Walaupun berada ditahun baru tapi 't x terasa sangat xtau le nape? Tapi semangat dan azam baru tuk tahun ni memang membara ni. Sangat2 membara! Awal thun baru dah ade orang buat tempahan Talam walaupun xbanyak tapi semangat tu nak ade dah. 'T nk modified dah pilihan menu yang ade ni. Nak tambah bagi menarik. Walaupun blog ni belum lagi umurnya mencecah setahun tapi 't puas hati la. De gak yang berminat nk jengah blog 't ni. Thanks yeah!
Ada kawan yang memberi galakkan, xlupa gak pada orang kuat iaitu mama dan hubby. Papa lak merupakan orang yg kuat makan ape 't buat papa makan je xpernah komplain sedap atau tidak. Adik ipar pun same gak! Ape yang 't buat dia tau makan je kalau tanya balik kuih pe yang di makan jawapannya, "entah la long x ingat!" Sebenarnya dia tau makan je hehehe... Same la dengan anak sedara 't bila tanya makan pe, Harziq jawab " cccdap..." ! Ye la pe yang mak long masak Harziq cakap "cdap.... mmm... cdap"
Selasa yang lepas, tak tau ape penyakit mood tetiba rajin le sangat. Mungkin kerana inti karipap yang dah lama mama buat dok membeku dalam freezer samalah dengan inti popia ni. Kulit popia pun banyak 't beli asal nampak je 't ambik dah nak penuh dgn barang2 kuih 't dalam freezer. So teringin lak nak buat karipap pusing dan popia untuk difrozen kan dan dijadikan pilihan tambahan bagi tahun 2011 ni. Dapat gak hubby bawa bekal g kerja tapi dia goreng sendiri la.
Start menguli tepung sebelum zuhur rehat kejap sembahyang sambung balik buat. Dah lame 't belajar buat karipap ni tapi xpernah sekali pun 't try buat, ingat2 lupa ni.Inti karipap ni nak tambah telur rebus, coz sebelum ni ade orang cakap sedap buh telur rebus, so 't saje try.
't buat semua kerja sorang tapi terus terang le 't memang xpandai nak kelim karipap ni. 't guna acuan je la nanti 't akan practice sampai kelim 't jadi cantik k.
Alhamdullilah... amin menjadi karipap pusing 't mama cakap dah ok, ade gak makan petang tuk papa balik kerja nanti sekarang ni petang2 kan hujan dapat lak minum kopi o; panas ... fuhhh!!!! Cdap le!!!. 't goreng sikit tuk papa makan petang.
Habis semua adunan karipap, 't buat lak popia kecil yang comel ni.Yang comel ni intinya pedas memang sedap le. Tapi sayang nak makan lak. Penat 't buat sorang tapi 't puas hati la sangat. 't nak tambah lagi cam2 i nti untuk Karipap Pusing dan popia ni. Cam2 rasa, cam2 pilihan biar customer pening kepala nak buat pilihan hehehe.... jahat kan?
Siap bakar karipap 't pack dalam bekas dan simpan untuk frozen same la dengan popia comel ni.
So, ade sape2 x nk beli atau nak tempah karipap pusing ataupun popia frozen dengan 't? Kalau ade leh coll je. Email pun xpe kalau segan nak bersuara. Jangan takut la, 't ni peramah tau mula2 je nampak sombong hehehe... tapi bila dah lame kenal xreti nak benti dah cakap.
Sekian cerita 't .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan