Yg follow t....

Selasa, April 19, 2011

Kini setahun ... Selamat Harijadi !


Salam,

Akhirnya tiba juga,HEPI BIRTHDAY! Setahun yang lalu 19hb April ini lah tarikh dimana t terfikir utk melahirkan blog sendiri. Pelahan-lahan t mula mengorak langkah ke alam maya. Sedikit demi sedikit t mencuba akhirnya inilah hasilnya. Walaupun baru setahun bertateh alhamdullilah, usaha t yang xkenal jemu akhirnya membuahkan hasil. Malah bidang yang t pilih iaitu perniagaan talam dan lapis walaupun tidak mendapat sambutan menggalakkan pada awalnya namun kini alhamdullilah ada yang sudi memandang. Cantikkn Birthday kek ni! Kebetulan same dengan t buat tapi ni Chef Ho yang hasilkan so t tumpang la. Thanks Chef Ho kerana mengajar t cara membuat bunga2 yang cantik dan thanks to Aneka Bakeri for the class! Kalau nak makan kek ni silalah potong k! hehehehe .....


Terima kasih yang tidak terhingga kepada mama yang banyak memberi sokongan dan galakkan yg banyak membantu tatkala t amat memerlukan bantuan. Yang sedia menghulurkan tangan tatkala t sibuk dengan tempahan. Yg merupakan guru t pertama dalam bidang ni.  Mr hubby yg sudi meneman t kemana saje utk t buat penghantaran yang ringan tangan membantu tatkala t mengejar masa memenuhi tempahan. Mr hubby yang selalu kena menjadi juri rasa atas setiap xperimen yg t buat pada papa yang sentiasa menghabiskan segala makanan yang t buat hehehe ....


Terima kasih yang tidak terhingga kepada sifu2 yang memberi tunjuk ajar kepada t terutama kepada Sifu Lina Mohit yang merupakan sifu pertama t mengajar t tentang dunia talam ni. Yang membawa t masuk ke alam maya yg menarik perhatian t dengan iklannya. Thanks Kak Lina Mohit yg sampai sekarang masih sudi berhubung dengan t. Chef Asma guru t yg kedua dalam bidang talam ni terima kasih kerana idea2 yang menarik utk talam2 yang terkini.


Seperti yang t pernah maklumkan sebelum ni, t akan masukkan beberapa produk baru utk pilihan pelanggan t yang budiman. Antara produk yang telah t paparkan ialah BUTTERCREAM KEK yang sesuai utk sambutan harijadi atau ape2 aje.


 Selain itu t juga selitkan produk baru iaitu CREAM PUFF yg terdiri dari pelbagai variasi filling yang sememangnya sedap.


Terdapat juga FONDANT CUPCAKE yang t dah update lebih awal yang boleh dilihat disebelah kanan ye.


Xlupa juga TARTs yang t belum sempat buat lagi. Sebenarnya t masih ingin fokus pada talam dan lapis namun produk2 baru ni adalah usaha sampingan t bagi memberi peluang customer memilih. Insyallah t dalam usaha utk menghasilkan BROOWNIES cuma skrg masa belum mengizinkan t berbuat demikian.  Dikesempatan ini t nk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelanggan t yang pernah membuat tempahan dengan t selama ni. Insyallah t akan berusaha sehingga berjaya menempat diri ni setanding dengan usahawan lain di alam maya ini. Sekali lagi terima kasih banyak2.

Sekian, wasalam!

2 ulasan:

  1. sejutaaaaa tahniah t...jadi perangsang utk akak juga nih......

    BalasPadam
  2. thanks kak, blog kak pun xkurang hebatnya. nnt t nak join kelas ns dagang kl de rezeki tau leh la kita jumpa kan!

    BalasPadam