Yuhuuuuu .... lame xbercerita sal tempahan kan? Sekarang dah masuk bulan June dah setengah tahun berlalu cepatnyaaaa malah dah masuk bulan REJAB ..... pas rejab hadir pula SYAABAN dan akan muncul bulan Ramadhan . Korang yang tinggal posa tu dah berganti ke? Dh lame ty x update tempahan yang ty terima bulan Jun ni bz pun ye malas kit pun ye so ty nak update sal tempahan korang kena baca xnak baca korang tengok gambar ye. Berikut adalah tempahan yang ty terima sepanjang bulan Jun ini .
Alhamdullilah sempena cuti sekolah ni rezeki di awal bulan Jun pun de gak. Especially AP la! Pembukaan tempahan ty dari kak (alamak xtau namenya ... sorry) tapi ty hantar kat Anggerik Mall, Shah Alam. 1000biji AP yang ditempah sempena majlis perkahwinan sepupunya kat Nilai, Ng Sembilan. Thanks ye!
AB yg dipek 5biji sebanyak 50bungkus dan bakinya ...
Bingka Suji, Serimuka Gula Merah & koleh Kacang
Tempahan berikutnya 2 June, ty terima dari kawan sekursus ty yg selalu buat tempahan sape lagi kalau bukan Rin @ Khairin Hussin. Kalau korang nak tau Rin dan kawan2nya peramah sangat semuanya ok2 agaknya pekerja kat VADS memang baik2 kot. Kali ni Rin tempah AB, Koleh Kacang , Bingka Suji dan Serimuka Gula Merah. Thanks Rin & kawan2nya.
AP untuk Kak Ida n AB tuk kawan Rin.
Untuk 3 June, tempahan ty terima dari Rin juga iaitu AB dan Koleh Kacang. Manakala dari Kak Ida yang bekerja di NAFAS membuat tempahan AP . Thanks!
Talam Mak Dara dan Lapis Ubi Kayu , Zuraidah dari Sentul
AP tuk Nora dr Ampang n Jue dr Bukit Raja
4 Jun tempahan ty terima dari 3tuan antaranya Talam Mak Dara dan Lapis Ubi Kayu yang ni ditempah oleh Zuraidah dari Sentul xsilap ty. Kali ni menguji kesabaran ty coz santan yg ty beli semuanya basi memandangkan dah pukul 2pagi dan ty pun dah sakit hati sangat pilihan yang ty ade santak kotak itupun nasib hubby sudi tolong g cari serata area kawasan perumahan ni. AP ty terima dari Jue Bukit Raja dah lama xdengar citer dr JUe dan juga Kak Nora yang dok kat Ampang. Thanks all!
5 June, sibuk persiapan majlis pertunangan sepupu ty sampai xsempat nk snap gambar. Ty cuma prepare cupcake hantaran tema pink putih, agar2 hantaran (still belajar ye ... ) dan koleh kacang.Disamping itu ty terima tempahan dr Makcik Freescale (maaf ty xtau nama so ty bagila nama yg senang nk ingat hihihi ... ) AP dan juga Chocolate Cupcake with Choco Ganache pun xsempat nak snap. Disebalik kesibukkan ni sempat gak menyiapkan tempahan dr Rin iaitu AP, LApis Pelangi dan Lompang. Thanks Rin n thanks again kerana sudi tunggu lompang masak hahaaaaa.... !
Kak Zuraidah dr AU3 Keramat & Asiah, PJ
Rin, VADS TTDI ... Agar2 lumut dan Talam Sago Banjar
8 June ty de terima tempahan dari Nurul yang bekerja di ZIKAY Kg Baru nak kan ty buat Talam Ubikayu Gula Merah ... siap dan selamat pun ty deliver kat Nurul hope Nurul enjoy. 9 June pula tempahan ty terima seperti diatas. Thanks tau kerana menempah dengan ty k!
Rin , AB dan Talam Sago Banjar
Azira dr Bukit Jalil
10 June , tempahan diterima AP, AB dan talam sago banjar. AP diterima dr Azira tuk dijadikan hantaran perkahwinan. Azi g tau ty yang AP ni akan sampai ke Kelantan wowwww ... Rin seperti biasa dengan tempahan AB dari kawan2nya diselit juga tempahan Talam Sago Banjar. Tah pe rasa xcuatly t pun lum sempat merasanya. Thanks ...
11 Jun, tempahan ty terima dari Farah sempena majlis reunion kat umah dia. Pilihan Farah kali ni adalah AP, Frozen Karipap, Popia dan Samosa. Selain itu pulut pedan dan Risole . Banyak tul tempahan farah xpe jamu kawan2 kan? Thanks Farah!
Rin kembai dengan tempahannya pada 15 Jun pilihannya kali ni adalah Pulut Panggan , AB dan Kek Lobak Merah. Thanks Rin!
Kek Karamel sebiji tuk Cik Nak (my aunty) , sebiji lagi tuk Sofiah
AP tuk Sifu Lina
Talam Tokyo dan Talam Kacang Merah , tuk Sofiah
17 Jun, pada awalnya memang xde oder tuk hari ni setakat AP tuk Sifu Lina je confirm la leh siap. Tapi bangun je pagi Cik Nah dah tunggu suh buat kan kek yg special nak bagi kat adik iparnya. Hahaha ... kek Karamel la stok barang pun memang de. Tengah syok siapkan tempahan AP tetiba terima sms dari Sofiah nak request oder tuk Ahad dipercepatkan hari ni. Hahahaha .... buat je la tapi kelam kabut la lastly deliver tuk Sifu Lina malam ni gak sebabnnya besok pagi belum tentu bangun hahaha . Walaupun hari ty kelam kabut namun syukur sangat ty dapat siapkan semuanya. Thanksssss ....
Semua ni ty siapkan semalaman pas deliver semalam ty hanya tido 2jam je sebelum g deliver tempahan dr Farah yg duk kat Puchong. Pilihan Farah AP sebanyak 200bj dan Talam Mak Dara , xsilap Farah nak bawa balik ke Johor de majlis katanya. Thanks Farah kerana tunggu ty sorry ty lewat bangun sebab xcukup tido hahaha ....
Cupcake hantaran ni la penyebab ty xkeruan. Mane tidaknya rama2 yg ty tempah dengan tuan kedai bakeri xsampai2 la. Last minit bagitau supplier xkan hantar mane la xsakit hati ty dibuatnya. Serabut otak ty nak selesaikan kes rama2 ni namun semuanya selamat gak. Tema pilihan kawan mama hijau pink tapi lebihkan hijau. Memang cantik la pilihan warna ni. Ty harap customer puashati la dengan tempahan ni. Selain itu AP tempahan balas dari bakal besannya pe2 pun thanks k!
Tempahan last ty terima dari Fiza yang tinggal kat Jalan Istana. Ty rushing nak siapkan tempahan ni. Ty terpaksa minta mama tolong buatkan Kaswi Nyonya namun lembik sikit. Tu la, walaupun mama dulu memang pandai buat kuih tapi caranya xsama dengan cara yang ty buat. Nasib Fiza xmarah kan? Selain Kaswi Nyonya, fiza turut memilih Serimuka Pandan dan juga AP. Thanks fiza!
Last tempahan tuk hari Ahad ty terima dari Delia yang stay kat Ampang. Pada awalnya Delia tempahan Donut, Lapis dan AP namun terpaksa dibatalkan coz sebab2 tertentu. Delia hanya minta ty buatkan AP je. So ty jumpa Delia kat Tesco Ampang, itupun ty dah lewat nasib Delia xmarah. Thanks Delia!
Setakat ni je citer tempahan ty dibulan Jun ... bersambung lagi kemudiannya. Thanks kepada yang sudi membuat tempahan. Sempena kehadiran Ramadhan dan Syawal ty akan keluarkn beberapa jenis biskut raya tuk tempahan pada harga yang berpatutan.
Sekian, wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan