Yg follow t....

Ahad, Mei 22, 2011

Pengumuman !!! 3 June - 5 June dapur bercuti ...

Salam , 

Seperti yang tertera pada tajuk atas ni ty nak maklumkan kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan pada tarikh tersebut minta maaf banyak2 ye sebabnya ty "TIDAK AKAN" terima apa jua jenis tempahan. Ini kerana ty kena fokus pada majlis pertunangan sepupu ty lak. Semua hantaran ty dan mama yang kena ejas terutama pada part manisan adoiiii.... rombongan pihak lelaki akan turun dr rumah ty ini kerana pihak perempuan tinggal dlm kawasan perumahan ty la. So berkampunglah makcik pakcik ty kat umah papa. Namun pada mereka yang telah membuat tempahan awal ty akan teruskan dengan tempahan tersebut so jangan risau jangan nak nanggis lak. Ade lg 1 pengumuman ... HandPhone ty rosak la. Kalau de sape2 yg nak bertanya sal tempahan plz masa col @ sms g tau sape namanya. Still leh coll sbbnya ty guna hp hubby tuk sementara cuma semua no ade kt dlm phone dlm simkad de no maxis centre je hahahaha ... plz ye semua! 


Berbalik citer sal tempahan la .... opppss sori memang dah xde citer lain lagi melainkan tempahan kan? Korang jangan la marah ye dengar je k. Setelah puas berehat pada hari selasa tu semua time tido ty dah habis Qador kan hahahaha ... hari rabu dapur ty berasap kembali.  Hihihi ... bermula seawal pagi tempahan ty terima dr Makcik Zah AP sebanyak 100biji aje tapi kena pek 10biji dalam 5kotak kecik dan 50biji lagi di pek seperti biasa. Sebenarnya ty lupa la yg plastik container kecik2 ni dh habis terpaksa la ty selongkar kotak tuk cari pe2 yg leh muatkan 10biji apam ni so ty jumpa la kotak yg silver ni. Pe2 pun thanks ye! 


Tempahan berikut dr JCI ... hahaha ni tempahan last minit! Nasib ade oder sebelum ni dah di batalkan atas sebab2 tertentu. So 2hr ni ty kena lah layan permintaan dr JCI ni. Seperti biasa mesti 1 pedas 1 manis namun kali ni manis xnak lembik2 amboi demand lebih nampak Ms Zaireen. Ni sape nak makan ha? Yg join training @ yang tukang oder ha?

Keria ... mmm sedap!

Talam Kentang Berlauk Beriyani 
( ... hihihi rempah kari lupa li bedal je rempah beriyani ) 

Tuk 19hb pagi ty buatkan seperti menu yg diminta oleh mereka iaitu Risole dan Samosa Sayuran . Tapi gambar ni ty xsempat nak snap la pula. Tuk minum petang lak tempahan pada awalnya adalah Talam Kentang Berlauk dan Ketayap tapi memandangkan ketayap tu perlukan ketekunan dimana ty xleh nak buat so ty tukar la kepada kuih keria. Hihihi ... nasib leh diterima. Keria ni kegemaran ty dh suh mama simpan sikit tapi masih ty xsempat nak makan sebabnya papa dan rembat dulu wuahhhhh nak nanggis la. Tuk Talam Kentang Berlauk la pulak kali ni ty pandai2 lak meng "ejas" ty g tumis dengan rempah briyani hihihi ... tapi bau memang wangi la. Licin gak ! 


Selain tempahan dr JCI de gak tempahan dr Rinn dan kekawannya. Kali ni banyak gak yang Rinn tempah antaranya, Bingka Ubikayu, Koleh Kacang dan AB namun de tempahan tambahan iaitu Risole Pn Rinn ni teringin lak nak merasa Risole. Terkejar2 ty menyiapkan semua ni. Mane nak wat kuih pas tu nak ambik papa coz motor papa rosak la. Rinn punye terpaksa ty deliver lambat namun nasib baik masa ty sampai kat ofis Rinn pun baru sampai je. 

( Menjadi gak bingka ubikayu ty kali ni, pas ni nak buat lg la ....)

Risole 

Koleh Kacang 

AB filling kelapa, blueberi dan stoberi

Tuk 20hb Mei masih lagi melayan kerenah JCI, tuk sarapan pagi menunya adalah Serimuka Pandan dan Sandwich Tuna serta Sardin. Nasib la ty dah buat Serimuka Pandan ni semalamnya. So pagi ty kena prepare sandwich je la. Serimuka Pandan ni ty xbuh telur tuk bahagian atasnya coz ade staff vegetarian so ty kena gak fikirkan tuk mereka. Dah siap semua ni nak kena hantar papa kerja lak balik ni nak mengadap cupcake. Sempat ke?


Alahai kelam kabut dapur ty coz ty nak kejar masa tuk buat Cupcake Hantaran yang ditempah oleh Akma dan ty kena deliver pg ni gak kat kawannya coz mereka nak balik ke Teluk Intan utk sertai majlis pertunangan Akma hari sabtu. Sempat la juga ty siap kan. Kalau korang nak tau la kan, hati ty ni berdebar2 sebab ty risau xdapat siapkan cupcake ni coz Akma berharap sangat dan ty xnk la hancur kan majlis Akma nanti. Semuanya dpt ty deliver kul 10.30pg pada kawannya.


Adakah cupcake ni selamat sampai ke Teluk Intan? Adakah ianya serupa masa sampai? Hahaha ty risau la sesangat coz Akma nak kan buttercream tuk decor pastu nak bawa balik ke Teluk Intan naik bas la pulak. Harap2 selamat la kan? Selain cupcake Akma de gak menempah AP tema still pink purple. 


Dikesempatan ni ty nak wish ,

"SELAMAT BERTUNANG AKMA DAN HAFIZI" 
semoga ikatan pertunangan ini berkekalan hingga ke alam perkahwinan hadapilah semua ujian dengan ketabahan dan kesabaran ye. Thanks Akma kerana memberi kepercayaan pada ty tuk menyiapkan cupcake hantaran ni. Thanks again!


Dah selesai pun kes cupcake ni balik rumah nak mengadap menu petang tuk JCI. Kali ni senang je tuk menu petang yang menjadi pilihan mereka adalah Pau Goreng berinti Kacang Merah dan Karipap Kentang + Telur rebus hihihi ... Tuk karipap actually dh prepare semalamnya dan di frozen kan. Tuk pau je ty baru prepare. Walaupun tempahan dengan JCI dah berakhir pada kul 2ptg tapi ty lum boleh berehat g. Ade tempahan dr Farah nak diuruskan. 


Pada awalnya Farah hanya menempah AP dan Mini Cistart je tapi sehari sebelum Farah inbox kat ty dan de penambahan lagi. Antaranya adalah Samosa Frozen, Karipap Frozen dan Popia Frozen. Jenuh gak nak menyiapkannya namun lega kerana semuanya selesai gak dan ty dapat tido dengan lena selepas semua ni selesai. Dapur ty masih lagi tunggang langgang namum ty dah xlarat nk buka mata lagi. Badan dah letih sangat2. Ty nk minta maaf pada mereka yang ade membuat tempahan disaat2 akhir kerana memang ty xdapat nk penuhi permintaan itu. Tuk customer ty kali ni ty harap semua berpuas hati ye. Terima kasih banyak2 kerana kalian memberi kepercayaan pada ty dalam menyediakan juadah tuk majlis korang.

Sekian, wasalam!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan