Xhabis2 kan berciter sal ode agak2 de orang nak dengar lagi ke citer t. Insyallah menjelang setahun genapnya usia blog ni t akan cuba serapkan sesuatu yang baru bukan setakat produk tp segmen2 baru ni tengah dok fikir la sambil2 memenuhi tempahan hehehe ....
6 April ,
Tempahan kali ni datangnya oleh customer baru je utk dibawa ke kilang tapi t xtanya lak kat mane kilangnya. Mula2 t bagi sampel 40biji je esoknya dia tempah 200biji namun dibungkus setiap pek 10biji dalamnya. Ok gak dapat pek kecik2 ni. Siap buat label lagi sebenarnya nak bagi peluang kat mereka tempah kalau nak banyak je.
T dapat tempahan dr kawan yang sama2 join kursus Talam Part 2 Chef Asma. Terkejut gak bila terima sms dia tapi seingat t dia pernah g tau t yang ofis dia memang selalu buat meeting dan dia selalu gak tempah kuih so mungkin kali ni dia nak tukar angin so dia tempah dengan t. Pilihannya adalah Lapis Ubi Kayu dan Apam Blossom. Ha! Apam Blossom? Xpernah t buat Apam Blossom ni. Hehehe ... sehari sebelum buat t sms Khairin sekali lagi nak confirmkan balik Apam Blossom tu, t tau cuma xnak le salah buat better confirm sekali lg dengan puannya.
Oleh kerana pertama kali Khairin tempah dengan t so pelagi memang cuak le. Mane tidaknya dah le salah taget masa t dulukan Apam yg banyak konon2nya Lapis Ubikayu ni jap je la buatnya hahahaha ... sudahnya dah t mengelabah cmne kl Lapis Ubikayu ni xmenjadi? Adoi .... Sat2 g nak hantar lak coz janji dengan Khairin nak jumpa kul 3ptg kat Damansara.
Talam ni xleh potong panas2 kang lembik kena tunggu tul2 sejuk baru potong ... idea! T teringat cara chef buat so t pun buat le. Feedback dari Khairin SEDAP n LICIN. Lega t dengar, Khairin kata meeting akan datang dia nak tempah lagi .
Masih lagi 6 April punye tempahan kali ni dari kakak ?!! alamak t xtau nama dia tapi dia dah 3kali tempah dengan t Apam Polkadot gak. T tanya name tapi dia xjawab cmne nak panggil. Masa t tengah bz buat apam Polkadot tempahan orang kakak ni coll katanya nak apam tu malam ni. Kakak ni memang selalu cmni. Dia akan col @ sms pg dan nak t deliver petang tapi nak buat cmne " Customer is always right" ! Cuma kali ni apam polkadot yang t buat tok kakak ni xberapa nak naik. Xkembang kembung la! Tapi t dah g tau kakak ni kenapa n mengapa so t harap kak faham kan?
7 April ,
Dah lame t tunggu tarikh ni. Lame sangat akhirnya tiba gak kenapa ye? Hahaha ... t nak g menuntut ilmu pada tarikh ni tuk tambah produk t sempena ulangtahun pertama blog t pada 19hb April ni. Susah nak dapatkan demo ni bila dah de xleh la lepaskan peluang biar la terpaksa kuar duit sikit janji ilmu yang dapat berbaloi2 kl setakat belajar dari buku je susah gak nak faham kl xjd kang sape nak tolong jawab. Insyallah produk ni t akan masukkan dalam blog semasa birthday blog ni. Ini dia CREAM PUFF ....
( Taiwan Cream Puff )
( Choc. Eclairs tapi belum salut coklat lg ye ... )
( Blueberry Cream Puff )
( Cream Cheese Puff)
( Tuna Cream Puff )
Ape macam? De sape2 yang terliur x? Sedap la t makan xcukup sebiji tau. Still ranggup cam jual kat kedai yang de kat Midvalley tapi t xingat pe name kedainya. Tengah2 syok belajar dapat lak sms dari Kak Zah nak tempah Apam Polkadot sebanyak 50peket nak malam ni gak. Amboi! Ingat t robot ke? Habis je kelas t pun balik g jumpa kak Zah. Ishyyy .. malam mane sempat balik ni t nak buat Apam Polkadot nak hantar kat Shah Alam.
Kul 8malam t kuar rumah pinjam mtor papa la ape lagi. Puas gak t cari kat mane letaknya Anggerik Mall rupanya seberang jalan adoi cam tersorok pun de gak. Siap tanya orang hahaha ... akhirnya jumpa gak. Rupanya t kena hantar kat butik la. Tapi tempat ni sepi sikit takut lak nak masuk hahahaha...
Dah selamat deliver pun, so balik singgah li barang n sambung kerja semula. Adoii cm ni bila nak siap. Mula2 tempahan yang t terima hanyalah 500biji tetiba bertambah 900biji nak tolak? Sayang sian pun de customer berharap. Selalunya customer last minit ni la yang menambahkan lagi oder t. Pe2 pun t selalu berdoa agar semua tempahan ni t dapat penuhi t xnak customer kecik hati nanti.
8 April,
Azira dari Bukit Jalil oder Kek Karamel dan Apam Polkadot filling strawberi aje sebanyak 100biji, yg bestnya masa deliver kat Azira t dapat buah tangan lak tu. Thanks Azira! Dapat Jeruk Kelubi n Acar Buah memang sedap acar buah Azira buat ni t tanya bape coz mama like it Azira g tau sekilo RM20 je. Boleh nanti t nak beli coz dah habis pun. Jeruk kelubi?! Papa mengadap lak dah tinggal separuh t pun same gak mengadap dah nama pun jeruk my feberet tau.
Pas g Bukit Jalil t terus ke Ampang g Sekolah Menengah Dato' ahmad Razali hehehe ... rupanya Cik Lyna ni cikgu la. Cik Lyna memang selalu oder dengan kiranya kalau melalui FB Cik Lyna la orang pertama yang ambik tempahan Apam Polkadot dengan t banyak jasa Cik Lyna ni sbb tu la t buatkan Kek Karamel khas tuk Cik Lyna panas2 tau dah terpaksa angkat coz teksi dah sampai.
Selain 500biji Apam Polkadot Cik Lyna tempah Talam Kentang Berlauk gak, Yang paling best dengan loyang2 t bagi Cik Lyna pinjam hehehe bukan pe talam ni masih panas lagi so t xnak keluarkan dari loyang coz ianya still lembut. Xpe Cik Lyna nnt jangan lupa pulangkan utk t tau. So semua tempahan dah selamat t deliver nasib baik de jiran t yang bawa teksi t "book" dia tok jadi driver t. Thank Cik Maulud!
Dah habis bab pagi sekarang ni nak mengadap bab petang lak. Malam de lagi tempahan 100biji Apam Polkadot dari orang kampung sebelah. Siap suh tulis " Selamat Bertunang Liza & Ewan " janji nak datang kul 8.30 tapi tertido lak nasib telefon de kat telinga. So t tunggu ditempat yang dijanjikan mana la pulak makcik ni. Rupanya lain yang t cakap lain tempat yang dia tunggu pas tu nk salahkan t lak ishyyyy ... sabar je! Pe2 pun thanks. Cuma nak g tau makcik kl tengok dalam gelap memang nampak kelabu he tp cuba tengok tempat terang nampak jelas tulisannya.
9 April,
Kul 4pagi t dah bangun ajak hubby g Pasar Besar Jalan Othman cari santan Imah tempah Lapis Pelangi. Semalam t kepenatan sangat sampai xberdaya nak bangun dah almaklum la semalaman x tido nak siapkan tempahan. Nasib dah buka kedai santan so t pun mula buat Lapis Pelangi pas subuh semuanya siap alamak mengantuk lagi tido jap sementara nak tunggu kul 9pg.
Dah siap potong kul 9..15pg t kuar dengan hubby hantar dulu tempahan yang Imah buat den terus ke stesyen Keretapi Kuala Lumpur coz hubby naik bas kat ctu. Dah sarapan dengan hubby t balik umah jap ambik apam Polkadot 50biji nak deliver kat Bukit Raja second oder dari Jue. Sebelum ni xdapat jumpa Jue tapi hari ni t dapat jumpa Jue cantik orangnya. Thanks Jue! Kali ni t xsesat hahahaha .... xde kena daulat si Ros tu sbb t dah mandi air bunga wakaka...
Sebab mr hubby xde so pe lagi merempit la dr Bukit Raja ke Chowkit nak singgah kat Bake With Yen cari barang tapi xde la so kena g Bake With Yen Puchong la gitu. Jauh perjalanan t luas permandangan tapi sakit punggung la duk lama2 atas motor. Barang yg t nak de kat BWY Puchong so dah dapat pe lagi t balik dan tido. Ginilah akhirnya citer perjalanan t .....
10 April ,
Semalam syok layan FB sekali tu terima sms dari Zuraidah rupanya Cikgu gak kawan Cik Lyna. Nak tempah Apam Polkadot gak sebanyak 200biji dan nak t deliver ke Ampang Point. Bisa diatur kak! No hal memang kerja t memenuhi t permintaan customer. Kali ni t ajak mama bcoz mama bangun tolong t buat kerja pagi tadi alhamdullilah semuanya siap dan selamat t serahkan pada Zuraidah. Kak Zu cakap SEDAP hehehe ... kembang kucup jap perasan pun de kan!
Pas tu t bawa mama g sarapan pg kat Kg Baru tempat biasa t pergi dengan mr hubby. Mama makan nasi dagang n ikan tongkol bersama solok lada manakala t lak makan laksam je. So dah keyang kami balik rumah t pun tido la qado tido yang xcukup semalam. Utk semua yang membuat tempahan dengan t , TQVM !
Sekian, wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan