpindah ke Banting memang selalu membuat tempahan kuih dari saya sekiranya ada majlis di rumahnya. Kali ni tempahannya adalah sebanyak 3loyang iaitu Lapis Kacang Merah, Lapis Koleh Kacang dan Talam Suji Durian. Kali ni memang best coz xde la saya buat benda yang sama je. Selalunya tempahan yang saya terima talam tokyo tapi kali ni tidak. Tempahan kali ni adalah untuk mengadakan kenduri naik batu arwah ibu mertuanya di Melaka.
   
Saya bermula agak lewat sedikit kerana saya suka buat dalam keadaan yang tenang apabila semua dah tidur. Bukannya pe, kl buat masa biasa kang de la masalah. Kalau x terpekik mau bertempik faham2 je la bila sebuah rumah diduduki ramai ahlinya.Buat malam2 pun best gak kerana suasana tenang dan boleh la saya fokus. Lapis Kacang Merah merupakan kuih permulaan yang saya buat, sebenarnya memg dah lama xbuat kuih ni. Jarang ade orang tempah. Beza kuih ni adalah ditengahnya saya letakkan kacang merah so bila makan kita boleh rasa kacang merah ... ngap3! Kuih lapis ni agak makan masa so sambil2 melapis saya prepare la pulak tok Talam Suji Durian. Kl dpt tengok saya buat kerja cm Superwomen pun ade, mane tidaknya jap2 melapis pastu mengacau adunan suji. Jap2 lagi melapis balik kang kacau lak suji.
   
Tup2 Lapis Kacang Merah dan pun siap dimasak so sekarang ni fokus pada Talam Suji Durian. Masa terima tempahan ni terkejut la jugak mane tidaknya sekarang bukannya musim durian pun. Kl tak kerana idea dari mama mungkin xdapat la den nak buat Talam Suji Durian ni tp kerana kebijaksanaan mama walaupun bukan musim durian ade gak isi duriannya saya "frozen" kan. So rasa asli durian ye bukannya flavour tau. Kl tengok peti sejuk kat freezer ni penuh dengan barang2 kuih saya je. Bukan pe customer kadang2 buat tempahan suka2 je so bila barang2 memang ade tak le risau jadinya. Sebenarnya Talam Suji Durian ni kuih yang last siap lebih kurang 3.40pg. 
     
Semasa mengukus bahagian bawah Talam Suji durian sempat gak buat persiapan tok adunan  Lapis Koleh Kacang. Sambil melapis sambil2 la saya mengemas. Siap je sesuatu adunan saya cuci semua barang , bukannya pe kang berlonggok2 pulak lagi tension. Pe2 pun saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan misi ini. Sebelum ni anak makcik ni ade buat permintaan Talam Cendol tp xdapat coz cendol xde. Namun allhamdullilah saya dah tunaikan permintaan anaknya dan dah hantar pun ke rumah pada hari ahad yang lepas iaitu pada 5hb Dis. Saya nak ucapkan terima kasih kepada tauke cendol yang bermurah hati bagi saya cendol walaupun pada mulanya saya bercadang untuk beli je.Jam pun dah pukul 7pg mata dah mengantuk sangat ni, kuih2 dh pun saya potong dan masukkan dlm kotaknya. Mata dah xboleh buka sangat ni saya nak tidoooo....
Sekali lagi terima  kasih kpd Che Mi krn sudi mbuat tempahan dari saya tanpa jemu2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan