Dah lama saya menyepi sebenarnya banyak sangat kerja yang nak diuruskan. Mane nak kerja balik kerja wat banci lak pas tu kalau de tempahan pun saya wat selepas habis kerja membanci. Penat memang xboleh nak citer kl dapat tido memang tak nak bangun punye.
Semalam (1 Ogos 2010) saya menerima tempahan sebanyak 5loyang namun 4 loyang adalah tuk TALAM TOKYO. Kebetulan hari sabtu yang lalu memang saya dah beli banyak stok barang kerana stok yang de dah pun kehabisan terutamanya sagu dan su'un. Sejak saya memperkenalkan talam tokyo ni memang mendapat sambutan yang mengalakkan sangat. " Special dari yang biasa " inilah yang saya dengar dari mulut setiap pelanggan saya. Walaupun berjenis2 kuih yang saya perkenalkan pada mereka namun talam tokyo tetap memikat hati mereka.
Tempahan diterima 2 loyang oleh papa sempena kenduri menyambut ramadhan yang diadakan oleh Blok kami. Seloyang lagi ditempah oleh adik ipar saya untuk diberikan kepada makcik dia sempena kenduri cukur jambul, seloyang yang lain pula ditempah oleh sahabat seperjuagan saya sempena kenduri di rumah dia dan yang terakhir ditempah oleh seorang kakak yang saya kenal semasa membuat kerja membanci di rumah dia.
Tempahan diterima 2 loyang oleh papa sempena kenduri menyambut ramadhan yang diadakan oleh Blok kami. Seloyang lagi ditempah oleh adik ipar saya untuk diberikan kepada makcik dia sempena kenduri cukur jambul, seloyang yang lain pula ditempah oleh sahabat seperjuagan saya sempena kenduri di rumah dia dan yang terakhir ditempah oleh seorang kakak yang saya kenal semasa membuat kerja membanci di rumah dia.
Saya mulakan kerja pukul 11mlm itupun dah lambat gara-gara habis membanci lambat sangat pas tu g melepak lagi tp nasib baik mama tolong lupa lak nak pesan suh mama start wat bahagian bawahnya. Tuk buat bahagian bawah pun ambik masa gak. Lagipun dapur leh guna 1 je xleh naik 2 periuk sekali coz dapur kecik sangat lagipun nak masak bahagian atas kang susah.
Selain Talam Tokyo, saya buat seloyang lagi TALAM SUJI DURIAN. Lagipun tepung Suji ada xpernah guna kang berulat rugi lak. So ingat nak try wat Suji Durian. Dah lama belajar wat tp tak pernah cuba. Masa yang lama gak untuk menyiapkan 5loyang tempahan kerana dapur saya kecil. Kl naik sekali 2 periuk dah lama leh siap tp memandangkan dapur satu perlu untuk memasak bahagian atas so terpaksa le wat perlahan2.
Sebelah mengukus untuk bahagian bawah sebelah lagi memasak untuk bahagian atas. Memang lambat tapi xpe janji sedap kan? Janji semua tempahan customer selesai kan? Penat tapi bagi saya kalau customer suka semuanya memang berbaloi. Semua nya siap tepat jam 5.30 pagi. Insya allah sekiranya dimurahkan rezeki dan kuih saya mendapat sambutan saya memang nak cari satu tempat khas untuk membuat kuih talam saje. Setelah solat subuh , saya pun lena untuk seketika kang kul 10 pg bangun untuk deliver kuih pada customer.
Semuanya selamat diedarkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka yang sudi membuat tempahan dari saya terutamanya pada customer yang first time membuat tempahan seperti Kak Yati sahabat dr PU3 cawangan Medan 102 dan seorang kakak dari Desa Mentari rumahnya saya kunjungi semasa membuat kerja membanci. Harap semua berpuasa hati.
Sekian, catatan dari saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan