Salam,
I'm back from holiday .... wah best tul bercuti ni tapi x g mane2 pun duk kat umah je hehehe! Xsihat la setelah bertungkus lumus kerja selama berhari2 kat dapur den siapkan hantaran tapi xsempat nk snap gambar hahaha!Frust ni gambar xsempat nk snap. Tema pink putih gitu. Yang ty buat agar2 hantaran, koleh kacang dan cupcake tapi semua xsempat nk snap dah kelam kabut sesangat ni. Periuk belanga habis tunggang langgang. Dapur bersepah giler ... cari barang pun xjumpa pening2!
Rin teringin nak rasa Keria so terpaksa la ty merempit malam2 g cari ubi keledek memandangkan stok keledek kat area umah ni dah xde. Tapi ty pun memang suka sangat dengan keria ni mabelos hahaha. Rin de gak oder Karipap dan Popia Come2 dan yang lupa ty nak snap Bihun Goreng. Bihun Goreng ni hubby yang masak tau. Pe2 pun thanks Rin !
26 Mei, menjelang cuti persekolahan. Memang sibuk ditambah dengan tempah yang ty terima tuk JCI semuanya jadi kelam kabut. Kalau boleh nak yang mudah ke tuk JCI janji semuanya tersedia.So tuk sarapan pagi ty buatkan Risole dan Talam Tokyo dan tuk minum petang ty buat Pau Goreng dan Lompang aneka rasa hahaha ... Lompang ni turut ty berikan kepada Pn Zaireen yang mengadakan kenduri di rumahnya sebagai wakil ty yg xdapat datang. Selain itu, tempahan ty terima juga dari Ros Kelana Square AP sebanyak 100biji dan Fauziah dari Menara Boustead AP 100biji dan Talam Tokyo dan Azira dari Bukit Jalil AP sebanyak 200biji tuk dibawa sempena sambutan hari guru disekolah anaknya. Semua ni gambar memang x sempat nak snap semua dah kelam kabut.
27 Mei, Semuanya dah tunggang langgang dengan oder. Tido pun dah xmenentu so ty siapkan dulu tempahan awal yang dibuat oleh Kak Salamah dari Kg Sungai Penchala AP 400biji sempena pernikahan anak sedaranya. . Thanks Kak Salmah! Ade juga tempahan AP ty terima dari Kak Zah sebanyak 150biji dan Azira sekali lagi AP sebanyak 100biji. Thanks u all!
Selesai penghantaran ty nak setlekan tempahan tuk Rin antaranya AP, AB, Bingka Suji dan Talam Ubi Kayu Gula Merah yang sepatutnya Serimuka Gula Merah .... alamak dah salah buat la pulak! Sorry kak Elly! Otak pun dah salah ingat hahahaaaaa.....
28 Mei, tempahan ty terima dari Kak Yati Kota Damansara tempahannya adalah Karipap Daging dan Bingka Ubikayu namun sayang bingka yang ty buat kali x menjadi so ty hanya deliver Karipap. Tuk Kak Yati, ty minta maaf banyak2.
Sempena cuti sekolah yang sudah bermula ramaila yang ambik kesempatan tuk mengadakan kenduri kan sama seperti Hawie yang mengadakan kenduri tuk anaknya. So Hawie tempah dari ty AB sebanyak 150biji yang dipek kecik2. Thanks Hawie!
Lapis Pelangi ni ditempah oleh kak Zulita Basir kawan fb ty. Thanks kak ita! Berakhir pun kerja ty tuk hr sabtu nak standby dengan tempahan tuk hari ahad yang banyak giler. Kak Ita masih menempah dengan ty lagi kali ni 2jenis iaitu Talam Keladi 2loyang dan Serimuka Pandan juga 2loyang sempena majlis harijadi anaknya yang diadakan pada petang ahad. Thanks again kak ita.
29Mei, tempahan di terima dari Rinn tuk kawannya sempena sambutan birthday anak yang diadakan di Bukit Rimau. Sesat ty , patut masuk ikut jalan lain ty masuk ikut lain hahaha patutla xnampak pun pe2 tanda yang Rin cakapkan. Mane tidaknya ty masuk ikut Bukit Kemuning patut masuk ikut Carrefour Bukit Rimau tu la dah blurrrrr.... ape2 pun tetap sampai gak. Yang menjadi pilihan Rin kali ni adalah
Karipap Ayam + Telur , Karipap Sardin dan Popia Come2
AB - kelapa , kaya
Agar-agar Lumut ( tp lumutnya xberapa nk menjadi hehehe.... )
Bihun Goreng
Berjaya gak ty selesaikan tempahan Rin itupun dengan bantuan mama dan hubby. Thanks, i love u! Belum leh berehat lagi kali ni ty nak siapkan tempahan Aida dari Ampang. Tempahan last minit ni Aida request dari ty actually xsampai hati nak tolak so ty bagitau Aida yang ty leh deliver ke Ampang mungkin lewat petang dan Aida kata xkisah so ty go on. Pilihan Aida Kek Karamel dan Kuih Bakar. First time orang oder kuih bakar dengan ty.
Kek Karamel ni permukaannya xberapa cantik bcoz ty nak cepat. Tersalah informasi pun de gak kat sini ty sangkakan Aida xnak kek yang xcantik rupanya Aida pun meniaga gak cam ty so dia faham. Thanks Aida atas feedback dan juga kesabaran menunggu ty. Thanks again Aida.
Untuk 30 dan 31 Mei, tempahan ty terima dari Azira nak AP sebanyak 200bj dan nak kaler yang terang. Isyhhh ... ty xsuka tengok kaler yang terang2 ni takut. Tapi ty buatkan juga sebab customer request. Selain itu AP turut ditempah oleh Makcik Freescale katanya utk dibawa balik ke Taiping oleh puan yang menempah. Terima kasih puan yang menempah.
Dan Farah turut menempah AP sebanyak 100biji namun dibahagikan kepada beberapa kotak. AP Farah kali ni berbeza sikit dan first time ty buat hihihi ... takut pun de gak masa dengar pe yang Farah request ty buat. AP warna merah dot2 hitam cam ladybird hahahaha ... ade berani makan ke? Selain Ap , Farah nak try Risole gak. So Farah thank you so much ....
Maka berakhirlah kisah tempahan yang ty terima sepanjang bulan Mei ni. Pada semua customer ty yang pernah membuat tempahan dengan ty berharap anda semua berpuashati ye. Yang tempahannya xdapat ty penuhi minta ampun minta maaf banyak2. Ikuti citer ty tuk bulan Jun pas ni. Lagi sibuk dengan tempahan dan tempahan ... bye!
Sekian, wasalam!
tie akak baca pun udah rasa letih tak dpt bayangkan org yang membereskan order ini....syabassss!!!
BalasPadam