Salam,
Dah lama t x post n3 pas ni byk le kena update. Menyepi sebenarnya bukan pe kat dapur memang bz sampai tido pun xmenentu masanya. Tempahan datang pun xtentu masa kang ade la tempahan emergency nk tolak sian lak kata orang " dah rezeki jgn ditolak". Ade gak masanya nak buat tempahan rushing g tengok demo balik lak sambung balik kerja. Tapi pe2 pun sonok sebenarnya xde la t dok termenung. Bukan tu je, t nak cari sesuatu yang baru sempena menjelang 1tahun usia blog t hehehe ... insyallah ade pertambahan produk .
Penghujung Mac memang xde tempahan sangat boring le xterhingga so ingatkan sempena ulangtahun kelahiran pada 31 Mac nk le sambut dengan hubby rupanya tidak. Tempahan dari Cik Lyna John dah masuk. Mula-mula 800biji je kira ok le tu, besok lak tambah lg 200biji "no hal kak".Dah malam Cik Lyna msg lg "Plz t tambah lg 100biji" hehehehe ... t gelak je la. Xpe t tunaikan permintaan Cik Lyna coz my first customer tuk Apam Polkadot ni. T terima sms dari Kenix yang kerja kat Mutiara Damansara pun nak Apam Polkadot gak sebanyak 200biji. Kenix pernah makan dari Imah kira Kenix ni kawan Imah kot, t pun xtanya sangat.
Huru hara dapur t, dengan xcukup tido pas tu g hantar Apam Polkadot kat customer baru yg dok kat Bukit Raja, Klang dengan sesatnya cukup... memenatkan. Ingat kan start awal leh siap awal ... wakaka xsempat gak tido jap pas tu bukan je mama malah hubby pun turun padang gak tolong isteri dia. Thanks hubby! Snap gambar pun dalam keta je dah xsempat la. Semua selamat t buat walaupun tunggang langgang jadinya . Hubby teman t mula2 kami ke Mutiara Damansara dulu coz Kenix tgh tunggu kemudian baru ke Ampang. Pe2 pun perjalanan yang jauh tapi kami tetap sempat sampai ke Ampang kul 12tghri. Utk Cik Lyna John, terima kasih ye......
Semuanya dah selamat, balik nak kemas dan nak sambung buat kerja lain lak. De orang tempah kek adooiiii ... penat lum hilang lagi tapi malam baru nak ambik. Sebelum ni nak kena fikir sal apam polkadot dan idea pe nak hias kek so sekarang ni kena fokus pada kek lak. Dah pernah buat sebelum ni dan customer ni nak yang same cuma nak bentuk bulat kalau sebelum ni dia prefer bentuk hati. So senang la kerja t. Pilihan jenis kek masih Coklat Moist.
T mula lambat coz badan dah penat sangat le. Tapi t tetap siapkan cuma lambat je. Kek yang menjadi pilihan customer kali ni Coklat Moist nak buttercream warna pink. Puas gak t fikir boleh la buat je janji jadi so t pilih tuk tuang ganache den t buat bunga lagipun kek ni xsilap t tuan yang ode nak bagi kat wife dia so better buat bunga kit. Huruf lak t guna chocolate mould dan gunakan coklat masakan putih tok hiasan. Tapi lama gak nak siapkan huruf ni.
Semuanya siap walaupun dah lambat. T terpaksa coll suh customer datang ambik coz t dah xlarat nak g hantar. Hopefully tuan yg membuat tempahan ni puas hati la kan? Semua dah siap nak tido besok de tempahan apam polkadot nak t siapkan lak.
Apam polkadot ni tuk Imah . Actually dah banyak kali Imah tempah dengan t. Thanks Imah, ni dia 100biji Apam Polkadot yang Imah oder tuk kawan. Thanks Imah!
Sbenarnya pagi2 lagi t de terima sms dr sorang customer yang dok kat Ampang t pun xtau namanya. Dia nak kan Apam Polkadot sebanyak 150biji kul 3ptg. Mak oiii!!Cepat tul t punya barang pun banyak yang dah habis sambil hantar kat Imah kang t dengan hubby akan terus g KL li barang mesti balik lambat kat umah lagipun petang ni t memang dah de tempahan Apam Polkadot gak sebanyak 100biji oleh Cik Zoyah tuk diberikan pada kawan baiknya Cik Ton sempena majlis kenduri doa selamat.
Kelam kabut gak tapi sempat gak siap cuma kak yang dok kat Ampang tu t minta jasa baik tuk jumpa kat Ampang Point coz rumah dia jauh sangat nasib baik dia setuju tp kali ni t bernasib baik coz dia berada kat area Bangsar so senang la kerja penghantaran t cuma lambat je. Maaf ye tapi pe2 pun semuanya selesai.
Sambil2 menyiapkan Apam Polkadot sempat gak buat Kek Karamel ni permintaan mama nak bagi kat kawannya. Dah 2kali t buat kek karamel dimana permukaan atasnya licin dan cantik je dan 2kali mama puji t. Kalau banyak kali kita buat lama2 kita kan tahu yang mane baik dan yg mane tidak.Tapi t memang tabik pada diri sendiri kali ni memang t punya Kek Karamel menjadi le sangat2. Habis dah tempahan t tuk hari sabtu tapi tempahan hari ahad sedang menanti. Pada yang membuat tempahan t ucapkan berbanyak2 terima kasih ye!
Sekian, wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan