Yg follow t....

Selasa, Oktober 19, 2010

Kisah Talam Lapis

Salam,

Lama gk sya menyepi kan bukan pe laptop wat hal jap on jap off dok ulang benda yang same cmne nak online. Tapi insyallah kalau tak de aral melintang mahupun xde pokok yang tumbang saya akan beli yang baru wat masa ni kena sabau je dulu. Nk g CC kat area ni pun kadang2 buka selalu tutup tension gak. 

Baru-baru ni saya de buatkan kuih tok jiran saya yang mengadakan kenduri sempena ke Mekah. Mama cadangkan saya try wat Talam Sekoteng memandangkan saya x pernah buat so saya try buat. Selain talam sekoteng saya buatkan Lapis Pelangi .

Sebelum itu ade lak tempahan dari saya punya jiran yang sudah berpindah ke Jalan Balam, Telok Panglima Garang sebanyak 4loyang antaranya 2loyang Talam Cendol dan 2loyang Talam Tokyo. Saya buatkan kemudian hantar padanya. Ini kali pertama saya buat Talam Cendol walaupun pernah belajar buat namun first time buat lagipun talam cendol ni jarang de permintaannya.


Sepanjang bulan Ramadhan tempahan agak kurang namun menjelang syawal alhamdullilah ade tempahan bermula 3 Syawal hingga la penghujung syawal. Tempahan bermula dengan Puan Mahuran (x-bos) sebanyak 3 loyang nasib baik le ade kelapa parut mane tak nya 3 Syawal orang masih hangat bercuti raya lagi. So saya buatkan Talam Tokyo, Lapis Ubi Kayu dan Koleh Kacang. Bimbang gak takut x sedap tapi nasib baik feedback yang diterima mengembirakan.

Selain itu saya ni ade gak rajin2 mencuba resipi bukan pe kadang2 hubby mahupun papa teringin nak makan kuih talam so asyik yang same je boring la so saya try resipi baru campur tolak tambah maka jadilah. Sebelum ni saya buat Serimuka Pandan tapi loyang 7inci je atas permintaan papa dan suami yang teringin. 



Buat mereka yang sudah merasai talam lapis yang saya buat moga2 berpuas hati dan jangan lupa tempah lagi k. Ade pengumuman sikit kat sini. Saya sedia menerima tempahan dgn siz loyang 7inci. So sape2 yang nak makan sendiri boleh la wat tempahan loyang kecil k xde la korang terkilan kan.


  So, pada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi saya k.Tempahan sentiasa diterima cuma perlu call saya. Untuk tempahan loyang 7 inci harganya kurang dari loyang 10inci. Pe2 pun just call me k

Tiada ulasan:

Catat Ulasan