Yg follow t....

Ahad, April 17, 2011

Me"REMPIT" & Men"DECOR" ...

Salam,


Pagi ahad ni t dah merempit dengan husben hahaha .... bukan merempit cam mat2 dan minah2 rempit tu tapi t merempit sebab nak deliver tempahan yang t terima dari Kak Zu. Cadang t nak keluar 7.30pg tapi cam biasa la asyik terlajak je masa tidur, t bangun 7.45pg hahaha ... pe lagi mengelabah la nasib semuanya t dah pack semalam.


Tempahan yang t terima dari Kak Zu kali ni ialah Apam Polkadot dan Talam Kentang Berlauk. Tapi t xtau lah ni kali ke berapa t minta maaf dengan Kak Zu sebabnya t yakin bahagian bawah talam ni agak lembik coz t terlajak air semasa blend. Ampun kan t Kak Zu! Tapi t still nak ucapkan TQVM kerana Kak Zu sudi membuat tempahan dengan t.


Xsampai setengah jam t dah sampai Ampang xsure la husben t bawa laju atau sebab jalan hari ahad clear. So lepas deliver sempat la t ajak husben g makan kat Kpg Baru. Bukan pe dah le minta tolong so kena la belanja kan, kang kosong perut berbunyi lak mulut husben t. Kejap je kami makan den cepat2 balik coz t de Decor Class kul 10.30pg. Kelas ni ialah Kelas Buttercream Decoration Part 4 ( Nombor / Huruf ).Mengajar camne kita nak memotong kek menjadi nombor atau huruf tanpa mengunakan acuan. Best ..... giler!

( t pilih no 1 sebab nak sambut ulang thun pertama blog ni ... )

Lepas tu, ianya juga mengajar macam mana kita nak membuat bunga yang terdiri dari 6jenis bunga yang chef sendiri xtau name tapi cantik bangat. Ye la asyik2 decor bunga ros sekali sekala tukar la bunga lain kan? Terkial-kial tangan t nak membentuknya. Lihatlah ....



Teratai ... layu di tasik madu !


Sakura

Orkid 

Lupalak ... ni bukan sentuhan t ye tapi hasil tangan Chef Ho. T punye .... xpayah tanyala tangan keras kematu nak decor bunga secantik ni alamak lain le jadinya tapi t still try tau. Cuma chef kata kalau nak mahir kita perlukan masa sekurang-kurangnya 2-3bulan tuk setiap jenis bunga. Woww!!! Ye la Chef Ho ni dah 27tahun dalam bidang ni mana nak lawan t yang baru terkial2 nak wat decor bunga2 ni. 
Tunggu hasilnya pada 19hb ...

Sekian, wasalam!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan