Salam ,
Akhirnya dapat gak berehat setelah bertungkus lumus kat dapur sedari Isnin jam 4pg hinggalah selasa jam 9malam. Ambik ko ... cuma nasib xtido kat dapur. Rancang lain jdinya lain mmg selalu terjadi kat t he3! Dah la hubby pun demam sian lak tapi nasib hubby cuti hari Isnin. Leh gak hubby rehat2 kan badan. Petang2 kat nak hujan lak t ajak hubby g beli barang nasib sempat sampai rumah sebelum hujan. Kalau dapat tido hujan2 ni best kan? Sejuk je tp t dok kat dapur ni kepanasan la sangat2.
Ade tempahan dari kawan hubby nak kan Talam Tokyo. Memandangkan hari ahad malam hujan xleh la t kuar merempit kat Chow Kit so t tido. Kul 4pg t kuar merempit hehehe ... sorang2 lak tu caya x? Memg xde orang nak caya pun t g Pasar Jln Othman PJ semata2 nak beli santan kul 4pg kan? G sorang2 lak tu tapi dalam hati t baca macam2 tau. Balik je t terus buat Talam Tokyo tu. Hahaha ... semuanya siap kul 7pg den hubby lak xsabar2 nak hantar lak so biar pi la kan? T nak rehat.
Dah penat li barang t pun start sikit2. Sebenarnya petang isnin t dah mengerjakan kulit tuk tart tapi t buat yg comel2 je. De request dr customer so kena la t buat, lagipun mama teringin nak makan cistart. Acuan dh beli lama masa je xde nak buat. Buat kulit je la dulu ye! Xbanyak pun 1 bancuhan je. De yang terhangit hehehe ... khayal la tgk drama MARIMAR !Tengah syok layan buat kulit tart de sms t terima dr kawan Rin , namanya Hawie nak confirm ode Apam Blossom tuk besok.Banyak gak ni adoiii ... nak selasa gak xpe amin rezeki ni!
Tempahan dari JCI katanya ade VISION WEEKS. Memang JCI ni selalu de program tempat t berkerja dulu la. Pilihan mereka adalah Talam Kentang Berlauk, Talam Mak Dara, Apam Polkadot dan Risole ni untuk jamuan selepas acara VW ade lagi tambahannya iaitu Talam Tokyo dan Risole yg ni lak utk meeting. Sebenarnya 2-3kali gak la menu dia bertukar. Pening2! Lastly yg confirm tul2 seperti yg t tulis kat atas tu la.
T mulakan dengan Talam dulu, kalau x kang confirm xsiap keja. Dalam banyak2 talam pilihan mereka Talam kentang Berlauk ni memang feberet la dh repeat ode berkali2 gak. Kebanyakkan staff JCI berbangsa cina. Memang first time diaorg try makan sedap sal ode je mesti repeat Talam Kentang Berlauk ni. T sendiri xpernah rasa. Cuma kali ni t buat xde la lembik hahaha ... first tiime buat memang cantik je pas tu mama tolong prepare dah lain jadinya. Kali ni tuk staff JCI t buat kan nasib xlembik.
Sambil prepare talam kentang berlauk prepare gak Talam Tokyo tuk loyang 7inci je. Senang wat talam tokyo ni. Kejap je. Sambil2 tu t prepare bahan2 tuk Talam Mak Dara. Dapur umah t 2 kalau satu tuk mengukus satu lg tuk memasak, tu yang ambik masa lama nak siapkan talam @ apam. Ade dapur t dah beli tapi t simpan dalam bonet keta sebab xde "stand" , kepala gas dan salur getah cmne. Nampaknya pas ni nak kena beli barang2 tersebut leh pakai 2dapur tuk mengukus kan?
Talam Mak Dara ni agak leceh sebab ade 3layer hehehe ... tapi ianya menarik tau. Kat tengah2nya ade rasa ubikayu kat bawah lak de keledek yang dipotong kiub lain dari biasa. Ni la hasil semasa menuntut ilmu dengan Chef Asma. Sedap dan menyelerakan. Dah siap keja menalam ni jam pun dah menunjukkan kul 1.45pg hari selasa. Adoi ... risole dan apam dot2 xwat lagi jap lg nak kena bangun la t tido jap kul 4.45pg t bangun buat Apam polkadot dulu minta hubby tolong nasib baik demamnya dah kebah.
T bancuh adunan apam, hubby lak susun acuan lompang. Thanks hubby ! Sat2 g mama lak bangun tuk membantu. Lancar kit tugas bila de mama n hubby la. Hubby memang cekap buat kerja ni. Bila dah siap bancuh dan bubuh dalam piping bag t serahkan tugas pada mama dan hubby sementara t nak siapkan Risole. Semua keja siap kul 7.30pg sempat laaaa ... Cik Zaireen dtg ambik time hujan lak tu. So berakhrilah tempahan t tuk pagi Selasa jam kul 8pg hubby dah baringg kat kerusi t un join sekali lelapkan mata jap kang nak bangun buat Apam Blossom lak.
Kul 9.15pg t start bancuh Apam Blossom yg di tempah oleh Hawie dan kawan2nya dari VADS, TTDi. 700bji kesemuanya. Mak oiii!!! Sempat ke ni walaupun senang tapi cm banyakk sangat t kena bancuh 3kali tuk cukupkannya. Dah siap pek t letak tepi. Sangka kan xde semut adoiii ... masa nk hantar tengok semut dok hurung Apam Blossom ni. Geram tul. T sempat gak buat Talam Ubikayu cuma xsempat nak snap je sebab t rushing. Mula2 cadang nak hantar dengan hubby tp kul 3ptg hubby nak g kerja so terpaksa la t ajak mama teman hantar naik keta. Thanks to Hawie dan kawan2nya ye n sos sorry tentang semut tu. T baru letak jap je xsangka semut lagi cepat bertindak dari t. Dah selamat hantar tapi keja t lum berakhir lagi de tempahan dari Azira yg dok kat Bukit Jalil nak Apam Polkadot 100biji.
Hihihi ... nasib 100biji je! Mama dah g mengaji kat Shah Alam. Penat t lum hilang lagi ni nak xnak kena buat gak apam ni coz Azi dah tempah minggu pas. Lagipun Azi ni customer tetap t. Buat la slow2 nak wat camne lagi kan. T start kul 6ptg siap kul 8.30mlm haaaaaa ... tu pun Azi dah sms tanya kul bape nak datang. Azi tempah untuk anak dia. Kul 9mlm t kuar rumah merempit dengan moto papa jap je laju gak t bawa. Balik Azi g tau jalan pintas nak sampai KESAS alamak nape baru g tau pe2 pun thanks Azi! Dah letih ni! Rehat la pas ni tido confirm xsedar punye tah bangun kul bape lak besok.
Sekian, wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan