Hujung minggu yang lalu saya ada menerima tempahan dari customer yang sama membuat tempahan minggu lepas. Tempahan yang sama namun tujuannya berbeza. So, ni la yang nak saya kongsikan bersama sebelum kita bercerita tentang tempahan. Saya bertanya pada kak ni untuk ape tempahan kali ke-2, lalu dia pun beritahu tempahan yang pertama dulu adalah permintaan ibunya yang teringin nak merasa kuih Talam Tokyo. Kata ibunya sedap dan dia hendakkan kuih Talam Kacang Merah pula selepas ni. Namun pada malam hari tersebut ibunya telah pergi menyahut seruan illahi. Walaupun hajatnya tidak tercapai untuk menikmati Talam Kacang Merah, kerana sayangkan ibu yang telah pergi genap 7 hari anaknya pun membuat tempahan kuih ini dengan saya untuk dijamu sempena kenduri arwah ibunya. Salam Takziah, kak! Semoga roh ibu kak akan ditempatkan dengan orang yang beriman.
Jom bercerita tentang tempahan saya pula. Tempahan yang dibuat adalah sebanyak 4loyang dua daripadanya adalah Talam Tokyo manakala seloyang adalah Lapis Ubi Kayu dan seloyang lagi adalah Talam Kacang Merah. Saya mulakan kerja pada pukul 8pg sepatutnya saya mulakan kerja semalamnya tapi memandangnkan badan letih disebabkan buat banci terpaksa la saya tundakan . Mata masih mengantuk lagi ni tapi permintaan customer perlula didahulukan.
Saya mulakan dengan Talam Tokyo dahulu kerana talam ini memang melecehkan sangat. Memang ambik masa la. Dapur lak untuk mengukus satu dan untuk memasak. Akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ni. Memang banyak masa diperlukan untuk menyiapkan Talam Tokyo ni. Ditambah dengan masalah kekurangan dapur. Dah lah masa mengukus pun ambik masa hampir 30minit setiap lapisan namun kuih ni tetap menjadi pilihan pelanggan.
Berikutnya saya buat Lapis Ubi Kayu dan Talam Kacang Merah. Untuk Lapis Ubi Kayu tiada masalah untuk saya tetapi bagi Talam Kacang Merah memang tidak sangka ade tempahan lal. Ni resipi cipta sendiri yang diolah dari resipi yang ade. Baru sekali je buat dan dah lame sangat tak buat ni yang ragu2 nak buat. Kena lah buka kitab balik ni. Ni semua Sifu Lina punye idea dia bagitau resipi ni kalau kita pandai olah dapatlah wat resipi lain lak. Ni lah hasilnya Talam Kacang Merah. Pas ni tak tau nak cipta resepi ape lak tunggu lepas habis banci baru boleh berfikir.Sebenarnya Lapis Ubi Kayu siap dulu dari yang lain. Buatnya pun senang je.
.

Inilah semua ke 4 jenis talam yang ditempah oleh customer saya. Ni pun siap x cukup masa. Hati saya berdebar2 takot x sedap. Coz janji dengan customer nak collect pukul 2 ptg tapi tunggu punye tunggu pukul 4 baru dia datang ingatkan dah tak jadi ambik. Pe2 pun terima kasih kepada kakak yang sudi membuat tempahan dgn saya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan