Yg follow t....

Ahad, April 21, 2013

Closed for Election ... 4 & 5 Mei 2013

Assalammualaikum ...

Salam 1Malaysia dan Salam Pilihanraya ki3 ... Seperti yang semua tau kan bahang pilihan raya telah terasa. Penamaan calon telah pun dibuat pada 20 April yang lalu. Dasyat takut pun de bila masa depan belum taw mane arah tujunya. So sempena bermulanya kempen pilihanraya maka bagi jentera2 parti masing pun sibuk la menjalankan tugas kan? Termasuk la ty ... bertugas demi bangsa dan negara. So dengan ini ty nak bagitaw la bahawa tempahan akan ditutup serta merta pada 4&5 Mei 2013 bagi memberi laluan pada mereka menjalankan tanggungjawap sebagai pemiliih termasuk la ty. Lagipun masa pilihanraya nanti ty bertugas dibilik gerakan. 

Selepas pilihanraya nanti anda boleh la buat tempahan k. De menu baru yang mungkin menjadi pilihan anda. Yang pasti bukan sahaja menarik tapi sedap insyaallah. Layan gambar dulu nanti ty followup hage setiap jenis kuih baru ni. 

LOMPANG BERLAUK 
mabelos sangat2, esuai untuk makan petang kan2!

LAPIS MUTIARA HITAM ... warnanya sweet sgt2 kan?
hok hitam2 tu ialah pulut hitam. Boleh cuba sesuatu yang baru kalau berminat k

SERIMUKA TERANG BULAN 
antara lapisan pulut dgn lapisan tpg tu tersalut satu lapisan nipis peanut butter taw. Percaya x? 

LAPIS NUSANTARA 
ade sagu pada setiap lapisan memberi kelainan rasa jugak.

TALAM DURIAN 3RASA
Uniknya hok ni lapisan bawahnya adalah kacang hijau, hok tengah de bau durian yang sanga menyengat taw manakala lapisan atas pula kastad pandan. Terliuq x?

SERIMUKA BATIK 
Kalau tengok dr atas ade lorekkan seperti marble  lain dr yang lain.

LAPIS PISANG ... sweet kan warnanya.

KASWI TEMASIK 
Hok yang suka kat kuih kaswi pe kata jom try kaswi temasik. Yang sure dan pasti sekali anda xperlu g jauh2 hingga ke Singapo sebab di TY Homemade pun ade boleh tempah kuih ni.

LAPIS CRACKER @ MURTABAK CRACKER
hok ni lagi molek ... cuma tambah mayonis, cili sos dan sedikit cheezy cis pasti mantap. Xperlu g pasar malam untuk beli murtabak hok ni memang dah sedap sangat. Ty pun suka. 

Ade lagi menu yang ty lum sempat cuba lagi, insyaallah ty akan cuba update dr masa ke semasa. Pada yang berminat untuk membuat tempahan kena tunggu la pas pilihan raya dlu k. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi ty. 

Sekian, wasalam!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan