Yg follow t....

Jumaat, Julai 27, 2012

Jujur & Ikhlas dalam perniagaan ....

Assalammualaikum ... 


Salam pagi jumaat semua. Tetiba terajin nak update blog hi3 ... means xde kerja la tu. Setelah semalam (khamis) bertungkus lumus menyiapkan tempahan alhamdullilah la dapat gak ty penuhi biarpun kelam kabut dan serabut. Terima kasih la pada mama dan hubby yang sudi menghulurkan tangan meringankan beban ty. Biarpun ty telah menempuhi satu hari yang penuh dengan kekalutan dan ketidakpuasan pada hari rabu , namun ty dapat mengatasinya dengan kebijaksanaan akal fikiran. Amin!

Topik hari ni .... berkaitan dengan etika perniagaan dalam islam. Aikkk nak jadi ustazah pulak ke? Bukan ... ty bukan nak jadi ustazah tapi ty terpanggil utk meyuarakan topik ini setelah apa yang ty lalui beberapa hari lepas. Bila kita memilih untuk menjadikan perniagaan itu sebagai salah satu pekerjaan tetap yang pasti banyak risiko yang terpaksa kita tanggung kan? Banyak aspek yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya keuntungan sahaja yang harus diutamakan tapi Jujur dan Ikhlas dalam setiap urusan insyaallah akan membuahkan hasil yang bangga. Setiap ape yang kita lakukan haruslah dimulakan dengan nawaitu yang elok.  Tambahan dibulan ramadhan ini ... kalau berniaga ape pun laku terutama makanan dan minuman. Ramai yang akan bertumpu ke bazar2 yang disediakan untuk mendapatkan judah berbuka puasa. 

Ape yang ty nak sentuh terutamanya dalam perniagaan makanan minuman ... sebagai pengusaha kita sepatutnya menitikberatkan kebersihan dan kualiti sesuatu produk itu. Tapi ade setengah pengusaha hanya memikirkan keuntungan aje. Xpatut la kalau macam ni. Kita buat sesuatu makanan itu nampak je cantik tapi rasanya kosong tau x pelanggan akan kecewa dengan kita malah duit yang kita dapat tu xberkat langsung. Pelanggan memainkan peranan dalam perniagaan yang kita buat, seharusanya kita buat la sebaik mungkin. Jangan la buat sambil lewa. Pernah x kita terfikir sekiranya makanan yang kita hasilkan itu hanya cantik dpandang tapi  mutunya hampeh ... kita akan kehilangan 1sumber apabila pelanggan kecewa dengan apa yang diperolehi. Masa kerja dengan bank dulu perkataan ni terlekat kat dinding2 staf macam kami, 

" Customer is always right, they pay our salary" 

Jelas sangat maksudnya bahawa pelanggan memainkan peranan dalam perniagaan yang kita lakukan. Ade satu kes, baru terjadi je. Tokei kedai ni nak kata kalut tah la nak kata xde akal pun xtau la tapi dari apa yang ty dapat simpulkan tokei ni sebenarnya berniaga untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan kedai makan kalau di awal ramadhan tidak dinafikan memang xde orang. Orang akan berkurangan masa minggu pertama ramadhan sebab mereka memilih untuk berbuka dengan masakan di rumah atau mereka lebih prefer beli di bazar ramadhan. Oleh kerana itu 3hr kedainya xde customer. Tetiba dia mengamuk ... salahkan tukang masak yang masak xsedap. Mengaitkan pulak customer seramai 10orang yang komplain sal mutu masakan. Pada ty alasan itu x logik langsung ... bukan salah tukang masak yang menyebabkan kedainya xde pelanggan. Tapi sememangnya di awal ramadhan semua kedai xkira mane pelusuk memang pelanggan akan berkurangan. Ty tanya sendiri dengan kedai makan kak ipar ty, hubby pun tanya kedai makan kawannya kerja. Sama je memang xde pelanggan di awal ramadhan. Seharusnya tokei kedai ni berfikir dengan kewarasan akal bukan begang x tentu pasal. Dah tentu la 3hari tanpa pelanggan maka dia xleh nak cover perbelanjaannya. Orang yang bijak berniaga ni xkan ade masalah seperti tokei ni sebab sebagai seorang usahawan yang bijak kita akan " sediakan payung sebelum hujan ". Tapi tokei ni lain .... bila ade duit enjoy beli itu beli ni. Kalau lah customer yang komplain seramai 10orang tu yang menyebabkan dia kerugian sebab customer tu xdatang kedai nak tanyala sikit ... Bape jumlah yang dibelanjakan oleh 10orang customer tu setiap hari mengunjungi kedai? RM100 , RM50 atau RM5 sahaja? Tomyam sebungkus baru RM5 kali beli sekali dah nak komplain isyhhhh kelakar la tu, sebungkus nasi goreng paling murah pun RM4. Ade masanya kita sebagai peniaga perlu bijak menanggani masalah customer yang pelbagai ragam ni. Jangan la nak ikut sangat yuk customer biarpun mereka merupakan sumber pendapatan kita. Kan penyudahnya makan diri sendiri. Bila ty dah bertindak .... ty dah buat keputusan MUKTAMAD tiada lagi rayuan atau ihsan yang akan ty berikan. Selama ni pun ty dah banyak tutup mata dan pekakkan telinga. Tapi bila dah melebihi tahap maksimum ty pun xleh la nak berdiam diri. Nak sangat ty masuk campur kan? Ambikla keputusan yang ty dah buat. Kita jangan la nampak salah orang tanpa melihat salah sendiri. Ty pun berniaga jugak. Ty lagi la sendiri tokei sendiri kuli sendiri peon haaa ambik ko. Setiap kali berurusan dengan customer ty kena pandai sesuaikan keadaan. Ty pun banyak belajar dari kesilapan. Ty paling takut kalau customer komplain kalau boleh ty nak jaga kualiti produk ty dan ty nak buat yang tbaik dan tsedap. Tapi sebaik mana pun kita cuba buat kadang2 ada kelemahan jugak kan?

Berbalik pada citer tokei ni, pada ty staf pun memainkan peranan yang penting. Tapi kalau staf silih berganti mesti ade silap kat mane2 yang kita sendiri xperasan kan? Selain itu kita kena jaga perasan staf mereka bukan kuli atau hamba abdi bila dimarah boleh dipanggil lembu babi kerbau ye. Mereka manusia jangan nak marah ikut sedap mulut je kang binasa tu. Tu la lain kali berhati2 bila berkata jangan nak salahkan orang lain sedangkan salah sendiri dinafikan sudahnya diri sendiri yang menderita. Bila staf dah behenti pandai2 la sendiri ye. Langit xselalunya cerah ... perniagaan ni sebenarnya ibarat satu perjudian. Kalau kita bijak kita berjaya kalau kita lalai kita akan tersungkur. Ingatlah ... rezeki allah yang beri. Kalau allah nak beri lebih maka lebihla kita akan dapat tapi kalau allah nak tarik habis la. Seharusnya kita bersyukur selama ni kita memperoleh nikmat yg allah berikan tapi sebagai manusia kita mudah lupa apabila wang menguasai jiwa. Pada tokei tersebut ... lain kali kalau nak bercakap guna kan akal dan logik jangan nak main tembak. Ape yang ko katakan ty dah lalui selama ni tapi ty tangani dengan kebijaksanaan akal bukan tunduk dengan keegoan dan kebodohan. Sekarang keputusan pun dah dbuat .... terima kasih atas segala pengalaman yang kami terima selama 3tahun ni. Ty terpaksa bertindak walaupun sebenarnya ty takut dengan keputusan itu. 

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan