Yg follow t....

Ahad, Julai 22, 2012

Puasa dulu2 dan sekarang ....

Assalammualaikum ...

(gmbrnya ehsan dr en. google ... tq)

21 Julai kita dah mula berpuasa kan ... alhamdullilah masih sempat lagi ty bertemu dengan ramadhan. Dapat juga buat solat terawih utk tahun ni. Kalau di tanya antara Ramadhan dan Syawal bulan mana yang ty pilih ofcoz ty akan pilih bulan Ramadhan sebab bulan ni adalah bulan yang mempunyai seribu rahmat. Masa kecik2 dulu lain, kalau dengar nak masuk bulan ramadhan mesti xsuka hihihi. Nak kena puasa la hanya tau nak raya je sebab dapat beli baju raya pastu dapat duit raya buat biskut raya semuala sal raya. Hahahaha .... tapi sekarang dah tua (ahahah ...) raya xbest yang dicari dan di tunggu Ramadhan.

(gmbrnya ehsan dr en. google ... tq)

Puasa dulu2 iaitu zaman kanak2 dan remaja kalau di ingat balik memang kelakar giler. Nafsu berbuka tu yang dasyat. Mane tidaknya kalau time berbuka ty dah borong 3-4bungkus air pelbagai rasa kakakaka. Mama pun dah kenal sangat peragai anak dia. Dah tu nak makan yang bukan2 lak tu itu nak beli ini nak beli. Dasyat tul! Xboleh tahan ujian tapi bila time berbuka makan sikit je dah keyang tu la org tamak haloba namanya.

(gmbrnya ehsan dr en. google ... tq)

Time sekolah lagi dasyat ... mane tidaknya mama papa kerja hahahahaha anak jadi hantu la. Balik sekolah tengah2 panas lak tu mane leh tahan dahaga so sampai rumah teguk air pas tu wat2 la posa cm biasa kakakaka. Bila teringat semula memang kelakar habis la. Bab makanan pulak ... lagi pening. Semua nak tapi sudahnya xmakan pun. Cuma kalau time ramadhan ni yang susah nak dapat pada bulan2 biasa .. hanya pada bulan ramadhan je kita boleh jumpa caya x? Contohnya ... Murtabak & Tepung pelita ni paling rmai orang jual selain ikan bakar. Ty suka murtabak tapi sekarang ni susah nak cari murtabak yang sedap la. Diaorg main buat je tu yang xbest untung je diaorang fikir bukan nak fikir kepuasan hati pelanggan kn?

KALENDAR RAYA 2012 ... 


Ok la ... x mau beleter banyak2 bulan ramadhan ni kena perbanyakkan amal hihihi. Nak pesan la sikit kat pelanggan2 budiman tempahan utk rumah terbuka raya kini dibuka so ape lagi rancang la sekarang ye booking date dulu confirmkan menu anda kemudian kang keja ty pun senang. Ty xkan ambik banyak2 lagi order. Xlarat la ... ty buat sorang so ty nak maintain kualiti. X nak nanti dibelakang de pelanggan yang xpuas hti. So kalau de yang dah rancang date tuk Rumah Terbuka tu kalau de yang berkenan nk tempah cakap la sekarang ok. 

" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan