Sebenarnya minggu ni saya dh bz sangat. Mane nak kerja lagi pastu wat partime membanci lak biasa la ikut kawan lagipun boring dok umah husband keja blik time ayam berkokok. Tempahan lum rancak lagi. Ni nak pesan kat semua rakyat Malaysia yang membaca blog saya ni , tolong berikan kerja sama kepada kami Pegawai Pembanci ye. Kami ni nak tolong memajukan negara dengan adenya statistik yang kami kumpulkan ni dapatla pihak pemerintah melaksanakan sesuatu dengan berjaya. Berikan kerjasama ye!!! Janganlah dah tinggalkan notis pun masih buat tak tau je penat kami nak mengulang ke rumah tiga empat kali.
Lupakan pasal banci, jom citer sal tempahan yang saya terima minggu ni. Hujung minggu yang lepas ade tempahan sbanyak 3 loyang dari majikan suami saya. Katanya nak buat kenduri kawen. Pilihan dia Talam Keladi seloyang manakala Talam Tokyo 2 loyang. Pada awalnya cadang nak buat kul 12 malam tapi badan ni penat sangat. So nak rehat jap tido hilangkan penat dulu.
Bangun kul 5 pagi tok siapkan tempahan ni itu pun tido beberapa jam je. Mama pun nak Talam Tokyo so kena wat lebih jadi kesemua nya 3 Talam Tokyo dan 1 Talam Keladi tapi memandangkan customer pertama dan dia nk wat kenduri saya buatkan Lapis Ubi Kayu free sempena bulan Rejab ni sedekah la sikit.
TALAM KELADI - RM24 (sloyang 10x10)
Sbenarnya ni gambar koleksi yang dulu. Bukannya tak sempat ambik gambar tp hp saya virus dah menyerang habis semua koleksi gambar saya hilang namun nasib ade koleksi yang saya save dalam pendrive. Tp memang xpuas hati ni. Camne lak ade virus hbis semua koleksi gambar dan muzik saya hilang sekelip mata je.
LAPIS UBI KAYU - RM26 (sloyang 10x10)
Yang mendapat sambutan sekarang ni adalah Talam Tokyo. Ade yang kata unik dan beza dari keluarga talam yang sedia ade.Sekali makan pasti ade yang akan jatuh hati punye. So semua tempahan dah saya siapkan masa untuk sambung tid balik coz nnt nak sambung kerja membanci.
TALAM TOKYO - RM26 (sloyang 10x10)
Sekali lagi, pada sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh hubungi saya. Andai kata harga saya agk tinggi pe yang boleh saya cadangkan cuba sekali dulu kalau sedap dan puashati harga bukan lagi menjadi persoalan kan. Pe2 boleh hubungi saya. Pada orang yang membuat tempahan minggu lalu terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya k.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan