Yg follow t....

Selasa, April 05, 2011

Kisah tempahanku ..... Vol 1!

Salam, 

Seperti semua sedia maklum kan, start je cuti sekolah t pun dah start x update n3. Tu la bz le sesangat sampai nak update n3 pun xde masa. Kiranya sekarang belum terlambat lagi kan utk t berkongsi kisah tempahan2 yang t terima sepanjang tempoh t menyepi kan? Ape kata t mulakan dari 11 - 17Mac dulu hehehe .... kl nak buat sampai hujung bulan Mac takut xmuat lak. 

11 Mac 2011 ... 


Tempahan t terima dari Cik Lyna John Apam Polkadot sebanyak 800biji. First time lak buat banyak2 ni pening pala cmne nak ejas masa. Di tambah lak dengan 300biji tempahan t terima dari Azira yang dok kat Bukit Jalil. Azira de minta t buatkan Talam Puding Marble hahaha .... maaf t xsempat nak buat. T dah rancang nak start awal leh siap awal ... kiranya t bernasib baik le kerana mulakan awal coz t terima ujian paling besar kali ni apabila t buat apam x menjadi. Masa bancuh pun t tengok adunan ni lain macam je. Bila nak masak t tengok buih2nya banyak tul dan bila dah masak masyaallah ... semacam ade le rupa bulan terus t buang. Kat mane silapnya?


Tu la mama cakap mungkin sebab susu tapi t rasa bukan sebab susu.Puas t fikir jawapan ovelette t dah tercemar dah rosak dan xleh digunakan lagi. Bcoz, 2kali t bancuh still adunan xmenjadi t dah tukar susu, dah ayak tepung still same memang conform jawapannya Ovellete. So cepat2 la t merempit g bakery shop tuk beli Ovellete yang baru. 

 
( Apam Polkadot yg xmenjadi akibat ovelette dah rosak) 

T start semula pukul 7malam kali ni memang xde masalah. Subhanallah andai kata t buat tengah malam pe akan jadi pada tempahan orang. Ni pengajaran pertama yang t terima jangan pandang remeh pada bahan2 seperti Ovellete tu. Ape pun t sempat gak siapkan n deliver kat puan2 yang menempahnya. Dalam keadaan hujan n keta t meragam kalau musim hujan nasib baik mama n Harziq de teman kan t. Setle semua masalah segalanya selesai apabila tempahan dah bertukar tangan. 

12 Mac 2011, 


Tempahan kali ni lak datangnya dari sahabat t sempena sambutan Harijadi anak tunggalnya Amy Fatin yang ke 6tahun. Sebelum ni t dah janji nak sponsor birthday cake (BC). T pernah tanya Fatin nak camne so Fatin g tau dia nak BC yang de gambar princess. Oleh kerana penat semalam lum hilang lagi t pun lum dapat idea nak buat cmne tapi dah last minit n t pun dah janji nak buatkan so t buat setakat yang t mampu je.


Sebagai tambahan kawan t ode talam kentang berlauk tapi .... t xsempat nak kopek kentang nak rebus dan macam2 lagi so t tukar last minit menu dia suka2 hati t kan? Hahahaha .... t buatkan Serimuka Berinti coz beras pulut kat umah memang dah ade t dah rendam wakaka ... my frens Mimah sorry kawan ko ni bz je nak attend party pun xdapat dah. Sorry frens, t dapat tempahan last minit tuk besok so t kena beli barang dll. 

13 Mac 2011,


Tempahan kali ni datangnya dari Imah. Imah g tau tempahan ni tuk perancangan family last minit punye. Tapi xpe Imah dah bagitau awal pagi so masih sempat la t prepare barang2nya. Tempahan yang Imah buat adalah 200biji Apam Polkadot sempena birthday anaknya Husna dan kelahiran anak sedara barunya. 


Tempahan berikutnya pula Imah nak t buatkan Lapis Pelangi loyang 7inci ni utk diberikan pada Kak Iparnya yang baru bersalin dan Talam Kentang Berinti loyang 10inci untuk makan2 dengan famili xsilap Imah cakap di nak g umah ayah mertuanya. Tok Talam Kentang Berinti ni t buatkan inti daging coz t tunggu gak Imah jawab tapi Imah xreply msg t. Pe pun t ucapkan berbanyak terima kasih kat Imah kerana berani mencuba talam dari t hehehe ....

  


15 Mac 2011,


Tempahan tuk hari ni datangnya dari Ifa, student UPM Serdang. Ifa nak Apam Polkadot 100biji. No hal dik. Nanti kak buatkan ye! Siap je t ajak hubby g merempit t janji dengan Ifa nak jumpa kat KTM Serdang. Sekejap je kalai dari rumah t sebab dlu masa tengah cintan2 dengan hubby memang t selalu ulang alik ke Sg Besi yang dah besempadan dengan Serdang. Selain Ifa, Imah pun de buat tempahan Apam Polkadot 100biji lagi katanya nak bagi kat Taska Husna sempena birthday husna. Ok no hal!

16 & 17 Mac 2011, 


Tempahan kali ni datang dari student Uitm Shah alam pulak. Fida namanya. Fida col t kat2 kul 11malam minta buatkan Apam Polkadot 100biji. Boleh dik ... Masa nak hantar kawasan Pj ni hujan lebat so t terpaksa naik keta yang sememangnya t benci naik keta hehehe ... tapi bila sampai area Shah Alam terang je xde lak titis air hujan. Tunggu cukup punye lama Fida kata kawannya lambat kit xpe la janji tunggu kan? Besoknya pun Fida minta t buatkan lagi tapi kali ni asing2kan setiap fillingnya. So t bungkus dalam kotak kecik je senang kn? Thanks Fida kerana bagi kak peluang. 

17 Mac 2011 , 


Tempahan kali ni datang dari Maksu t hehehe ... ni yang t geram coz tempahannya adalah 2loyang Bingka Ubikayu. Seperti yang sedia maklum sebelum ni kan oven t fiusnya terbakar dan t dah fobia nak guna oven ni. T ni memang mudah takut la. Tapi yang tu juga le orang nak isyhhhhhh .... puas gak t suruh papa betulkan oven t sebab maksu dah sibuk tanya bila leh dapat. Adoiii ... bila papa dah siap repair t lak xhabis2 tanya papa adakah oven ni selamat digunakan? Perlukah t sediakan pemadam api letak kat sebelah oven? Tah bape puluh kali t minta kepastian kat papa sal oven ni. Agaknya papa mesti tension kan? hehehe ....


T siapkan dulu 1loyang Koleh Kacang namun t buat kan lebih seloyang kecik tuk mak su. Besok paginya lak t kena siapkan Apam Polkadot 50biji ditempah oleh Ustazah ( kawan mama) dan 100biji lagi t nak bagi kat sepupu t iaitu anak maksu dan adik ipar maksu sbb sudi tempah kuih talam dengan t sebelum ni.

(Tempahan dr Ustazah Ina)

( utk adik ipar maksu)

( utk sepupu t, ank maksu)

T ingat maksu dah xnak datang coz t sms maksu xreply tapi lastly maksu datang gak itu pun dah petang nak masuk maghrib pun. Paksu de suh t buatkan kek karamel hahaha ... t lupa nak snap gambar semuanya nak cepat tp kek karamel paksu ni xcantik sangat sebab paksu suh t kurangkan gula. So selesai lah sudah kisah t selama seminggu nantikan vol 2 sambungan la kiranya ni ok! 

Sekian, wasalam!





4 ulasan:

  1. thanks wahida! enjoy your blog walking

    BalasPadam
  2. haaa... kuah apam pun leh wat polkadot..? hahaha..
    firstime menengok nie.. cm tak pcaye.. haha..

    BalasPadam
  3. Hahaha Qamarul kena caya tau! Apam Polkadot ni sedap la. Nk try g tau k! hehehehe

    BalasPadam