Yg follow t....

Ahad, Jun 10, 2012

Musim cuti sekolah .... musim naik pelamin !

Assalammualaikum,

Arghhhh ... lama dah x update blog. Nak kata sibuk xde la sangat nak kata xsibuk ye la tu hahahaha.Pejam celik pejam celik ... cuba la korang pejam celik jap boleh x? Kejap je masa berlalu .... sekarang dah masuk bulan Jun dah pertengahan tahun ye.  Cuti sekolah yang bermula dah nak tamat pun. Besok (11 Jun 2012) seisi persekolahan bermula. Yang bercuti besok dah kena mula kerja jangan buat-buat lupa pulak. Cerita pasal pejam celik- pejam celik ... sepupu ty yang bertunang tahun lepas dah pun melangsungkan perkahwinan pada 2 June 2012. Jangan xpercaya ye ... dah pun jadi suami orang hihihi. Mak teh & Pak teh tahun ni dapat menantu baru tahun depan insyaallah de rezeki dapat la cucu baru ye idak? Sekitar majlis perkahwinan Shahrul & Mira. Jom layan ,

HARI NIKAH - 2 JUN 2012.


Konon ingatkan datang lambat semuanya dah selesai la ... rupanya majlis belum bermula. Masa ty sampai kat masjid tuan kadi pun baru sampai la aikkk dr mane gamaknya tuan kadi kita ni? Pasangan pengantin sedondon warna putih. Yang pasti musim cuti sekolah ni memang tuan kadi sibuk la nak menikahkan orang kan? Dah 8tahun ty kawen ... ape xcaya ke? Haaa la dah 8tahun kawen ni kalau de anak dah sekolah pun mungkin 2orang maintain hihihihi. Xsama nikah dulu dan sekarang ... yang ni lama gak la dengar khutbah dari tuan kadi ni. Adehhh ... panas punggung walaupun berlantaikan marmar. Gamaknya pengantin tu mesti dah kebas kaki kan? 


Ni gambar adik beradik mama .... kiranya mak sedara pengantin lelaki la ni. Hok tudung hitam tu mak pengantin lelaki ye. Korang jangan xtau ... mak teh ty ni dari Felda Papulut, Grik, Perak. Seperti mana yang telah di war2 kan peneroka felda ni diberi durian runtuh bukan je peneroka anak bini pun dapat. Nak bodek mak teh la pas ni kot2 la leh dapat sikit hahahahaha. Pssstttt .... makteh oiiit nanti dah kuar duitnya pe kata kita kongsi sikit nak x? hahahahaha ....


Dua orang jejaka tampan ni sepupu ty. Kyusuknyaaaa ... woit bang chik (baju biru) pas ni kamu kan? Hahahaha .... orang mane ye? Gombak ahhhhh dekat je tapi lagi dekat dengan pengantin kita ni hihihihi. Yang baju coklat tu Ain ... kejanya pembantu perubatan di klinik pergigian kat Bangsar. Kata Chik Nah, dua orang dah full xde kekosongan lagi soooo melepas la korang kikikiki. De lagi 2orang sepupu perempuan ty xsempat nak snap gambar mereka. 


Tuan kadi ni dok bagi tazkirah xhabis lagi lo. Antara hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan. Ape ye? Xtengok sangat hihihihi ....


Maka dengan 2kali lafaz ... sah la Shahrul menjadi suami kepada Mira dengan mas kahwinnya RM8300 tunai. Kali pertama lafaz tu de sangkut sikit .... gabra la tu kan. Lum tengook hubby ty lafaz nak gelak pun de kikiki. Tahniah Yo & Mira ... semoga korang bahagia hendaknya kekal hingga ke alam syurga ye. 


Selepas sah upacara akad nikah tu tuan kadi suh Shahrul menunaikan solat sunat . Dah selesai solat sunat baru la de majlis membatalkan air sembahyang dan majlis bertukar dulang hantaran. Kalau sebelah lelaki warna purple sebelah perempuan lak merah. 


Hantaran dari sebelah pihak perempuan. Ape ye? Adehhhh x tengok la sorii. Pas ni de jamuan dirumah pengantin perempuan tapi ty x ikut sebab penat lo. Dah tu xde transport nak p sana. Ty dengan machu dan anak2nya x follow kami p melepak kat kedai makan. 

HARI BERSANDING - 3 JUN 2012


Adoiii .... pengantin dah sampai tapi kompang lak xde. Sian pengantin duduk keletihan tunggu kompang. Segak sungguh Shahrul berbaju melayu bewarna ungu. 


Yang pegang bunga telur tu sepupu ty lagi sorang. Namanya pun Shahrul tapi nama penuh Shahrul Izzam. Yang pengantin tu pun Shahrul gak tapi lupa la nama penuhnya. Tegap dan sasa kan Shahrul Izzam ni. 


Alaaaa ... comeinya Farisha ni! Ni anak sedara pengantin lelaki kiranya anak kakak dia lo. Yang dok dukung tu mak Farisha la. Ty dok pujuk Farisha nak dukung dia tapi dia xnak jual mahal tul anak dara sorang ni ye. Xmau kat maklong pulak .... jom la balik umah maklong nak hihihi. Suka2 hati lak nak ambik ank orang kan. Farisha ni dok kat Ipoh de 2orang kakak Fatin dan Farah. 


Ni la mak sedara bila bertemu anak sedara yang jauh .... banyak la nak di interviewnya. Tepi jalan tenghari rembang pun boleh gak bersembang. Ty dah kepanasan ni. Adoiii .... tadi dah beli aiskrim makan berdua2an dengan hubby. 



Dah sampai pun kompang ... ye la mentang2 musim orang kawen sekarang ni sana ambik sini ambik alih2 pengantin lak kena tunggu kumpulan kompang tak patut betui la depa ni. Hihihi .... ok mulakan langkah anda mengikut paluan kompang hehehe.


Apabila kompang berbunyi ... pengantin perempuan pun tiba juga. Sempat lagi snap gambar ty ni kan dh tu snap kat celah2 pengantin laki lak tu. Xpatut tul!




Pengantin dah pun bersanding. Wahhhh ... dari baju pengantin, khemah, pelamin, meja santapan semuanya bertema kn warna ungu. Cenderahati tuk tetamu pun ungu.Majlis menepung tawar kedua mempelai dari keluarga masing2 juga dibuat.


Santapan raja sehari ... sori ye gambar jarak jauh lak. Nanti la ty beli kamera DSLR tahun depan sure cantik2 gambar ty. Doakan ye hihihihi !


Adik beradik pengantin lelaki ... Kak Aa' merupakan Cikgu sekolah di Ipoh. Kak Shima pula jururawat di Seremban . Fendi .... alamak adik pengantin ni keja ape ye? Lupa laaaa ... Ni semua sepupu ty tau.


Husben ty lapau laaa .... sepupu2 ty pun lapau jugak. Jemput makan ye ... ty je yg tak makan xberapa nak selera lo. Dok usha sesuatu di meja pengantin huhuhu. Nak itu jugak xkira!


Haaaaaa .... nak ni! Nak udang yang terpacak2 ni. Sedapnyaaa ty dok usha udang la. Sedapnyaaaaa !


Keluarga Ma-chu n Pa-chu pun selera makan. Ty balik sebab dah kul 2ptg hubby pun nak p kerja. So xsempat la nak menepung tawar pengantin. Pe pun tahniah buat shahrul dan pasangannya mira. Ty ucapkan semoga korang kekal bahagia hingga ke anak cucu. Xsompek makan kek pengantin huhuhuhu ... :"(


Sebelum tu ty nak wish gak kat jiran ty Puan Junaidah dan Encik Adnan tahniah ye sebab dapat menantu baru. Pada hri yang sama kenduri sepupu ty, jiran ty pun buat kenduri menyambut menantu dengan tema warna kelabu. Lauk pauk pun ok de ayam pangang huhuhu ... dok terbau2 ayam pangang dr atas bilik hihihi.


Ni dia pengantinnya ... FAKHRI & HIDAYAH! 

SELAMAT PENGANTIN BARU ... MOGA KEKAL KE ANAK CUCU DAN ABADI HENDAKNYA HINGGA KE DALAM SYURGA. AMIN!

Sekian , wasalam!






























1 ulasan:

  1. saya sangat suka tgk kaler grey..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/seksanya-mesej-guna-henpon-touch-skrin.html

    BalasPadam