Salam,
Tetiba malam2 gini lapar lak baru teringat rupanya masa tengahari tadi xmakan lagi nasi. Mama xmasak la hari ni mama mogok hehehe.... Memandangkan dah malam xleh tahan dah punye lapar kena gak masak ni tapi nak masak pe? Kang nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia ni. Nak buat nasi goreng la boleh kongsi dengan papa. Nama nasi goreng ni Nasi Goreng Sambal Taucu! Ha?! Sambal Taucu?! Pernah dengar ke?
Sambal taucu ni mama yang ajar, mama bagitau masa zaman dia kecik2 dlu hidup susah makan kena berjimat tapi nak sedap. Ni favourite arwah tok wan ni. Bagi orang yang kena resdong macam mama yang elergik dengan belacan Sambal taucu ni dah kira ok la. Ni favourite saya juga tau time boring xtau nak makan pe saya buat je sambal taucu ni kalau ade ikan goreng dengan nasi panas ade ulam pegaga mmmm.... terangkat siap bertambah lagi nasi. Ada macam2 cara nak bagi sedap biasanya saya buat sambal taucu kosong je maksudnya saya tumbuk cili api@padi, bawang besar dan taucu kemudian sama masakkan sekejap dah tu perah dengan limau nipis. Mama cakap boleh tambah udang atau ikan bilis gak. Gambar atas ni sambal taucu dengan udang manakala yang bawah ni sambal taucu dengan ikan billis ni mama punye sebab mama elergik udang.
Lebihan sambal ni la yang saya gunakan untuk buat nasi goreng lalu saya namakan Nasi Goreng Sambal Taucu. Hehehe... hubby cakap kat kedai tempat dia masak pun xde lagi nasi goreng ni. Memang la ni resipi saya. Biasa lauk saya bubuh fish cake memandangkan dah malam xde lagi fish cake kat kedai Acheh ni so ape yang de dalam peti ais saya bubuh la jumpa lak sosej. Saya suka main campak2 je xsuka nak ikut cara lurus. Ape ade saya bubuh lagipun tekak saya yang nak makan. Kalau hubby yang masak mesti nak cukup lengkap mesti ade sos tiram la sos cili la sos tu la sos ni la, tapi kalau saya xpayah le! Nak buat camne kan hubby saya Chef kat kedai makan Tomyam saya ni chef kat rumah je.... hehehe....
Kena letak sayur sikit bagi nasi nampak cantik. Kalau ikutkan saya suka nasi saya ni ada pelbagai warna tapi dah malam perut dah lapar ni. Kang sape2 yang nak buat pandai2 la ye letak pe yang patut jangan ikut style saya ni. Tapi nasi ni saya xbubuh garam sebab taucu dah masin.
Bahan2 Sambal Taucu
Cili Api/Padi
Bawang Merah @ Bawang Besar
Taucu (beli yang timbang)
Udang/Ikan Bilis
Limau Nipis
Cara membuatnya
# Tumbuk cili api hingga lumat jgn halus sangat kang xrasa pedasnya
# Tumbuk sekali dengan bawang merah @ bawang besar hingga lumat gak.
#Taucu ditumbuk sekali hingga sebati
#Panaskan minyak dan tumis sekejap campakkan udang. Kalau guna ikan bilis masakkan dulu ikan bilis baru tumiskan sambal taucu.
# Agak2 la dah masak perahkan jus limau nipis.
Siap dah, seperti biasa saya memang x reti nak bagi anggaran bahan kang pandai2 le agak k. Kalau nak pedas bubuh la cili api lebih, bawang ni tuk manis je. Taucu lak jangan terlampau banyak takut masin. Tapi saya memang suka beli taucu timbang selalunya saya beli dekat pasar Chowkit kat sana murah kat area umah saya ni sekilo mau kat RM9 kat pasar Chowkit dah 6tahun saya beli harganya same je sekilo RM5.Kalau singgah pasar Chowkit Taucu ni wajib dibeli kerana saya suka simpan stok taucu ni. Pada saya taucu timbang lagi sedap untuk buat sambal ni. Limau nak bagi masam kit ala sama gak cam kita makan sambal belacan cuma yang alergik dengaan belacan boleh try la sambal taucu saya ni. Saya ni buat pun ikut suka saya nak menumbuk kang tangan ni nak capai berapa banyak cili pun kot saya la nak halus atau kasar terpulang tapi hubby cakap kasar baru terasa pedas cilinya. Dah keyang pun saya malam ni!
Sekian. Selamat mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan