Yg follow t....

Sabtu, Februari 26, 2011

Lagi2 tempahan dr JCI ... n my FB frens

Salam,


Akhir t dapat gak berehat setelah bertungkus lumus buat kerja sejak semalam (khamis) kiranya ni N3 tertunda ye!. Awal pagi khamis t dh bangun kul 5pg nak siapkan tempahan dr JCI. T buat menu yang simple je. Pulut panggang dan Bingka Ubikayu.  Sebenarnya dah penat fikirkan kuih pe lagi yg dikategorikan dlm kuih jenis pedas.


Nak pecah pala t dan mama fikirkan, lgpun t nak jimatkan kos kl leh nak gunakan ape yang ade dalam rumah xnak lagi beli2 barang. Idea datang pun last minit je. T ajak mama buat pulut panggang dan mama suh belikan beberapa bahan tuk buat sambalnya atau inti kelapa pedasnya. Lagipun t nak tido cepat. Bingka Ubikayu lak t buat awal2.


Tuk makan petang t  buat pula Kaswi Nyonya bersama Cucur Badak. T dah sediakan awal2 lagi Kaswi Nyonya bukan pe kalau kaswi ni ianya perlu sejuk dalam tempoh lama lagi lama lagi sedap . Dapat gak t tido sekejap t bangun balik kul 11pg tu pun mama sms suh turun buat kerja tuk Cucur Badak. Ubinya t dah beli pagi itupun kecik2 je comel2 ubinya.


T guna inti pulut panggang tuk buat cucur badak. Mama dah lenyek ubi keledek gaul dgn tepung n t bentukkan masukkan inti sekali. Hubby lak dok megendeng nak makan Cik Mek Molek ade la baki 3biji so t buatkan Cik Mek Molek buat hubby.

 

Tugas hantar kuih t serahkan kat hubby so kebetulan tempat hubby kera dekat dengan ofis JCI nanti hubby akan singgah tuk hantar kuih sekali. Tapi kali ni t ikut sekali sebab t nak pinjam motor hubby t nak kena hantar Apam Polkadot kat Ampang malam ni. Balik t terus start buat kerja Apam Polkadot. Buat kerja sorang2 ni susah dah le budak notti demam merenggek kerjanya. Sian pun ade mama pun xsenang duduk. Tergesa2 t siapkan Apam Polkadot coz t janji dengan Lyn nak jumpa kul 8.30mlm namun jalan sesak tol itupun nasib baik t naik motor kl naik keta conform xsampai. Tu pun t dah lewat 10minit nasib baik Lyn xmarah. Minta maaf Lyn! Bukan salah t tapi salah jalan sebab sesak ... hehehe!


Tempahan dah bertukar tangan pun. Pas tu t singgah Giant kat Ampang Point li barang sikit den t singgah Pasar Chow Kit tuk beli santan alang2 lalu mesti singgah lagipun dah malam kedai santan kat rumah t pun dah tutup xpun santan mesti dah habis. Sampai rumah kul 10mlm t kemas2 dapur yg t tinggalkan bersepah kat2 kul 11.30mlm t naik ke bilik nak tido jap coz jap lagi nak ambik hubby.

 

Penat xhilang lagi tapi kerja xsiap lagi balik ambik hubby kul 2.30pg t terus sambung buat kerja nasib hubby sudi tolong t. Sekali lagi t buat Apam Polkadot start kul 3pg siap 6pagi itu pun hubby yang tolong kalau buat sorang lum tentu siap seawal ni. Tempahan apam polkadot kali ni untuk Imah dari PJ dia sms t tuk buat tempahan. Kali ni setiap kali tempahan t terima kat apam tu t akan tulis "terima kasih" tanda perhargaan buat mereka. Utk Imah, terima kasih atas tempahan tersebut.


T sambung kerja lak dengan menyediakan juadah tuk staf JCI kali ni menunya simple lagi t buat Pulut Pedas dengan Onde2. Kerja yang senang dah siap packing t ingt nak hantar baru nak kuar je kawan t dah datang nak ambik senang kerja t xpayah nak merempit pagi2 hehehe ... kuih dah setle, apam polkadot pun dah packing tinggal nak hantar je kul 11pg t. Masih awal mata dh mengantuk nk tido jap je. Bangun kul 10pg kuar g beli santan nak buat kuih tuk jamuan petang bagi staf JCI.


Nak jadi citer masa t kuar hantar kuih kat Imah t suh mama tengokkan t punye Lapis Pelangi tapi ... bila t balik Lapis Pelangi dah xjadi pelangi sedih tul! Mama ni memang la geram t ... tapi nak buat camne kan last minit t tukar menu dan gunakan pe yang ade dalam rumah so t suruh mama bancuh kan Tepung Pelita dan t kukus dalam bekas plastik. Dan saje gatal nak cuba buat Lompang Berlauk .


Pe2 pun menjadi gak menu hari ni. Comel2 je Lompang Berlauk yg t buat. Itupun dengan bantuan mama. Sebenarnya mama dah xnak buat tapi mane leh buat kerja separuh jalan. Dah buat kena terus buat jangan nak mengada2. Tapi t bersyukur kerana ade mama yang sudi tolong serta bagi pendapat dan ilmu yang mama ade tuk t. Lagipun mane lak tumpah kuah kl bukan kat nasi kan! Mama dulu pun cam t gak. Ambik tempahan kecik2. Acuan2 kuih mama nampaknya xsia2 la xterbuang coz t yg dapat.Ilmu yg mama de pun xkan dilupuskan begitu je. K la! Sekali lg t nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membuat tempahan dengan t. Buat Lyn dan Imah terima kasih dan t minta maaf kalau terkurang k. Minggu depan de citer lagi sal JCI t ingt kan tempahan hari jumaat tu yg terakhir rupanya tidak de lagi tempahan yg bakal menyusul ... tunggu citer t minggu depan k.



Sekian, wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan