Salam,
Ni merupakan tempahan yang terakhir saya terima dari Makcik Peah dan Makcik Syam. Bila tanya nape Apam yang menjadi pilihan jawapannya kerana harga ni la yang paling murah. Cerewet gak makcik ni siap bagitau nak warna putih dengan pink saja.
Ape pun apam yang saya buat ni tetap gebu walaupun masa nak membuat tapai nasi mood agak kurang baik sikit nasib baik apam tetap menjadi gebu montel seperti tuan yang buatnya hehehe.... Sebenarnya hati saya berdebar takut2 apam ni xmenjadi namun kerisauan itu dapat di atasi tatkala melihat apam2 ni gebu dan mekar didalam periuk. Syukur alhamdullilah kl tidak jenuh nak fikir pe nak buat sebagai ganti.
So, kita pun dah sampai ke penghujung 2010 dan bakal pula menyusul tahun baru iaitu 2011. Mungkin ni rezeki terakhir saya bagi thun 2010, harap2 tahun 2011 rezeki akan bertambah la kan? Untuk semua sahabat blogger Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, semoga tahun 2011 ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Buat makcik2 yang sudi membuat tempahan dari saya jangan jemu2 menempah lagi pada tahun akan datang saya sentiasa sedia menerima tempahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan