Minggu yg lalu agak sibuk sikit bermula hari jumaat hingga la ke hari rabu sudahnya hari khamis tumbang wakaka! Demam la.... Hari sabtu jadual dah memang tetap sebulan t dah booking kelas tuk ambik Talam Part 2 dengan Chef Asma. Ni kali ke 2 t berguru dengan chef memang best la. Dah 2orang t berguru yang pertama dengan Kak Lina ( http://tudunglina.blogspot.com ) dan yang kedua Chef Asma http://chefasma.blogspot.com . Dua2 guru ni beza caranya.
(Kakak yg tudung hitam ni la yg tegur t hehehe... malu lak terpingga2 t!
Kakak tudung kelabu ni dr Shah Alam)
Citer semula tentang kelas yg t ikuti dgn Chef Asma, sonok sangat coz ramai kawan dapat berkenalan dengan orang baru dari tempat dan negeri yang berbeza. Ade dr Johor , Seremban malah ade gak dari kampung sebelah cuma kenal masa kat kelas je hehehe.... Yang best ye! De orang yang kenal t melalui blog t tp berjumpa masa kelas chef xsangka kan? T sendiri terpingga2 bila kak tu tegur t ( malu pun de gak ...)
(Kakak yang sebelah chef rupanya tinggal kat taman sebelah je ... baru t tau!
dan yang baju merah ni memang rajin bercerita)
Chef Asma ajar resipi yang terbaru, talam yg chef buat pun memg unik dan menarik nak makan pun sayang hehehe..... Kl org kata bayaran sebanyak RM180 mahal bagi t ianya berbaloi2 dengan pe yang chef bagi. Xrugi pe pun! Masa hands-on lak bukan buat sejenis setiap kumpulan dimana 1kumpulan terdiri 2orang peserta akan buat 2jenis talam yang berbeza. So kl peserta seramai 12orang dibahagi kepada 6kumpulan dapatla 12jenis talam. Sambil buat sendiri punye sambil tgk orang punye.
Teknik yang chef ajar tu la yang t nak belajar. Teknik yang penting kl setakat nk resipi memang leh search kat mane2 blog tapi teknik kita xtau. Masa mula2 join memang tercegang gak bila chef cakap " masak hingga naik wap" pe tu? Bila dah tengok dan buat sendiri memang tau le.
Teknik chef dengan cara mak kita buat memang xsama hehehe... kalau mak kita buat sukat dengan jari la cm ni la cm tu la kita lak naik pening sebab bila buat xjadi. Ilmu dan idea yang chef bagi pun banyak malah sambil belaja t boleh gak dapat idea. Bukan setakat teknik chef ajar gak cara nak potong talam mengikut saiz dan juga cara nk buat packging yang sesuai.
( Tesktur yg cantik dan teknik merata dengan betul)
Teknik chef dengan cara mak kita buat memang xsama hehehe... kalau mak kita buat sukat dengan jari la cm ni la cm tu la kita lak naik pening sebab bila buat xjadi. Ilmu dan idea yang chef bagi pun banyak malah sambil belaja t boleh gak dapat idea. Bukan setakat teknik chef ajar gak cara nak potong talam mengikut saiz dan juga cara nk buat packging yang sesuai.
Sekarang ni ramai yang dh ikuti kelas chef, so ramai le kuih yg same so t kena la buat kuih yg de "signature" tersendiri. Biar orang kenali t dengan jenama sendiri. Inilah impian t. Sebab tu la kl chef nak buat talam part 3, 4, 5, 6 ...... t akan join bcoz kelas talam yang chef anjurkan ni memang best memg xrugi pe pun. Nak bergambar dengan chef pun dah xsempat coz teksi dah menunggu lagipun kelas habis lambat leka tengok chef potong talam. Kepala pun dah sakit ni! Pada kawan2 yang same2 join jangan lupa colling2 ye kl lawat blog t jgn lupa tinggalkan pesanan kadang2 t terlepas pandang.
( Inilah hasilnya.... selebihnya g la join kelas chef)
Sekian. Wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan