Yg follow t....

Ahad, April 24, 2011

Oder3 ... Semalam, Kelmarin dan Kelmarin

Salam,


N3 ni lambat kit t post alahai sibuk sikit dengan tempahan yg diterima. Hr ahad ni cuaca mendung je sampai terlajak tidor t hehehe .... 3hr yang lalu agak sibuk sikit. Bermula khamis petang dibawa ke jumaat sampai la hari Sabtu. Petang2 semalam baru la leh rehat2 kan badan.

   

So t nak kongsikan sal tempahan yang t terima pada hari Khamis yang lalu selesai je tempahan dari JCI, Cik Lyna sms minta t buatkan Apam Polkadot yg patot besok ambik tapi nak ambik malam ni hahaha .... request dari student katanya tuk Netball Game hari jumaat. Alahai ... permintaan Cik Lyna ni t xleh nak tolak cuma t minta izin Cik Lyna mungkin t leh deliver sebelum kul 10malam la. Cik Lyna cakap no hal, so t pun start la mengadun Apam Polkadot. Siap kul 9mlm so kul 9.30mlm t deliver ke Ampang 400biji semuanya siap simpan dalam beg lagi kul 10.30mlm bru Cik Lyna sampai, so setle semuanya xsabau nak balik rumah.


Sampai rumah kat2 kul 11lebih ye la singgah beli telur jap. Balik je terus sambung buat Samosa lak nasib t dah potong kulit awal2. Inti mama dah siapkan so t balik tuk gulung je la. Sonok gak wat samosa ni , dah siap t bakar cadang nak frozen tapi peti sejuk tang freezer penuh sangat alamak! Leceh tol nak wat cmne ye? Mata dah mengantuk ni kang kul 5pagi nak bangun siapkan Apam Polkadot lagi.


Bangun kul 5pg tuk siapkan Apam Polkadot utk dihantar kul 10pg kepada Sara di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sara ni customer baru t. Sara tempah 200biji Apam Polkadot dan tenghari nanti de gak tempahan 100biji Apam Polkadot dari Sabrina kawan t sempena kenduri arwah ayahnya pada petang pas solat jumaat. Masa dok sibuk buat Apam ade col dari kawan mama nak tempah talam yang paling terkini. Boleh Cik Nani! 


Alamak ... terlajak tido sebab mengantuk sangat ni. Cuba tgk jam kat gambar tu dah kul bape? Hahaha t promise dengan Sara nak hantar kul 10pg tapi ni sempat ke ni. Ni kena speed tul2 laju la nampak gayanya. Tapi t dah g tau Sara mungkin t lewat kit la semalamnya. Sampai kul 10.18pg oopppssss ... Maaf ye Sara! Rupanya Sara ni cantik orangnya. Manis gitu! Thanks Sara harap2 xserik tempah dengan t. Yang 100biji lagi t hantar lewat sikit coz t nak siapkan tempahan petang dr JCI. 


Rushing ni nak siapkan tempahan dari JCI, tuk hari terakhir ni tempahan yang di buat adalah Samosa dan Donut. Pada awalnya hanya 20biji setelah itu ditambah 10biji lagi jadinya 30biji. Seperti yang t dah maklumkan Samosa t dah siapkan semalam so t nak kena buat Donut la. Nasib baik de mixer besar ni xde la penat t nak menguli donut, mama lak jadi tukang goreng. Nasib semuanya siap tepat pada masanya dan telah selamat t deliver pun. Thanks again JCI!

 

Dah pun selamat semuanya, tapi lum leh rehat lagi nak bersihkan pinggan mangkuk yg bersepah pedih mata ni dok tengok dapur cam kapal pecah hahaha .... mata pun dah layu je nak tido tapi nanti dulu. Mama g Majlis Bacaan Yasin kat rumah Sabrina balik mama g tau ade orang nak tempah Talam besok pagi. Rezeki lagi! Boleh tapi t rehat dulu ye. 


Terlajak tido sedar2 dh magrib masyallah! Santan tuk buat talam lum g beli lagi kl g pun conform dah habis. So terpaksa la t merempit ke Chow Kit tuk beli santan itu je tempat yang t sure ade jual santan time malam2 gini. Merempit guna motor papa tapi selamat balik t pun prepare la tuk start membuat talam. Kali ni t pilih TALAM MAK DARA. Pas tu t buatkan KOLEH KACANG loyang kecik tuk Cik Nani coz sebelum ni dia nak rasa sangat tapi t bz. Siap semua sekali dalam kul 3pg. Alamak hari Sabtu petang de oder lagi nk kena buat. Gambar pun xsempat nak snap hahahaha .... tgk gambar fail je!


Tuk petang ni tempahan dari Intan yang dok kat Batu Caves, jauhnya! Xpe2 bak kata Intan pas hantar leh g shopping kat Giant hehehe pandai Intan agak. T dah lewat sangat selalu taget salah hehehe .... nasib husben xkeja hari ni. Tengok la berpeluh kek karamel t. Leh la g merempit dengan dia. Sampai je nak mendung. Intan ajak naik rumah peramah tul Intan ni. Sonok sebenarnya dapat jumpa customer. Intan cakap nak wat makan2 kat rumah mak ... harap2 mak Intan pun suka lak kan. 

 

Apam Polkadot 50biji Intan request filling blueberry dan coklat je manakala Kek Karamel biasa je. Intan de sms t lepas tu katanya sodap KEK KARAMEL nak belaja buat silakan Intan. Xtau leh tanya. So, dah habis semua kerja t pas deliver yang last ni t jalan2 cuci mata dengan husben. Best tul! Thanks pada semua yang membuat tempahan dengan t pada minggu pas. Pas ni jangan takut nak tempah lagi taw.

Sekian, Terima kasih!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan