Yg follow t....

Isnin, September 12, 2011

Oder minggu ke- 2 Syawal ....

Assalamualaikum ,

Hari ni dah masuk 14 Syawal cepat tul masa berlalu .... tp aura di bulan Ramadhan ty lum hilang lagi cmno? Ye la kalau dibulan Ramadhan ty berjaga sampai subuh pas tu ty membuta agak2 matahari dah tegak atas kepala baru la ty bangkit hehehe ... Dasyat x? Mama siap pokpek2 bebel dgn ty sebab bangun lewat senang je ty jawab " Aura ramadhan masih de lagi nak wat lagu mana kan ...", Mama begang hahahaha ... Sebenarnya ty cadang nak buat kek @ brownies la sempena Syawal ni nak tambah la sikit produk kek tapi dah masuk 14 Syawal xsempat lagi nak buat. Kalau time free ty xde mood lak, kalau time bz dah sah2 xsempat nak buat habis cmno? Tengok la cmno ye ... kalau korang tengok kat bahagian "Kek" de penambahan itu produk baru la ye kalau xde mmg xde huhuhuhu ....

Sebenarnya nak citer sal tempahan yang ty terima tuk minggu ke 2 Syawal. Boleh tahan gak, kadang2 kelam kabut juga. Biasala ty ni rancang lain jadinya lain bukan salah jam kat dinding tapi salah ty yang selalu terlajak. Jom tengok tempahan2 yang ty terima sepanjang minggu lalu .... 

8 Sept 2011 ... tempahan kali ni datangnya dari Cik Siti Solehah yang tinggal kat Padang Balang, Gombak. Kes ni menarik tau ... actually ty janji dengan Cik Ct ni nak jumpa kat Pertama Komplek depan kedai gambar jam 6ptg. Memang betul ty sampai depan tu kul 6ptg .... nak jadikan citer menarik HP tertinggal wakakaka ... hbs cmno nk coll Cik Ct xpe ty tunggu n tunggu n tunggu sampai kul 6.20ptg. Xde la byang Cik Ct ni so ty pun merempit dengan mama kami g Pasat Chowkit tuk beli tuk tempahan keesokkannya dan pulang rumah kul 7.30mlm. Ty col Cik Ct ni dia masih ade lagi kt Kompleks Pertama hahahaha ... n den ty suh dia balik xpe la dah lewat ty hantar je kat umah dia. Ty yg salah sebab tertinggal hp ... pe pun terima kasih  ye Cik Ct kerana sabar menanti. 

9 Sept 2011, tempahan kali ni datangnya dari Nor Ashikin @ Yong (jiran sebelah je hehehehe ... ) untuk jamuan kat ofisnya di Malaysia Acid, PJ. First time Yong tempahan dengan ty ... pe lagi mengelabah la. Cam biasa rancang lain jadinya lain. Pagi tu nak buat semua ambik ko... taget masa dah betul tapi jadi tak betul gak hahahaha. Yong tempah Karipap Kentang + Daging, Pulut Panggang, Keria n AP. Oleh sebab dah kelam kabut so semua mainkan peranannya ty siapkan AP n karipap dr awalnya cantik oleh krn mata dok tgk jam dh jadi xsama, mama lak buat keria n pulut panggang hahahaha ... mr hubby menjadi tukang goreng. Caya la hubby, macih ye! Masa nak hantar dah memang nampak langit gelap gulita tapi kelam kabut punye pasal kuar gitu je. Sampai separuh jalan tiba2.... langit menanggis alamakkkkk ! Hubby benti kejap takut basah tapi memandangkan Yong dah tunggu ty suh hubby redah je so kami main hujan hahahaha. Teringat pulak kat lagu  Amelina n Iwan Memori Daun Pisang. Pe2 pun macih Yong, kalau de terkurang maafkan la! Tapi kalau nak tempah lagi pas ni booking cepat2 ye jangan last minit tau.

10 Sept 2011 ... my lovely aunty @ panggilan manja ty "Ma Chu" n "Pa Chu" mengadakan rumah terbuka tuk kawan2 anaknya. Actually first time ty dengar machu buat makan2 tuk anaknya. Machu tempah Karipap Pusing, AP, Ketupat Palas n Nasi Himpit. Yang bestnya Ketupat Palas ni first time ty buat. Memang hajat nak buat sempena Syawal tapi dari sehari ke sehari ke sehari sudahnya daun ketupat tu dah kering. Ty beli lagi tuk machu punye oder letak la atas meja makan siap kena perli dengan papa tau. Nak tau pe papa perli " Daun Ketupat ni nak rendam lagi ke dalam kolam air tu ... alamak miang la badan papa!" Amboi pa ... tajam ye ayat tu tapi xmenyusuk kalbu pun hahahaha. Dari kul 8pg jumaat ty bangun tuk siapkan tempahan Yong ... tido sejam je den terus berjaga n berjaga n berjaga tah berapa gelen air nescafe ty minum tuk celikkan mata kul 12tghr baru ty tido tau. Oleh kerana machu punye de SPECIAL REQUEST FOR HARI RAYA ONLY ... anak sedara dia yg xpernah buat pun buatkan alhamdullilah menjadi sodap la (sape nak puji kl bukan ty sdiri) Sakit gak la tangan nak menyiapkan Ketupat Palas Warisan Embun ni. Tapi bila dengar feedback dari Machu mengatakan Ketupat Palas Warisan Embun ni sedap alamak suka bangat wey! Ty siap bagi xtra Pulut Panggang tuk my lovely aunty tau! Macih machu n pachu. Daun palas ade lagi kalau la bekelapangan ty akan buat n kongsikan caranya k. 

Hari yang same ... tempahan ni dari Fiza yang dok kat Jln Istana KL. Fiza tempah AP dengan ty memang Fiza  rajin la menempah dengan ty. Tengah2 kelim karipap ty sempat lari jap nak deliver AP ni kat Fiza bukan pe ty takut kalau lambat kang mata ty yang xtido lagi ni xleh celik n xleh nak buat penghantaran. Pe2 pun thanks ye Fiza atas tempahan itu.

Tempahan Talam Cendol ni ty terima dari seorang customer yang dok kat Desa Mentari . Actually ty kenal masa ty buat Banci Penduduk dan Perumahan tahun 2010 yg lepas. Sambil2 banci citer lak kat kakak ni yg ty buat part time smbil berkeja buat kuih kat rumah. Kakak ni xberapa sihat ... rupanya baru keluar hospital je. ty dah lame xjumpa dia n x berkesempatan nak g umah dia ty xsangka lak dia masih lagi simpan no tel ty. Ty tido jap kul 12 hingga kul 1.50ptg sebelum tido ty dah pesan hubby suh belikan santan n cendol. Kang ty bangun nak siapkan talam coz customer nak ambik kul 5ptg. Kakak ni g tau dia nak bawa ke Klang de rumah terbuka. Terima kasih ye kak kerana masih tempah dengan ty walaupun dah lama kak xtempah. 

11 Sept 2011, ramai yang akan mengadakan rumah terbuka pada hari minggu kan? ty xbuat rumah terbuka sebab ty sibuk kalau sape2 nak datang silakan pintu rumah terbuka xpayah nak buat rumah terbuka yang penting sebelum nak mai inform ty dulu takut kang ade yang minum air kosong n serdak biskut hehehehe. Tempahan yang ni dari Nur Afifah ... 2loyang Serimuka Pandan n AP. Tuk rumah terbuka la ni. Ty rancang lain jadi lain ty janji nak htr kul 12 tapi tup2 ty htr kul 1 hehehehe sory ye sebenarnya talam dah siap awal ty xde mood nak buat AP sorang2 tu yang slow sikit. Ape2 pun tempahan tetap sampai gak. So terima kasih ye kerana tempah dengan ty. Sorry sebab ty xdapat datang rumah, sibuk sangat dengan tempahan lain dah tu nak kena kemas rumah gak yang dah macam kapal pecah.

Kek Karamel ni ditempah oleh Kak Norlida Hashim dr Bentong Pahang. Kak Lida ni kawan ty di FB tau. Pada awalnya Kak Lida tempah macam2 tp kak lida nak cepat adoiii xsompek la kak oiii ty bz dengan AP yg xsiap hehehehe ...dah tu xdapek nak hanto kak lida kena datang umah ty ambik. Sian kak lida n abang indera sesat2 cari rumah ty hehehehe mungkin xbiasa kan. Ty xsampai hati nak caj kak lida so ty bagi je sebagai tanda persahabatan yang istimewa. Mama siap cakap yang kak lida ni lemah lembut orang nya. Sorri ye kak, ty n mama ni memang mulut bising hehehehe... malu la kak dtg rumah ty n tgk dapur cam baru pas dilanda tsunami. Bz sangat la hari ni. Ty siap bekalkan kak lida nasi himpit dengan soto daging n kuah kacang tapi xtau la sodap ke tidak. Tapi persahabatan dengan kak lida n kawan2 FB yang seangkatan dengannya merupakan persahabatan yang istimewa buat ty. I love u all my kakak2 kat Fb especially kak Faiz, Kak Hangat Sejuk, Kak Shuhairi Shuhaini, Kak Azizah Jack n kakak2 lain yg ty xsembutkan namanya ty sayang semua. Macih kerana sudi berkawan dengan ty walaupun kita setakat berchatting di fb. 

Sekian. Shukran!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan