Yg follow t....

Selasa, Julai 16, 2013

Menu berbuka 6 Ramadhan ... Kerabu Mangga Ikan Kembung

As'kum ...

Dah jarang update blog sekarang ni terutama sekali dibulan puasa ni. Ya laa posa kn? Penat balik keja dapat rehat kejap je kadang dapat tido itupun xlama. Petang kalau rajin tolong mama masak biasanya malas hahaha. Puasa2 ni kan tido cam xmencukupi je. Malam p terawih alhamdullilah belum nak miss lg taw. Balik terawih rehat jap2 tido pun dah dekat kul 12.30mlm bangun tuk sahur kul 5pagi pas sahur g masjid jemaah subuh. Time ni la nak p solat subuh berjemaah sebab hubby balik keja kul 5.30pg so ikut sekali.

Dah 7hari berpuasa kan ... menu ty biasa2 je. Xde yang luar biasa. Hari pertama Bihun Goreng Masin kakaka , ke 2 Bihun Sup tawar .... alaaa PUASA KAN? Manela boleh nak rasa. Hari ke 6 menu special kit hahaha ... suprise! Airtangan ty dan hubby. Mama cuti memasak. Oleh kerana suami xkeja maka ty kena turun ke dapur. Kebetulan pula ade jiran tetangga yang beri buah mangga. Mane tidaknya mama bercerita makan nasi dgn kerabu mangga selera terus jiran ty p petik mangga kat pokok umahnya dan bagi seplastik ade la dalam 20biji mangga epal. Maka wat la kerabu mangga tuk dia sekali. Ala kerabu mangga ni biasa ty dah wat dulu. Cuma kali ni ty beri kelainan sikit ... tambah ikan kembung yg telah dibakar.


KERABU MANGGA + IKAN KEMBUNG

Mangga sebiji  (diparut / racik halus)

Cili api (ikut suka)

Bawang putih (2ulas)

Sos ikan

Gula lenyek
 (thai mari .. kl xde gula putih pun ok)

Jus limau nipis

Kacang panjang (patah2 je)

Tomato (dadu)

Udang geragau merah (kalau de yg merah kl xde biasa je)

Kacang tanah / gajus

Daun ketumbar (patah-patah je)

Ikan kembung (dibakar)

Bawang merah (dhiris)

Lada hitam

* Tumbuk cili dan bawang putih dlm lesung + gula lenyek sebatikan .
* Setelah gula sebati masukkan pula sos ikan diikuti jus limau nipis. Sebatikan lagi dan rasa masam manisnya cukup atau tidak.
*Masukkan tomato lenyek2 kan sikit. Gaulkan bersama mangga yg telah diracik tadi. Sebatikan ...
* Ikan kembung yang telah dibakar tu asingkan isi dan tulangnya. Ambik isi aje taw.
* Hiris bawang merah, kemudian tumbuk bersama lada hitam.
* Campurkan isi ikan kembung dan bawang merah yg telah ditumbuk dengan lada hitam kedalam kerabu mangga tadi. Gaul agar adunan rata, taburkan kacang tanah nak sedap gajus taburkan juga daun ketumbar. Siap!

Senang kan?! Kejap je boleh siap. Boleh cuba taw .... ty makan dengan nasi panas, ulam peria tua arghhhh (kena tipu) dan sambal belacan. Puas makan semalam, suami ty siap tambah nasi boleh dimakan lagi masa sahur. Sukatan agak2 je la taw. Selamat mencuba!

Sekian, wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan