Yg follow t....

Isnin, Julai 05, 2010

Birthday Cake tok Awal Muhd Iskandar & Putra Armand Harziq

Salam,

Penghujung bulan Jun yg lepas agak bz sikit dengan meeting la, dengan training lak pastu de tempahan kuih lagi dan ade lak yang sambut birthday so ingt nk sambut wat kan birthday cake tok 2 insan yang special ni. Barang2 dah prepare cuma masa je xde.

Tanggal 28 Jun yang lepas adalah sambutan harijadi Awal Muhd Iskandar. Actually dia ni anak kepada seorang sahabat saya yang banyak membantu saya yakni Jamiza. Sory Iskandar aunty wat kek lambat pe2 pun masih sempat lagi kan sambut birthday IS.

So kek pilihan saya adalah Kek Coklat Kukus , actually kegemaran Iskandar seperti mana yang mama dia bagitau. Decor dengan Coklat Buttercream dihiasi denga Ediable Image gambar Shin Chan. Sbenarnya dah cari gambar Upin dan Ipin tapi x jumpa agaknya dah habis stok so xde pilihan lain la aunty letak gambar Shin Chan je.

Tepat jam 10 mlm baru la mama si Iskandar ni datang ambik. Sebenarnya saya dh col sejak kul 8mlm tapi mama dia bz agk nya sebenarnya mama Iskandar sendiri x ingt birthday ank dia. Ish!!!!!


Buat Iskandar,
"Hepi Birthday & Semoga Pjg Umur dan Dimurahkan rezeki"

Tok Iskandar dah selamat pun. Sekarang ni nak citer tentang birthday kek Harziq. Harziq ni anak sedara yang semakin nakal. Geram tol dibuatnya baru umur setahun dah pandai memberontak. Dia baru nak belajar jalan je.

Harziq punye birthday adalah pada 30 Jun yang lepas. Saya nak buat awal2 tapi mummy dia msg suh wat hari Sbtu coz nak wat birthday party. Ish!!! Seperti Iskandar, Harziq pun suka kek coklat gk so maklong dia watkan Kek Coklat Kukus dengan Vanila Buttercream. Siap dgn No ! menandakan Birthday Harziq yg pertama. Memandangkan birthday party xjadi so maklong dia pun pospone le wat decor pada hari ahad 4 July coz petang sabtu 3 July maklong dia ade Wedding dinner so kena rushing la.

Pe2 pun maklong berjaya gak wat kan birthday kek Harziq yang decor nya penuh dengan bunga2an yang kembang mekar seperti mana Harziq membesar.


Besar tol kek Harziq tak tau sape yang akan makan. Hehehe.... Ni birthday kek Harziq yang pertama dan terkahir dari maklong tau.

So untuk Harziq,
Hepi birthday ,
Jadilah ank yang baik sebaik2nya dan yang taat dan hormat pada ibu bapa termasuk Tokwan dan Tok

So, inilah yang telah saya lakukan sepanjang minggu ni. Penat gak! Tapi puas hati kerana dah lama tinggalkan bidang decor ni nasibla tangan xkeras .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan