Yg follow t....

Jumaat, Februari 11, 2011

Thanks Joanne n Pek Har .... I Like !

Salam,

Dah lepas pun CNY.  Tapi rasanya mood CNY masih de lagi dikalangan orang cina kan. Tapi t tumpang simpati la pada orang2 cina yang dok kat Johor yang dilanda musibah akibat banjir tu. Kawan t yang kerja kat ofis dulu pun dah ade yang mula kerja. Rindu t kat diaorang dah lame t xjumpa sejak2 t tinggalkan alam perkerjaan n fokus ke alam perniagaan. 


Masa t kerja dulu memang dkelilingi oleh rakan2 cina tapi diaorang ni ok2 belaka. Walaupun t ni hanya kerani cabuk je diaorang tetap anggap t same cam diaorang. Dia orang ni de yang lulusan ijazah de yang diploma de yang jawatan boss tapi bila makan still sama2 la diaorang xlupa ajak t keluar cuma t je yang tolak ajakan mereka segan la! Petang 9hb kawan t, JOANNE yang bercuti lama kat kampungnya di Sarawak coll t suruh datang ambik barang yang t kirim. So t promise nak dtg ambik keesokkan harinya. Bukan pe, cara dia cakap cam banyak je barang tu yang t takut nk jumpa bila tanya bape semua harga barang dia cakap xpayah. T cuma pesan suruh dia carikan penekan tuk kek lapis je tapi dia cakap dia beli sekali dengan loyang lak adooiiiii .... t tanya la nape u beli sekali acuan macam nak suruh t buat kek je nak tau Joanne jawab pe? " Ye la memang bunyi cam begitu" fulamak! T ingt lagi Joanne bagitau penekan kek lapis tu hanya de kat Bandar Kuching je so dia pun xberapa kenal sangat benda ni siap tanya kat abang dia lagi. Time dia sampai kat Kuching dia siap col t tanya sal penekan ni. Joanne i like u soooo much.

 

Sebelum CNY, Joanne n Pek Har pergi ke Bangkok untuk training memang t sempat chat dengan Pek Har masa dia masih kat Bangkok. Mulanya dia bagitau nak belikan baju t-shirt dari Bangkok tapi bila dah balik sini Joanne col bagitau diaorang belikan beg dari Bangkok aisey man .... susah2 je! Malu la!!!! So t bagitau hubby sal ni den hubby suruh buatkan apa2 tuk bagi kat diaorang ye la dah la diaorang xnk terima duit so t kena buat sesuatu tok my frens ni. Hubby tolong tau! Lagipun hubby cuti semalam hahahaaaa....

  
  
So t buatkan untuk diaorang Apam Polkadot warna merah sempena CNY n Kek Karamel pun warna merah n ungu tapi xleh la potong heheee... Buat kerja dengan hubby kat dapur memang la bising. Mane tidaknya t cakap gini dia buat gitu sampai mama pun naik pening dengan ragam kitaorang. Boleh dengar sampai ruang tamu lak tu kitaorang cakap mau mama xmarah coz budak notti tgh tido. Jap2 bertekak nak buat sal warna tuk Kek Karamel la jap g bertekak sal hubby buat bersepah la cam2 le isunya bila kami dok kat dapur bersama. Chef Tomyam buat kek nasib le kek perisa tomyam belum de lagi hahahaaaaa......


Dah nama pun balik bercuti ke Sarawak so xlengkap la kalau Joanne xbelikan Kek Lapis Sarawak kan? Memang selalu Joanne akan belikan tuk t. Hubby lak xmenyabor nak makan kek lapis tu. Joanne sedap laaaa! Nanti beli lagi tau tapi beli la lebih coz t terpaksa berebut dengan hubby ni.  Kek dah sejuk apam polkadot pun dah ready petang dalam kul 3.30 t ajak hubby teman g ofis lame t. So hadiah pun bertukar tangan. Sampai kat rumah Pek Har col t dia cakap apam tu comel n sedap alamak kembang lak badan t ni bila diaorang puji tapi diaorang memang suka kek karamel ni kali ke 2 t buatkan untuk diaorang. Joanne pun suka. Pe2 pun t nak ucapkan ribuan terima kasih sangat kat Joanne n Pek Har! I luv u my frens nnt t belanja kuih2 lagi ok!

Sekian, wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan