Selamat Hari Raya Aidilfitri semua .... Selamat Hari Merdeka juga! Wah semua beraya kat kampung ty jugak yg xde kampung duk beraya kat sini sat2 g Carrefour sat2 lak g Sunway Pyramid pas tu g Giant merewang je la! Legang ... tapi kat shopping complex ramai gak orang, cuma kat certain2 place tu memang ramai la orang luar dh cm tempat diaorg lak hehehe ! Hubby de kampung tapi xreti nak balik ... isyhhh susahla kalau de hubby cmni. Yang ty ni teringin nak beraya jauh2 tapi hubby ni wat dono je. Semua orang pun balik kampung ... sunyi je ! So pas solat sunat Aidilfitri ty n hubby sama2 membuta hahahaha .... malam raya lak kami g chowkit setakat cuci mata je.
gmbr ehsan dr google ...
Actually nk story kat sini, kalau yang lain sibuk sambut raya ty lak sambut raya n wedding anniversary tau hehehe ... 4 Syawal @ 17 November ni ulang tahun perkahwinan ty n hubby yg ke 7 ty akan celebrate 2kali iaitu ikut kalendar islam n kalendar biasa la adoiii. Wahhhhh ... dah 7tahun la kl de anak dah masuk sekolah darjah 1 pun. Sekejap tul masanya pejam celik dah 7tahun jadi isteri hubby actually bukan setakat isteri je tapi merangkap setiausaha, menteri kewangan, chef dapur, pereka imej dan macam2 lagi la dah bape kali ty ke fired tapi dilantik semula kadang2 ty yg minta resign hehehe ... Hubby ty lak dari kurus ,hensom n macho skrg ni hensomnya masih kekal cuma buncitnya alamakkkk hehehe nak peluk pun dah xsampai tangan ty. Setelah 8tahun bercinta hehehe ... lama kan? Hubby pun melamar ty menjadi isterinya. Lama gak ty ambik masa tu menamatkan zaman bujang ni. Dengan petunjuk yang Allah s.w.t berikan ty terima jodoh ini.
Pe2 pun ty tetap bahagia diketemukan dengan lelaki seperti hubby. Walaupun hidup sederhana tapi tetap hepi. 7 tahun melayari bahtera perkahwinan ... dah macam2 ty n hubby lalui. Kata orang pengalaman mengajar kita segalanya. ty berharap perkahwinan ty n hubby berkekalan hingga ke alam syurgawi.
Moga hubby dapat memimpin tangan ty masuk ke syurga ... alamak romantik lak! ty harapkan tangan yang memimpin ty ke alam perkahwinan dapat memimpin ty hingga ke dalam syurga yang kekal abadi. Cuma hidup kami belum diserikan dengan kehadiran cahaya mata lagi. Insyaallah ... suatu hari nanti akan ade juga, doakan ye!
Moga hubby dapat memimpin tangan ty masuk ke syurga ... alamak romantik lak! ty harapkan tangan yang memimpin ty ke alam perkahwinan dapat memimpin ty hingga ke dalam syurga yang kekal abadi. Cuma hidup kami belum diserikan dengan kehadiran cahaya mata lagi. Insyaallah ... suatu hari nanti akan ade juga, doakan ye!
Sekian, wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan