Yg follow t....

Isnin, Mac 07, 2011

Tempahan lagi ... dr muslimat Masjid Nurul Ehsan dan Kwn FB KR

Salam,


Nak cerita sal tempahan lagi dan lagi dah xde citer lain melainkan citer sal tempahan yang t terima untuk hari ahad ni. Kali ni tempahan datang dari muslimat Masjid Nurul Ehsan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ni. Sepatutnya sambutan ni dah berlansung pada 26 Februari yang lepas tapi sayang ianya terpaksa ditunda atas sebab musabab yang xdapat t ceritakan.

 

Pilihan mereka adalah Kek Karamel dan Talam Tokyo. Seperti yg pernah t bagitau sebelum ni Talam Tokyo ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Kek Karamel juga menjadi pilihan kali ni first time orang ode kek karamel dengan t. Thanks kat hubby kerana tolong t buat kek karamel. Warna hijau merah ni pilihan hubby. Hijau pandan dan merah rose ... mmmm sedap!

 

Sebelum memulakan kerja sempat gak t buat kek karot. Sebenarnya de orang request kek karot dan ni first time t buat nasib baik menjadi. T buat sekali lagi coz kawan t dan adik ipar t nak rasa gak diaorang xpuas hati kerana dapat ambik bau je hahaha... t yang buat pun xkisah dapat cium bau diaorang lak lebih2 isyhhhh....

 

Ade lg sambil2 tu, t sempat gak buat samosa mini. T geram tengok kat supermarket ade samosa size kecik ni tu la sebab t try buat. Nak latih skill melipat kononnya. Inti kentang dgn ayam. T buatkan frozen pas habis melipat semua t bakar dalam oven seketika kl xbakar kang masa menggoreng ia akan jadi lembik. Bakar sampai kuar minyak ye ... nnt la t akan tunjuk cmne nak buat tunggu ye...


Habis semua kerja siap memotong kuih sekali dalam pukul 6pg pas subuh mata t pun dah xleh nak buka so t pun tido la... bangun balik kul 11pg nak prepare buat Apam Polkadot 200biji kali ni tempahan dari kawan FB KR iaitu Kak Lyna John kali ke 2 kak lyna tempah dengan t. Mula2 kak lina cakap nak inti kaya je den bila t confirm sekali lg katanya nk inti campur2. Boleh kak! 

 

Citer sal apam polkadot ni, masa hari jumaat t agak bz ye la dengan tido xcukup pas tu nk g hantar kuih kat maksu den ade lagi tempahan yang t belum sempat siapkan orang tu nak selepas sembahyang jumaat. T minta tolong hubby bancuhkan coz memang xsempat teksi dah datang t nak g hantar kuih ni. T dah pesan pe yang patot masuk lagipun hubby dah pernah tolong t bancuh cuma t kena siapkan barang je. Ingatkan dah ok tapi masa t balik t tengok adunan cair semacam xsepekat yang t buat. Masa kukus memang xcantik xgebu isyhhh ... dah kena buat sekali lagi. Xkan nak bagi orang makan lak dah le orang tu bayar nak xnak t buat sekali lagi.


Berbalik pada tempahan kak lyna mula2 dia suh t datang ke Ampang Point pas tu petang ahad kak lyna "sms'" t bagitau yag dia akan ke USJ so leh la singgah ambik apam. T jumpa kak lyna kat Empire Subang. Thanks kak lyna! Ade lebih so t bungkus 50bji untuk diberikan kepada adik angkat t. siap buh reben lagi hehehe... semoga dia suka. Kepada yang sudi membuat tempahan dengan t sekali lagi t ucapkan terima kasih dan t berharap semua akan berpuas hati. 

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan