Yg follow t....

Ahad, Julai 01, 2012

Tempahan DITUTUP 6 Julai - 8 Julai 2012

Assalammualaikum,


Untuk makluman semua ... tempahan hujung minggu ni iaitu pada 6 Julai sehingga 8 Julai telahpun ty TUTUP ye! Tempahan terlalu padat dan kebetulan di rumah de kenduri doa selamat so ty terpaksa hadkan tempahan yg diterima. Hanya utk minggu ni sahaja ... tempahan utk minggu2 berikut menjelang ramadhan masih dibuka.  Ty ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang telah membuat tempahan sepanjang tempoh minggu lalu. Memang banyak tidak terhingga ... hinggakan kaki ty nak pijak lantai pun dah x mampu sakit rasanya. Jom la layan tempahan yang ty terima penghujung Jun ...

29 JUN ...

Tempahan awal pagi dr Suraya ... berkenan dengan Talam Sago Banjar. 

Tempahan berikutnya dalam tengahari ty hantar kat Sato. Tempahan ty terima dari Ckin utk kawannya. Berkenan kat Talam Tokyo dan Apam dot2. Syukran !!!

Dek kerana kepenatan ... selepas solat Jumaat ty terpaksa merayu pada hubby minta tolong hantarkan tempahan yang dibuat oleh Hamidah staff Malaya Acid Works , Sect 51A PJ. Pilihannya adalah Kuih Bakar Pandan dan Popia Comel untuk jamuan masa mesyuarat. TQ!

Last order utk malam 29 Jun ... tempahan diterima dari Suraya utk adik iparnya. Berkenan kat Talam Sago Banjar dan Talam Cendol. Terima kasih ... tempah2 la lagi pas ni.

30 Jun ...

Tempahan dari Sis Niza , Taman Ibukota Gombak. Huhuhu ... pagi2 ty ditemanii hubby dah kuar hantar order tuk mengelakkan kesesakan dijalan raya. Bayangkan lepas subuh kami kuar ty lak dengan mata yang dipaksa2 celik. Demi customer ty hantar jugak. Alhamdullilah ... Bingka Ubikayu ty sekarang menjadi je. Sebenarnya ty fobia kalau de orang tempah Bingka Ubikayu ni mane tidaknya first time terima tempahan bingka ni lembik xpuashti betul la masa tu. Akhirnya ty belajar dari kesilapan sendiri dan sekarang ty lebih berhati2. 3tray BINGKA UBI KAYU dan 3tray TALAM SAGO BANJAR.

Tempahan LUK CHUUP yang pertama ty terima dari Ayuni , Shah Alam. Boleh ke makan ni Yuni? Ty sendiri buat pun xlalu nak makan. Renyah tul buat LUK CHUUP ni ... siap bantuan mama dan hubby lagi. Dah tu kelakar betui la tengok mama dan hubby wat keja habis berkecah meja dengan pewarna.  Selain dari LUK CHUUP, Yuni tempah Puding Kaca dan Puding Kastard Marble. TQ!

Tempahan terakhir bulan Jun ditutup dengan tempahan Apam Dot dr Sis Aizam Abdullah. Sis datang collect sendiri. Actually ty dah terlebih kepenatan ... namun dengan bantuan hubby keja ty jadi mudah sangat. Thanks hubby, mlm ni kita p makan durian k. Betui jugak ... kalau difikirkan balik kata2 WONDERPET betui la sangat. "Apa yang penting " ..... KERJASAMA ! Bantuan yang dihulurkan oleh hubby dan mama memang meringankan tugas ty. TQ!

JULAI 2012

Tempahan awal bulan Julai ty  terima dari jiran ty sendiri Cik Idah. Tempahannya Puding Cendol dan Kek Karamel. TY xfaham la nape sekarang ni tiap kali ty buat kek karamel first mesti xcantik so maknya  sedekah la kat orang dalam umah ni ape lagi yang paling suka hubby. Yang ke dua memang molek terkena sumpahan apa agaknya ni .... huhuhu :'( 

Sekian , wasalam!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan