Yg follow t....

Rabu, Mac 20, 2013

JJCM ... Padang Bezar, Thailand - Part 1

Sawatde kha!

Hahahaha talk thai pulak padahal sepatah dua je yang ty reti. Sawatde kha (Selamat Datang) , Khop Khun Kha (Terima Kasih) & Kha (Ya), Me Aua ( Tak mau) kikiki! Ni je la yang husben ajar sepanjang masa berkawan, bercinta dan berkahwin. Kalau ikutkan la dah fasih pun tapi husben ty ni dia sendiri x ingat perkataan bayangkanlah buku resipi yang dia beli kan tuk ty dalam bahasa Thai dia minta kakaknya tolong terjemahkan. Isyhhh3 ... xpatut kan? 

Yahoo ... dah sampai Stesyen Keretapi Padang Besar , Perlis.

Nak citer tentang perjalanan ty ke Padang Bezar Thailand pada bulan September 2012 yang lalu serta Februari 2013. Ty ni memang suka berjalan. Kalau duit dalam bank berkepuk2 memang xreti la nak dok KL. Ty suka berjalan tempat orang kalau boleh g negara luar lagi la ty suka sebab ty boleh cari ilham untuk wat sesuatu yang ty suka. 

Stesyen Keretapi Padang Besar, Perlis sedang dinaikkan taraf.

Sebenarnya tempat sendiri pun ty lum habis jelajah saje mengedik suka p tempat orang. Perjalanan pada bulan September 2012 ty menaiki keretapi Xpress Senandung Langkawi. Betui ka?! Lambat la naik ketapi ni panas punggung pulak rasanya 13jam perjalanan. Bulan Februari 2013 ty naik bas 8jam perjalanan he3 ... best walaupun mahal berbeza dengan tiket ketapi tapi lega la xde la panas punggung.

Pintu keluar Malaysia menuju ke Sempadan Thailand. 

Dah cop paspot ... ni suasana pintu keluar sempadan Malaysia.

Suasana jalan di Padang Bezar, Thailand. 

Wahhh ... dah terasa angin sempadan ni. Memang tergedik2 nak p sebab dah lama x berjalan2 dengan hubby. Bak kata pepatah " orang mengantuk disorongkan bantal " tapi ape kaitan pulak dengan bantal ki3! Hubby offer ty bercuti setelah penat bekerja menyiapkan tempahan. Memang pucuk dicita ulam mendatang la tapi nak save bajet bulan September 2012 kena naik ketapi je.


Tempat kami menginap  BERLIN HOTEL yang diuruskan oleh orang Islam. Masuk je xkan nampak patung buddha punye. Bilik pun selesa sangat. Memang hotel ni tempat kami menginap setiap kali ke sini. Orang yang jaga tu pun dah kenal kami ki3!

Oleh sebab kamera tetinggal dalam hotel nak patah balik buang masa xdapat la ty nak kongsi citer menarik tentang pasar Ahad di Padang Bezar ni ... tunggu part 2 de citer sal pasar k. Selain pasar pagi Ahad, tempat wajib ty singgah apabila berada di Padang Bezar, Thailand adalah Padang City Centre. Kat sini memang terdapat pelbagai keperluan pekakas dapur tuk orang macam ty ni. Harga pun boleh tahan murah kalau dibandingkan dengan di Malaysia. Kalau hujung minggu yang pasti ramai orang2 Malaysia yang tinggal bersempadanan datang shopping kat sini. Percaya x? Cuba tengok plat keta kat depan PCC ni. 


Sebenarnya ty dok usha periuk kukus cap buaya ni. 3tahun lepas ty beli harganya baru RM80 la ni dah naik RM120 kiranya setahun naik hampir RM10. Fuhhh !!! Kalau kat area KL@ PJ tempat ty tinggal harga periuk kukus cap buaya ni yang bersaiz 40cm RM2++ hampir la mencecah RM300. Jauhkan bezanya. Sambil tu dok usha termos ni. Nak beli la kot2 nanti de kenduri kendara senang nak buh nasi atau sup kan. Satu lagi ty berkenan kat pemanggang ni boleh guna tuk masak pulut panggang kan? He3! 

Giler wey gi sini ... cam2 nak diborong tapi bajet ciput je.

Usha yang besau2 tapi belinya yang kecik2 je ki3! Kesian pokek kosong tu pasal la ambik barang yang kecik2 je. 

Spatula, pisau pemotong agar2, sudu sukatan dan satu lagi xtaw ape nak panggil maaf ye!

 Sebenarnya masa ni ty tertinggal kamera dalam hotel tu pasal la xdapat nak ambik suasana pasar pagi ahad. Insyaallah ty akan tunjukkan gambar tersebut pada Part berikutnya ok. Bereh!Ni gambar petai yang mama kirim macam la kat Malaysia xde jual petai mak ty ni. Tapi bila musim harga petai disini memang lebih murah. 


Ty ni kalau jalan2 tempat orang suka tengok makanan mereka. Tapi awas bagi pengidap kencing manis. Anda tidak digalakkan mengikut nafsu kerana anda akan menyebabkan diri anda sakit kelak. Ki3!Makanan kat sini memang sama la seperti makanan orang Kelantan kita semuanya manis belaka. Tengok warna cantik tapi rasanya gula je taw. Percaya @ tidak kalau dah pernah p faham la sendiri kan? 

Rojak 

Sate ... yummy!

Makanan kami sebelah petang ... sebab dah terlampau lapar punye pasal dah tu penat berjalan kami singgah makan sate dan rojak. Ty pulak suka minum air nanas yang dijual kat kedai ni.


Anak gajah ni mai dari Utara Thailand. Kata hubby diaorang ni xde show tu pasal turun ke Selatan Thai tuk cari duit. Tengok tu anak gajah tu memang xreti bahasa ade ke patut p buang tang tu jugak isyh3! Kalau nak cuba bagi makan boleh la beli tebu tu 3kerat 20baht. 


Alang2 anak gajah depan mata ape lagi mari bagi dia makan sian pulak mai dari jauh. Sabaq la anak gajah ty nak possing ni. Jangan dok kalut sangat nu. Tengok la penjaga anak gajah tu xpakai selipar pun kalau sekali tengok depa ni cam orang asli pun ade gak. 

Time makan dah sampai ... jom layan betapa kami ni suka makan kalau mai sini. Lepas makan kami melengkor cam ular kekeyangan .

Mai ... kuih2 10baht sja pilih mana suka!

Semuanya manis je awas pengidap kencing manis. Ambik bau je k!

Tu dia husben ty dh stat borong pencuci mulut. Ni memang cara dia kalau makan mesti nak ade pencuci mulut. 

Suasana petang di Padang Bezar ... Thai!

Bubur!
Pilih je mana satu berkenan ... hanya 10baht je. Sedap sudah tentu yang pasti manisssss.

Ty suka lepak kat kedai kakak ni ... saja nak perkena Teh Aisnya tapi kalau sekali dah minum pas tu ty xminum lagi. Manisnya wahhh cukup tinggi tuk kencing manis ki3

Jangan ingat kat Malaysia je ade Ice Blended ok. Sini pun ade murah je hok tinggi ni 25baht tapi manissss wey manis sangat ape susu tumpah ke gula tumpah ni. He3!

Suasana sebelah malam pulak ... kami dok jalan2 cari makan lagi. Lepak kedai tepi jalan nisambil tengok suasana malam yang riuh rendah dengan penduduknya.

Khao Mok Gai ... ( Nasi Minyak Ayam ) b cakap hok ni taukenya jual sejak turun temurun . Kalau tengok ramai orang dok beratur membelinya. 

Makan malam pilihan ty ... magi goreng. Dah kekeyangan kami pun balik dan tido seperti yang ty cakap kan tadi la ibarat ular yang kekeyangan . 

Suasana pagi di Padang Bezar, Thailand cuba tengok arah bukit bukau tu huhuhu sejuknya. Jom sambung jalan2 cari makan hari ni last day sebelum balik naik train petang nanti.


Hubby cadang nak tampal gigi la konon ... ty xcaya la ni klinik gigi biar betul xnampak cam klinik pun walaupun tertera kat luar tu Padang Dental. Isyhhh doktor ni de kelulusan ke tidak? Tapi xjadi pun tampal sebab doktor tu banyak songeh hahahaha memang la banyak songeh awak pun sama je xmau dengar cakap nurse yang dah jaga awak selama berbelas tahun ni. Padan muka!


Banyak kedai kalau nak perhabis kan duit mari la! Macam2 ade ... duit je kena tebal k!


My favourite ... Laksa lemak tengok tu rebung nya sedap sangat. Ulam2 yang fresh sebekas tu tuk cik makan tau. Laksa ni lemak2 pedas tapi berapi huhuhu sape xtahan xpayah makan. Mama kalau makan ni menanggis la.  Laksa thai ni halus dan dijual fresh dari pasar. Ni memang kedai laksa feberet ty. Xde tempat lain yang boleh menambat hati ty melainkan kedai ni.


Ulam2 untuk dijamah bersama laksa de pucuk (gajus) ketereh , kacang panjang, tauge, timun, sayur jeruk de satu lagi ulam pucuk ape pun ty xtaw tapi masam2 . Semuanya tuk dimakan bersama laksa thai.


Air pilihan ty Abc tapi kalau la nak taw xboleh lawan abc yang ty makan kat YALA, Thai. Memang sedap xsetanding dengan tempat lain. 


Alamak ... kuih lagii hubby memang xleh nampak orang jual kuih ade je nak diborongnya. Katanya tuk pencuci mulut. Dah la tu kami pun balik ke hotel. Pe lagi kami ni dah jadi cam ular sawa kekeyangan la. Time to rest dan kemas2 tuk balik nanti sebelah petang sambung makan lagi ki3!


Kedai Sup Pattoni ni tempat kami makan tuk tengahari. Xmau la singgah sebabnya kedekut ki3! Walaupun makanannya nampak menyelerakan tapi hubby membebel tokei kedai ni kedekut. Tengok la maggi celup yang hubby order tu sayur tah pe2. Ty pulak makan maggi goreng adoiii sebenarnya xtau ape nak makan lagi.



Sayur kailannya ade yang kuning pun dibubuh dalam maggi goreng ty ni memang la kedekut tul tokei ni. 
Dah la pas ni kita black list k hubby. Sekarang masa untuk shopping time. Jom pusing2 cari barang @ cuci mata.

Kedai baju ...

Kedai ni pulak kami selalu masuk kalau kami nak beli makanan ringan untuk dibawa pulang nanti. Tokei kedai ni dah kenal ty pun hahahaha. Tokei kedai ni fasih bahasa malaysia, senanglah nak berurusan dengan dia.

Kedai kasut .. wahhh cantiknya sandal perempuan ni ty bekenan yang putih tu tapi dah beli hok lain lain kali mai lagi la tengok kot2 de yang terbaru.

Hubby pun sibuk nak beli jugak ... shopping yang terakhir buat kami pas ni kami nak balik hotel kemas2 mandi manda rehat tuk bergerak kuar masuk malay. Wahhhh xpuas lagi la dok sini.

Dah gerak kuar ... naik motor je. 

Pintu keluar sempadan Thai - Malaysia, masa tuk cop paspot kat Imigresen Thai.

Dah sampai sempadan Malaysia ... so welcome back !

Jalan masuk ke pintu masuk Imigresen Malaysia. 

Sempat lagi ye nak bergambar hubby ty ni. Tengok la kiri kanan de barang hahahahaha. Kalau duk seminggu mau sewa kontena.

Kalau naik tren memang akan jumpa la sedara mara atau orang kampung atau kawan2 lama. Hok ni yang baju belang2 tu sepupu hubby. Kami ni sedang berehat di kantin Stesyen Keretapi Padang Besar, Perlis.

Ramai dah tunggu tren yang xtiba2 ni ...

Landasan ni baru je dipasang ... kan diaorang nak wat keretapi laju x lama lagi siap la.

Dah masuk pun dalam perut tren ni ... ramai gak yang tercari2 tempat kami dah dapat pun. Banyak jugak kerosakkan dalam tren ni. Isyhhh ... nak kena wat adunan ni sebab tiada keselesaan. 

Time nak balik la dia sibuk nak interframe ... TH GSM dah le ketapi ni pun lambat mai. Kami selamat sampai KL Sentral sekitar kul 10pagi setelah menempuhi perjalanan dengan ketapi selama 14jam huhuhu kembang buntut ty. Dengan pelbagai ragam manusia yang silih berganti. Ade lagi kisah selepas ni sepanjang perjalanan ty ke Padang Bezar Thailand lagi ... kali ni citer sal pasar Ahad pulak kenapa ty suka ke sana. 
Tungggggguuuuuuu .... Part 2!

Sekian, terima kasih!









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan