Salam,
Serimuka Sekaya ni saya buatkan khas tuk hubby.Dah lame dia suruh saya buat tapi serius saya xtau lagipun kuih ni biasanya terdapat di sebelah pantai timur xpun di Selatan Thailand. Resipi ni saya dapat pun dari kakak ipar yang dok kat Selayang, itupun just basic je sukatan pandai2 sendiri la. Sebenarnya nak tebus rasa bersalah kat hubby coz masa saya tengah bz buat tempahan saya x buat kuih hubby. Lecehlah, asal ade tempahan dr pelanggan kena gak buat seloyang kuih tok hubby. Lagipun ni baru percubaan pertama saya dengan bantuan mama saya berjaya gak buat kuih Serimuka Sekaya ni cuma ... warnanya kurang menarik.
Ape yang kakak ipar bagitau itu yang saya buat tapi ade lah sikit saya dah ubah, hehehe... Untuk bahagian atas Serimuka Sekaya ni saya hanya gunakan Telur, santan, gula lenyek dan sedikit tepung jagung je. Saya terpaksa ubah mengikut kesesuaian. cuma kakak ipar bagitau kena guna sepenuhnya kuning telur saya lak buat guna semua isi telur. Gula pun saya main agak2 je, kenapa saya guna gula lenyek? Dah kakak ipar kata boleh guna lagipun, mama bagitau jangan sesekali masukkan air tok bancuhan sekaya ni. Gula lenyekkan cepat sebati dengan sebarang cecair seperti santan dan rasa kuih ni manis2 buah gitu eloklah lagipun papa ada kencing manis.Kl ikut rasa asal yang pernah saya rasa semasa kunjungan di Thailand mak oiii... manis giler. X tertelan saya!!! Bahagian pulutnya bukan sengaja nipis ni gara2 nak habiskan stok beras pulut yang lame.
Walaupun hubby kata "lulus" tp dia xpuas hati dengan warna. Susah le kl dapat suami yang suka makan dan cerewet ni.Mane tidaknya, hubby cakap dia nak rasa lemak dari kuning telur bukan dari santan! Memang cerewet betul!!!! Tapi saya pun sebenarnya xpuas hati la dengan warnanya. Xpe ini percubaan pertama saya dan berjaya, cuma saya kena ejas sikit lagi pas ni. Gambar ni pun saya pesan kat hubby suruh ambik takut bangun pagi kang hanya tinggal piring je. Insyaallah setelah berjaya, kuih ini akan menjadi salah satu lagi koleksi kuih talam himpunan saya untuk tempahan umum.
Sekian. Wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan