Yg follow t....

Sabtu, Mac 09, 2013

Luk Chup ... hok comei!

Assalammualaikum ...


Kali ni nak bercerita sedikit tentang Luk Chup manisan yang terkenal dan popular dari negara Thailand. Kalau ikut istilah "Luk" maknanya buah manakala "Chup" celup. Itu bahasa yang diterjamahkan oleh hubby la. Sejak akhir2 minggu ni ty dok sibuk dengan Luk Chup yang ditempah oleh sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dalam seminggu ty ulang alik ke hotel tuk delivery 3kali. Adeh ... letih dibuatnya habis kerja di tadika sebelah pagi terus merempit. Kalau hari yang ty xwat penghantaran pulak biasanya ty akan wat persediaan bahan2 mengentel dan membentuk kemudian mewarna akhir sekali menyelup agar.


Kalau masa ty p belajar dulu ia menggunakan kacang dhall yang telah dikisar halus namun dari respon pelanggan yang pernah makan luk chup asal dari Thailand katanya menggunakan kacang hijau yang sebenar lagi sedap.Lalu, ty survey tengok youtube memang kebanyakkannya menggunakan kacang hijau yang dikopek kulit, dikukus kemudian dikisar dan dimasak. Ok, ade yang ty citer je secara lisan bila dengar bahan2 yang digunakan katanya sedap. Ade yang ty dah bagi rasa katanya seperti kita makan bubur kacang hijau sahaja. Pelbagai reaksi ibarat kata pepatah "Lain orang lain lidahnya".


Proses penyediaan luk chup ni memang renyah serenyah2nya. Leceh seleceh2nya. Bayangkan la untuk menyiapkan 100biji luk chup je mengambil masa selama 3jam membentuk sahaja itupun kalau yang tukang bentuknya 2orang itupun mama hanya pandai membentuk buah yg jenisnya bulat2 je. Dah bentuk pulak kena warna kan satu persatu dengan teliti sekitara 1jam setengah baru siap. Tunggu kering pulak baru boleh celup dengan agar2 kalau xberkilat kena celup sekali lagi. Memang renyah maka xhairan harga pun mahal. 


Untuk makluman semua jika sebelum ini harga Luk Chup adalah RM0.50sebiji setelah dikaji dan dirunding diteliti proses pembuatannya dikira pula bahan2 yang digunakan pula maka dengan ini berkuatkuasa bulan Mac 2013 harga sebiji luk chup adalah 

RM0.90sebiji 
(minimum order 50biji)

Ty nak minta maaf pada mereka yang pernah menghantar sms atau menghubungi ty sebelum ini bertanyakan tentang luk chup namun ty xbalas malah membisu sebabnya ty xsihat selama beberapa bulan. Kali ni ty buka tempahan untuk Luk Chup kalau nak rasa anda boleh bagitaw ty. Bagi yang tinggal atau bekerja area Pusat Bandar Kuala Lumpur anda boleh berjumpa dengan ty pada hari isnin, rabu dan jumaat kerana pada hari ni sahaja ty membuat penghantaran ke hotel tersebut. Yang berminat untk membuat tempahan sila maklumkan pada ty sebaik2nya 5hari lebih awal. Insyaallah kalau di izinkan dan ada permintaan untuk kelas Luk Chup ty akan pertimbangkan untuk melaksanakannya. Ty pun tengah cari tempat untuk ade kan kelas.

Sekian , wasalam!
TY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan