Tiga hari dah berlalu n dah masuk bulan Mac pun sekarang cm xcaya je! Seperti minggu yang lalu minggu ni pun t sibuk memenuhi tempahan yang datang tanpa diduga rezeki kali ni alhamdullilah memberansangkan sampai mama pun teruja hehehe.... Tiga hari terakhir bersama JCI semuanya huru hara. Hari pertama, menu sarapan pagi yg dh ditetapkan ....
Yang menjadi pilihan kali ni Pu3 Ayu dan Roti Goreng Sardin. Semuanya 80biji sejenis jenuh nak menyiapkan namun yang best sekali teruja sangat2 kerana pu3 ayu yang selama ni buat xpernah nak jadi akhirnya menjadi cantik je. Ni semua gara2 dah beli acuan baru akibat teruja lagi g beli tambah lagi acuan hahaha.... bukan t je yang teruja malah mama pun sama seronok tgk pu3 ayu ni xmelekat kat acuan.
Rupanya selama ni bukan salah adunan tapi salah acuan sebab tu kuih xmenjadi dan mengecewakan. T sendiri seronok apatah mama yang selama ni buat asyik melekat je. Roti goreng lak t buat bersama hubby hahaha... kl ni hubby yang janji nak tolong t buat roti goreng. Kami bangun kul 3pg dan buat bersama nasib ade hubby keja t jadi laju dan banyak masa dapat dijimatkan.
Yang bestnya buat kerja dengan hubby ni pengelek pun leh jatuh pas tu roti lak jatuh dah tu roti yang siap digulung pun leh jatuh lagi adooiiii.... baru je habis gelek roti xsabau2 nk goreng lak padahal roti yg digulung baru bape keping je isyhhh ..... i luv u hubby . Menu petang lak ....
Oleh kerana terkejar2 dengan masa yang de hahaha .... nak snap gambar pun xingat dah. Tapi kali ni atas permintaan mereka t buat kan sekali lagi Lompang Berlauk dan kuih Tepung Pelita versi dlm bekas plastik. Gambar koleksi sbelum ni je. Cuma kali ni Lompang Berlauk agak lembik xsama seperti sebelum ni.
Hari ke 2, menu sarapan pagi yang menjadi pilihan adalah,
Talam Kentang Berlauk ... first time t buat saje2 nak test market xsangka ada yang jatuh cinta padanya. So mereka request lagi sekali. Pd mereka yang teringin nak dapatkan resipi Talam Kentang Berlauk ni t minta maaf banyak2 t xdapat nk kongsikan. Tapi sekarang ni dh banyak kemudahan kl t leh usaha nak dapatkan resipi terbaru nape x korang pun buat sama. Nak cakap t kedekut pun xkisah la lagipun t ade hak untuk buat apa yang t fikirkan. T dah siapkan seawal pagi dah tu lak t bergegas dengan hubby ke Kota Damansara hantar Apam Polkadot yang ditempah oleh rakan FB KR. Yg membimbangkan hujan turun mencurah2 kul 5pg ... dalam hati t berdoa supaya hujan behenti la secepat yg bolh kerana t bimbang kereta akan meragam namum semuanya selamat!
Pengajaran ttg Apam Polkadot ni jangan la sesekali guna santan ye better guna susu sbb adunan lebih halus n warnanya lebih cantik dari kita guna santan segar adunan agak berat namun lembut warnanya memang kusam n pucat . Jangan buat lagi t! Menu petang tuk JCI kali ni menjadi pilihan mereka adalah karipap n donut. Pun t xsempat nak snap gambar yg sempat t snap saki baki gambar karipap comel2 hasil tangan mama yang dipantau oleh penyelianya cik t wakaka....
Gebu dan montok macam tuan yang membuatnya juga. Tapi kali ni karipap ni memang xmendatangkan masalah kerana t dah jadikannya produk sejuk beku. Banyak yg t belajar dari pengalaman yang t terima sepanjang 3hari bersama JCI tuk memenuhi tempahan. Menu hari ke 3 dan terakhir adalah ,
Samosa dan Apam Polkadot haaaa ... first time t buat samosa ni. T tunggu mama balik dari mengaji gak bukan pe hari ni t xde mood nak buat kuih xtau nape. Jenuh gak t buat dengan mama. Mula2 memang xcantik le sangat lama2 baru t tau cmne nak dapatkan cara yang betul tok Samosa ni. Inti mama yang buat t xde mood nak masak. Kami same2 lipat melipat samosa ni. Belajar buat dah lame tapi ni kali pertama t buat memang best.
Kepala mama terteleng2 melipat samosa ni. Pas habis t bakar untuk di "frozen" kan sekali lagi ni supaya kerja t menjadi lebih senang. Apam polkadot lak t buat selepas tu dibantu oleh Mr hubby. Thanks again t beruntung ade mama dan hubby yang sedia menolong selama t sibuk. So berakhirlah siri tempahan t bersama JCI pas ni xtau le t de rezeki lagi ke tidak dengan mereka. Tempahan berikut adalah tempahan mengejut datangnya dari jiran t yang skrg dh pindah dok kat Teluk Panglima Garang ... Cik Mi!
Cik Mi col t petang semalam tengah2 t syok meng"qador" tido. Terkejut t dengan permintaanya tapi t cuba penuhi gak.Katanya nak kek coklat sempena birthday cucunya hari ni. Dan apam polkadot 100biji tuk makan2 dengan family. Oleh kerana tempahan mengejut so idea yang de pun idea mengejut buat je la ape yang ade kat rumah ni. Sal menjadi dan selamat dimakan yang lain belakang kira laaaaa...
Kek pilihan t adalah kek coklat kukus yang disiram dengan coklat ganache yang xpekat xtau nape. Di tambah lak dengan hiasan bodoh dan merapu yang paling kelaka sekali tulisan Happy Birthday tu x nampak coz t guna warna merah sedangkan coklat tu dah gelap. Dan apam polkadot semuanya comel2 tapi yang pelik banyak la pulak berlebihnya. Xpe makan je kang jap2 lagi gerenti habis punye ...
So berakhir la kisah 3hari t yang kelam kabut. Pas ni de lagi tempahan yang perlu t penuhi namun t bersyukur sangat2 setelah sekian lama t berusaha akhirnya membuahkan hasil yang t sendiri xmenyangka sebaik dan sehebat ni. Utk staf JCI yang membuat tempahan dengan t dan juga kawan FB KR yang pernah membuat tempahan , t nak ucapkan terima kasih andai de terkurang t minta halalkan andai de xsedap bagitau la nanti t akan perbaiki kesilapan dan kekurangan itu.
Sekian, thanks n wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan