Sekejap je dah hari sabtu. Besok ahad hari ibu tapi ty belum fikir pe nak buat tuk mama. Nak masak ty bukannya suka memasak setakat buat kuih je ty minat. Nantila ty fikirkan biasanya ty suka buat kerja last minit. Kang ade la idea mengejut yg ty buat. Kekadang ty tengok mood gak nak buat sesuatu ni. Ty nak kongsi citer la pe lagi kalau bukan sal tempahan yang t terima. Kali ni tempahan last minit @ tempahan mengejut dari Azie. Ty sangkakan hari Rabu leh la berehat lagipun ty nak kena menghadirkan diri ke mesyuarat AIM. Xpe la! Sebab Azi ni regular customer yang rajin oder ty buatkan juga.
Permintaan Azi senang je Apam Polkadot (AP) sebanyak 200biji namun ianya perlu dibungkus 5biji x 30pek dan baki dibungkus seperti biasa. Tujuannya untuk diberikan pada jirannya yang mengadakan Majlis Tahlil di surau. Boleh Azi tapi ty hantar lewat la ye.
Hari rabu mama de, so ty mula lewat sikit lepas habis mesyuarat AIM ty merempit jap g Bake with Yen Puchong cari barang. Balik kat2 kul 5ptg pas solat asar baru ty start bancuh AP. Semuanya siap pek kul 8malam den lepas isyak ty kuar hantar kat Azi takut lak sampai lambat kang xsempat nak bagi ada gk yang baru suam2 sejuk tapi ty pek juga ty lebihkan 5bungkus tuk Azi. Dari PJ ke Bukit Jalil dah macam dekat la pulak xterasa jauh perjalanannya. Thanks Azi!
Satu lagi tempahan mengejut ty terima dari Rin. Mula2 Rin sms nak kek coklat pas tu Rin sms lagi nak Mufin Coklat Kukus dan Apam Blossom. Masa Rin sms t tengah syok tido hehehe ... penat semalam lum hilang lagi bila terbaca sms dr Rin terus bangkit dr tido. Start la wat keja yang mengejut ni sekali dengan hubby ty bangunkan hehehehe... sian hubby tapi dia xkisah cuma kadang2 je dia bersungut penat wat kerja partime. Mama lak suka kalau de tempahan sejak Harziq balik dok kampung rumah memang sunyi tapi dengan de tempahan mama xle terasa sangat.
Apam Blossom (AB) 300biji ni memang menjadi pilihan Rin dan kawan2nya. Ade sebab kan? Warna pun Rin request soft2 je? Rinn please bagitau sebabnya?! Kalau AB kejap je siap tapi nak buat Mufin Coklat Kukus ni ambik masa gak. Pe2 pun petang baru siap ade yang masih suam2 ty terpaksa gak pek jam dah kul 5petang. Yang bestnya dah la lewat so tergocoh2 kit la yang mama lak naik motor xpakai helmet nasib ty perasan nasib gak perjalanan lum jauh lagi nasib baik polis xde kalau x confirm kena saman hehehe ... Semuanya sempat gak ty deliver tepat masanya . Thanks Rin!
Sekian, wasalam!
T, yg tumpang order kat ofc ni, member2 ramai cina. diaorg x suka warna terang2... Ptg ni saya sms order untuk rabu k.
BalasPadamHi3 ! Rin dah jawab pun soalan tu. Sbenarnya cina mmg xsuka warna terang2 ade yg lebih suka warna asli spt dr daun pandan @ bunga talang. Betul kan Rin!
BalasPadam