Yg follow t....

Selasa, Disember 07, 2010

Jom Kongsi Resipi ... Somtam

Salam,

Selalu sangat bercerita tentang tempahan kuih sekali sekala nak juga saya berkongsi resipi ni dengan  yg lain. Semasa berjalan2 di Selatan Thailand iaitu di daerah Songkhla dah dekat pun dengan pintu sempadan Malaysia kat Perlis. Nama tempat ni sama gak dengan tempat kita di Malaysia cuma ejaan je beza kalau ikutkan ejaannya Pekan Padang Bezar, Thailand. Sejak dapat wat paspot baru, pantang hubby ajak tak mungkin saya tolak ajakan hubby untuk teman dia kesana.

Sinonimnya makanan ni kita boleh jumpa di Malaysia, di mana de makanan Thai disitulah ade Som tam. Menurut keterangan dari hubby Somtam ni biasa dimakan oleh kaki2 mabuk maka tak hairan la kedai somtam ni memang berada berdekatan dengan club dikawasan sekitar. Saya try gak makan somtam yang dibuat oleh orang islam. Memang leka saya tengok peniaga ni buat Somtam. Hanya dengan berniaga Somtam dari tengahari sampai ke malam. Cekap betul , malah dh tau rasanya manis masin masam pun xpayah nak rasa2 lagi. Berikut adalah resipinya:-

Bahan2nya :-
2-3 biji  Cili Api 
1-2 ulas  Bawang Putih
Kacang Panjang
Sos Nampla( kicap ikan)
Jus Limau Nipis
Udang Geragau
Kacang Tanah @ Gajus
Gula Lenyek ( kl xde gna je gula pasir)
Tomato
Betik Muda (diparut)

Caranya:
  • Tumbuk Cili Api, Bawang Putih dan Kacang Panjang
  • Kemudian masukkan sos napla, jus limau nipis, udang geragau, kacang, gula lenyek gaul sebati. Apabila sebati masukkn tomato yang dipotong kecil.
  • Last sekali masukkan betik muda yang siap diparut. 
  • hidangkan bersama kobis @ pucuk kangkong.
Susah nak bagi sukatan sebenar ikut sedap mulut kita lah kalau nak manis masam masin. Saya pun main agak2 je ni biasanya hidangan tuk sepinggan. Pernah saya ajar mama buat sekali, pas tu terus mama dah teror buat sampaikan saya tengok gula lenyek yang penuh sebalang tinggal  berbaki suku je nak habis. Gula lenyek ni memang senang didapati di Thailand tapi kl kat Malaysia saya x pasti kebanyakkan peniaga gerai Tomyam mereka akan beli gula lenyek ni siap2 dari Thailand. Gula ni memang senang nak sebati dengan air.

Menurut hubby, untuk special ade yang di bubuh telur masin, udang segar, ketam dan lain2 lagi. Boleh gak digantikan dengan Mangga Muda yang siap diparut, maka jadilah Kerabu Mangga.Bagi yang xde lesung besar ni guna je lesung batu yang kita buat sambal belacan k. 

Selamat Mencuba , Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan