Yg follow t....

Sabtu, Ogos 20, 2011

Kisah tempahan yg lalu ....

Assalammualaikum ,

So , camne dengan puasa ni ok ke? Ada yang dah kantoi? Ade yang penuh terawihnya? Pe2 pun ibadah puasa ni bukan selalu kan hanya sebulan dalam setahun je. Malah bulan Ramadhan ni banyak kelebihannya dari bulan2 biasa. Jangan lupa ye 10 malam terakhir Ramadhan kita sama2 mencari LailatulQadar jangan la ade yang mengejar Lailatul "Kamdar" lak hehehehe ...


Pejam celik dah masuk minggu ke 3 dibulan Ramadhan dan minggu ni agak sibuk sikit. Alhamdullilah tempahan pun amat menggalakkan terutama talam. Ty suka sangat apabila talam mendapat sambutan xkisah la kalau terpaksa bersusah payah tapi ty suka sangat usaha ty selama ni xsia2. Thanks pada mereka yang pernah membuat tempahan dengan ty ye. Selain itu, ade juga penambahan menu baru ye. Boleh tengok pada column sebelah kanan yang terdapat perkataan "TERBARU". Insyaallah dari semasa ke semasa ty akan menambah pelbagai jenis produk lagi. Selain itu ty pun dah mula menggunakan pelekat baru yang ty tempah dengan Bisnes Link, thanks to Aishah from Bisnes Link. 


 Berbaki 10hari je lagi menjelangnya raya. Persiapan pun ty xbuat. Biskut tuk customer pun ty xbuat lagi hahaha ... walaupun xbanyak tapi jadual ty bertindih tu la masalahnya rancang lain jadi lain hehehehe ... sekejap rasanya kan. Sepanjang minggu ni ty pun sibuk dengan tempahan yang diterima alhamdullilah la ade gak. Yang bestnya usaha ty untuk memperkenalkan talam berhasil juga. Talam ty sudah mendapat sambutan best betul! Selain itu de gak tempahan biskut raya walaupun ty xkuarkan sampel tapi masih de permintaan dari customer lama. Jom la kita tengok tempahan yang ty terima sepanjang minggu ni ....


14 Ogos , tempahan ty terima dari Azira Bukit Jalil. Cam biasa la tempahan AP masih mendapat sambutan gak. Thanks Z! 


16 Ogos lak, tempahan dari Zulita Basir dari taman sebelah je hehehe , kak Ita tempah 2loyang talam antaranya Serimuka Pandan dan Lapis Pelangi untuk diberikan kepada Surau yang berdekatan dengan umahnya sempena jamuan moreh selepas terawih. Thanks kak Ita!


Selepas berbuka puasa pula ty deliver AP pada Kak Norlida yang tinggal di Bentong. Actually kak Lida ni kawan FB ty. Yang bestnya sebagai tanda persahabatan kak Lida hadiahkan ty coklat tapi kan ty xsempat makan cuma sempat tengok je. Hubby makan ty punye coklat geram tullll !


17 Ogos, tempahan ty terima dari Kak Niza yang menetap di Taman Ibu Kota, Gombak. Kali ke 2 kak Niza membuat tempahan dengan ty. Pe yang ty tau kak Niza ni sebenarnya mengusahakan katering tau. Kali ni kak Niza menempah Serimuka Pandan, Lapis Pelangi, Popia Comel n Cucur Badak. Thanks kak Niza!


Alang-alang ty dah datang ke Gombak, Sifu Lina Mohit pun tumpang menempah gak. Kali ni Sifu request AP tapi dek kerana sibuk dengan tempahan Kak Niza ty buatkan AB je tuk sifu dengan filling kacang merah. Macih sifu!


18 Ogos lak, ty terima tempahan biskut raya yang ni La kawan hubby request nak cepat sebab La nak balik Kelantan dah. Ty pun xsempat nak berkenalan dengan La ni. Namun xsangka la sesangat yang La beri peluang pada ty tuk membuat biskut.  So ty buatkan Tart Gulung, Biskut Kelapa Pandan dan Biskut Amous. Macih La!


Pada sebelah malam lak, ty sibuk siapkan tempahan dari Azi  yang merupakan regular customer ty. Tempahan Azi seperti biasa AP adalah wajib namun kali ni Azi nak cuba Cistat Blueberi n Stoberi. Sonok gak buat cistat ni yang paling best bila lukis hehehe .... thanks Azi! Ty deliver pada Azi kul 11.30malam mami teman tapi kami naik motor je.


19 Ogos, sekali lagi Kak Niza membuat tempahan dengan ty kali ni 2loyang iaitu Serimuka Pandan dan Lapis Ubikayu. Ty deliver kul 2ptg sebabnya kak Niza nak keluar cepat. So, sekali lagi thanks Kak Niza. So, pada semua yang telah membuat tempahan dengan ty sepanjang minggu ni ty ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan kalian pada ty. 

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan