Yg follow t....

Rabu, Disember 14, 2011

Menu Baru & Rombakan Baru di Tahun Baru

Assalammualaikum ,


Menghitung hari meniti ke akhir tahun 2011. Banyak pengalaman yg ty telah tempuhi sepanjang tahun ni. De suka de duka .... yang bestnya ramai kawan. Ty bersyukur sangat2 sebab blog ni pun sudah dikenali cuma perlukan sentuhan kuat lg tuk terus dikenali dan bertakhta dihati semua especially penduduk Lembah Klang boleh lak gitu ye?


Penghujung tahun ni agak slow sikit mengemas kini blog. Bukan ty je slow tp berukband ni pun slow sesangat.   Selain itu untuk menghabiskan sisa baki yang de ditahun 2011 ty banyak menghabiskan masa membuat kajian & apditasi penambahan menu baru tuk Puding & Jeli. Rasanya sesuaikan kalau dengan tempahan talam boleh diselitkan puding @ jeli sebagai pemanis mulut tuk hidangan tetamu. So ... sebab tu ty menghabiskan masa dengan membuat beberapa menu baru tuk tahun baru.  Insyaallah ... awal tahun 2012 pula ty akan keluarkan menu baru tuk Talam, Lapis @ Bingka. Fokus ty xkan lari dari kuih muih ni sebab ty lebih gemar membuat kuih muih. Cuma tuk tahun depan ty akan lebih fokus kepada kualiti dan menghadkan kuantiti bagi menjaga mutu dan menjaga hati pelanggan. So tempahan seawal 5-7hr amat2 digalakkan dan tahun depan ty akan lebih tegas utk menerima tempahan. Uppppsss jgn marah ye .... ni terpaksa bukan dipaksa hehehehe.


Ada beberapa harga ty naikkan bergantung kepada harga bahan mentah semasa. Bukan saja2 suka naik ye. Contohnya boleh dilihat pada Bingka Ubi Kayu memandangkan harga pasaran ubi kayu pun naik so ty terpaksa menaikkan harga tuk bingka tersebut. Namun de diantaranya bukan berdasarkan harga bahan mentah saja namun ty de megambil kira beberapa perkara namun ty yakin harga ni masih lagi boleh diterima. Namun x semua harga ty naikkan hanya beberapa produk / menu je setelah ty pertimbangkan n perbincangkan bersama ahli jemaah menteri hehehehe ... leh gitu ke? 


Mulai 2012 ... setiap penghantaran ty akan kenakan caj sekitar RM5-RM15 bergantung pada jarak lokasi. So, tuk semua customer lama please take note ye. Ty akan letakkan dikolum sebelah kanan caj2 kawasan yg telah ditetapkan. So ... tunggu ye. Kalau de sape2 yang ingin membuat tempahan boleh terus coll hp ty ye, kalau malu nk perdengarkan suara tu pe kata tinggalkan pesanan ringkas. Ty xberapa galakkan anda menghantar email sebabnya ty jarang buka email. So takut de yg ty terlepas pandang. Sekiranya anda de FB pe kata lawat n LIKE page TY Homemade Kuih Muih. Disana anda boleh terus berhubung dengan ty bila2 masa. Selamat menyambut tahun baru 2012 ... wish awal takut xsempat nk wish. 

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan