Yg follow t....

Ahad, Jun 17, 2012

THAI DESSERT CANDY @ LUK CHUP terbaru dr TY

Assalammualaikum,

Kata orang kalau nak cari ilmu kena rajin berusaha kan? Ilmu xkan datang tanpa dicari. Kadang2 kita suka sesuatu tapi kita xtau nak buat walaupu kita boleh google tapi rasanya cam xpuashti kalau kita x berguru. Bila p berguru tu banyak ilmu yang kita dapat bukan itu sahaja banyak gak rahsia yang dapat dikongsikan selain ramai kawan2 baru kita akan bertemu. Ape ye yang ty merepek? Ty nak cerita sal ilmu baru yg ty dapat ni. Suka sangat ... walhal ty boleh belajar dengan husben yang sah2 dari Thai tapi susah kalau orang thai ni dah kawen dengan orang Malaysia cam ty hihihi 100% berubah dari segi cakap serta gaya. Tapi husben ty lagi teruk bahasa rasmi dia pun dah banyak yang dia lupa. Parah la husben ty ni ... 

Ehsan dr MR Google

THAI DESSERT CANDY @ LUK CHUP ni manisan yang terkenal kat Thai. Terdiri dari kacang hijau/kacang dhall yang dikisar bersama santan serta gula dimasak sehingga pekat dan tidak melekat pada periuk lalu disejukkan kemudian dibentuk menyerupai bentuk buah2an lalu diwarnakan dan dicelup ke dalam agar2 dan dsejukkn. Maka terhasillah LUK CHUP. Ty join kelas dengan Siti Hajar Pegasas Veggy Fruit Cookies yang terkenal tu. Actually dah lama sangat nak belajar dengan Siti Hajar ni terutama biskut buah2an yang comei lote tu tapi bajet xde so dapat belajar hok ni pun dah ok. Yang datang belajar pulak de dari Sabah, Kelantan, Johor yang paling dekat pun ade gak tu la kalau nak cari ilmu kemana saje sanggup diredah kan?  Jom la tengok kelas yg ty join ni ... memang enjoy sangat2 hihihihi.

Siti Hajar menerangkan cara menyediakan doh TDC 

Jom mengentel ... mai la bentuk buah bestnyaaaa!

Dah jadi ..... taraaaaa macam2 buah ade wey. Tapi belum make up lg x hensom huhuhuhu

Banyak syok laaa .... mari mewarna anak2 tapi semua yg datang ni mak budak kikiki

Sekarang dah make up ... hensom x? 

Ni kak Ina ... TFC yang dia buat besau dari kami dia cakap sekali ngap puas makan hihihihi


Dah pakai baju baru nampak berkilat kan? Geramnya cam lolipop lak 

Dah kering pun agar2ya boleh packing. Comeiii nya sayang nak makan.

Seisi bergambar bersama Sifu ... yang datang join kelas ni semuanya de bisnes sendiri de yang dah berjaya bisnes besau2 tau. Ty je bisnes kecik2. Cuba teka mane ty? hihihi .... 

Ok la .... ty nak ucapkan terima kasih berbanyak pada Siti Hajar. Memang ty enjoy kelas TDC ni. Ikut hati nak join kelas lain tapi bajet xde tapi insyaallah ty memang nak join kelas dengan Siti pas ni terutama kelas Veggy Fruit Cookies. So tempahan dibuka sekarang ... ianya sesuai dijadikan hantaran dan doorgift selain dari hidangan sebagai pencuci mulut tuk tetamu. Berminat boleh sms/ call ty.

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan